klik Nuffnang

Sunday, May 20, 2012

Episod akhir Cuti Istanbul(Pt 10)



Assalammualaikum....
Selamat berhujung minggu buat semua. Hari ni nak kongsi last siri cuti2 Istanbul....sampai 10 siri baru tamat...byk gambar yg diambil....itu yg jadi pjg ceritanya. Episod akhir ni kisah hari last, hari ke 6 kami di Istanbul semasa cuti di sana pada bulan Feb 2012 yg lepas.Belah pagi kami pergi berjumpa kwn yg kebetulan juga dtg bercuti ke Istanbul utk kirimkan bag. Lepas tu kami pusing2 kejap di Arasta Bazaar yg terletak di belakang Blue Mosque.Untuk lain2 kisah Istanbul boleh tengok sini

Arasta Bazaar adalah bazar yg dibina pada masa yg sama dg pembinaan Blue Mosque.


Masa kami ke bazaar ni masih awal, jadi kedai byk belum buka lagi.

Arasta bazaar terdiri dr deretan kedai2 kiri dan kanan, dlm 100 buah lebih kedai tapi tak sebesar Grand Bazaar


Antara brg yg dijual kusyen sulaman. karpet dll, brg jual di sini sama yg dijual di grand bazaar

lampu dan perhiasan wanita

ni juga sebhg dari Arasta bazaar,

sempat tanya harga beberapa brg di sini....mahal harganya berbanding Grand Bazaar.
dari Arasta bazar kami melepasi Hagia Sofia utk nak ke Grand Bazaar . Menyinggah Grand Bazaar buat kali akhir sebelum tinggalkan Istanbul....sbb ada brg yg nak ditukar. Cuaca agak terang pagi itu tp masih sejuk.


On the way ke Grand Bazaar, berhenti kejap tengok cafe yg menjual sarapan pagi kpd pelanggan...hanya ambil gambar sbb dah sarapan di hotel


Grand Bazaar buka pukul 8.30 pg.....masa kami sampai ada pekedai yg tgh buka kedai....

Suasana Grand Bazaar awal pagi...agak lengang...singgah kejap je sbb nak check out hotel lepas tu.

on the way balik ke hotel terserempak org jual roti...1 ketul 1 lira= RM1.6...


Dah di airport....tak sampai 40 min perjalanan. dr hotel travel agen yg ambil kami sbb ambil pakej sekali hotel dg airport transfer.


ketat juga security di airport ni...kasutpun kena buka masa pemeriksaan tp semuanya lepas..


sementara menunggu flight kami ke food court utk lunch dulu.ada jual fast food dll. mama order set nasi dgn ayam bakar dan mee goreng...ada gerai makanan Asia di situ.


Syakirah dg abg Syarin..

duduk rehat kejap sambil tunggu masa utk ke balai berlepas.Entah apa mood Syakirah masa tu...dengar muzik terus nari...


dah dlm flight , tak ramai org...bolehlah Syakirah bergerak bebas, dia tengah nyanyi masa ni.....apa2lah Syakirah...asalkan tak bad mood...


waktu utk menikmati hidangan...


menunya spaghetti goreng dan daging, bun dan buah2an

juga ada bun, omellette, salad dan buah2an

Selesai sudah kisah di Istanbul.nanti citer ttg cuti tempat lain pula..kita jumpa lagi next entry.....

7 comments:

  1. Salam Mama,
    Bestnya jalan2 istanbul.. nak kena khatam part 9 lah lepas ni. tiba2 teringat citer p ramlee: isketambola hehehehe

    ReplyDelete
  2. salam mamasya,syok nya berjalan2 kat istanbul,akak belum sampai lagi entah bila lah nak sampai sana best nye tengok shopping ape kat sana??

    ReplyDelete
  3. salam mamasya...syoknya menjamu mata tgk tampt orang! esp telatah si kecik tu!

    ReplyDelete
  4. bestnya dapt melancong ke sana.saya ntah bila la nk kesana

    ReplyDelete
  5. Salam mam...
    teringat gambar2 arwah abah ke sana...tp lama dah dkt 10 thn lepas....abg ipar pula pernah kerja 3 bulan di sana...tmpt yg sgt menarik ...byk brg2 handmade kat sn...:))

    ReplyDelete
  6. Salam kak, wah dah part 10 ni, kene catch up balik nih ada yg terlepas. :D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2