klik Nuffnang

Friday, October 15, 2010

Roti John Mama




Roti John ni buat masa bulan Syawal yg baru berlalu utk bawa ke office...jamu kawan2. Masa open house di rumah, beli roti utk buat roti john tp tak sempat nak buat...jadi buat juga selepas open house dan bawa ke office.
Anak2 pula mmg suka roti John..tapi jarang beli..nak mkn buat aje sendiri sbb mudah. Bila buat sendiri letaklah macam-macam....sosej, salad dan tomato...ikut citarasa...



Roti John Mama

bahan;
Roti hot dog secukupnya/roti burgerpun boleh-belah tgh
3 keping daging burger dicincang/daging cincang
2 btg sosej-potong tipis
1/3 labu bawang besar
5 biji telur - boleh tambah
1 btg daun bawang-potong pendek
serbuk lada hitam,garam, minyak
sos tomato/cili , mayonis
Jika suka boleh letak salad,timun dan buah tomato

Cara
1.Tumis bawang besar, bila bawang layu masukkan daging. Goreng sampai separuh masak, masukkan sosej.
2. Masukkan lada hitam (anggaran 1/2 st) dan garam secukup rasa.Goreng lagi sampai masak.tutup api dan ketepikan.
3.Pukul telur, campur dgn sikit garam,1/3 st lada hitam dan daun bawang...campur semuanya dlm bekas yg lain.
4. Masukkan daging dlm campuran telur tadi, kacau.
5.Panaskan kuali, letak sikit minyak. curahkan adunan daging dgn telur memanjang ikut bentuk roti. biarkan sekejap...baru letak roti yg bah bawah.
6.Goreng telur sampai masak. angkat roti yg dah bersalut telur...
7.Paipkan sos tomato/cili dan mayonis .Jika suka letakkan sayur2 .



siap paipkan mayonis dan sos...

2 comments:

  1. salam mamasya.

    hari tu masa jamuan raya anak2 kat sekolah sy pun buat roti john...
    tak pernah lg letak hirisan sosej boleh trynanti...

    ReplyDelete
  2. Salam Mama....Sedapnya Roti John..Lama Dah Tak Makan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2