klik Nuffnang

Thursday, June 23, 2011

Bila hati ceria bermunga-munga....



Pagi ni awal2 pagi lagi dah kelentang kelengtung di dapur siapkan sarapan pagi.Pagi ni menu kami sekeluarga istimewa sbb mood ceria bermunga-munga sejak semalam , lepas subuh terus ke dapur (sini subuh awal...dkt jam 5 dah syuruk....dah terang benderang) masak ayam untuk makan dengan pulut kuning untuk hidangan keluarga . Sbb apa mood ceria...nanti citer kat bawah nanti.



Pulut ni dah siap kukus lewat semalam lagi...macam biasa guna resepi k.Liza sbb mudah caranya..kira ulang tayang resepi sbb pernah buat sebelum ini.

PULUT KUNING
Sumber; Fp K.Liza

Bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
3 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut.
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]
garam
gula

Cara:
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulakan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
5. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
6. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
7. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
8. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
9. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur dan tekan pulut dalam acuan ]jika mahukan pulut berbentuk]
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.



Nilah set sarapan pagi ni.....pulut kuning,serunding(bawak dari M'sia) dan ayam...ayam masak apa...tunggu next entry ya.....



Nilah yg buat hati ceria bermunga-munga....sbb ptg semlm ting tong ting tong loceng pintu...bila buka pintu taraaaa.. mr husben hulurkan jambangan fresh flower.... hadiah hari jadi...



Bukan 1 jambangan tapi 2 jambangan bunga....itulah sbb hati mama ceria bermunga-munga. Syakirah cakap ni bunga dia...oklah Aeda,Aeda punya satu ...mama punya satu....t.kasih abah.

8 comments:

  1. salam ziela..

    besday ziela ker? hepi besday buat ziela yer.. semoga bahagia sentiasa disisi insan2 tersayang... patutlah cerita & berbunga2... hehehe.. cantik bouquet tu..

    ReplyDelete
  2. wahh bestnyerr dapat bunga...happy birthday kak..tahniah semoga kebahagiaan akan kekal selamanya...amin.

    ReplyDelete
  3. wee..bestnya!! bungga!! mesti senyum je kan. romantik jugak Dr.S eh. anyway selamat ulangtahun buat akak dan semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi selalu olehNya. Amin.. :)

    ReplyDelete
  4. ehem...sihat ke org di sana? hehe..amboii..siap berbunga2 lagi yer...happy birthday semoga dirahmati selalu..

    ReplyDelete
  5. wah kak bestnyaaaa siap 2 jambangan lagi 1 utk syakirah ke heheheh mama nak kongsi ke tak mau

    ReplyDelete
  6. Mamasya..

    Dalam hati ada bunga...

    Selamat hari lahir, semoga sentiasa diberkati dan menjadi isteri dan ibu yang disayangi.

    ReplyDelete
  7. Salam mamasya. Nak wish lagi sekali. Happy birthday & tahniah dapat 2 jambangan bunga, bosau lak tu... patut ler berbunga2 hati tu... siap sebulan tak abis senyum kot....hehe.

    ReplyDelete
  8. mamasyaa.. happy birthday skali lagii..ucap kat sini lak. hehe.. waahhhh memang bunga2 ceria dapat fresh flower lagii... jeles maaaa.. hehehe..semoga senantiasa berbahagiaa yeee

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2