Assalammualaikum dan Slmt tahun baru 2013 buat semua pengunjung Dapurmamasya...tahun baru mulakan dg senyuman dan semangat baru. moga semuanya sentiasa sihat sejahtera dan dikurniakan Allah dg kebahgiaan dan murah rezki.T.kasih buat semua yg bertandang ke blog ni.
Tentu hari ni ramai yg sibuk dg urusan sek anak2....moga semuanya berjalan lancar.....mama pula, abg sek men sek masih cuti Krismas dan thn baru, minggu dpn sek buka.yg adik2 dah mula sek hr ni selepas seminggu cuti. Sebenarnya sejak kelmarin nak update blog dan nak ucapkan selamat thn baru buat semua tp line internet slow yg amat. Hari nipun masih perlahan.....lama tunggu nak upload gambar.
Sebagai pembuka tirai dapurmamasya di tahun 2013 ni...mama hidangkan Snow Cheese Cake yg dibuat hari Ahad yg baru lalu sbg dessert acara makan-makan di rumah.....acara apa nanti gambar2 dan cerita menyusul next entry. Hari ni mama nak tayang Snow Cheese Cake yg menjadi idaman mama sejak tengok Rahel kongsikan di blognya....terus berkenan tp dok tertangguh wpun brg2 dah lama beli, hinggalah hari Ahad lepas mama buat sbg dessert utk majlis di rumah.T.kasih Rahel dan k.Zai yg berkongsi resepi kek yg cukup sedap ni juga penyumbang asal resepi dr MYR.
Snow Cheese Cake
Sumber: Rahel @ I love Cake dan K.Zai@dapurcomelku.blogspot
Oleh; Dapurmamasya
Bahan:- mama guna loyang 10'x 10'
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100g gula halus
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)- guna self rising flour
60g tepung jagung (maizena)
50g air sejuk (dari peti sejuk)
1 sudu teh baking powder- x letak
2 sudu makan ovalet
75g mentega (dicairkan)
*mama tambah vanila esen
Untuk krim:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
Cara:
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar.
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat(mama kacau guna senduk saja takut over beat).
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter.
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C.
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.(-telangkupkan kat atas redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis).Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian.
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.
TIPS UNTUK KEK TIDAK MENDAP / TURUN
-mama jumpa tip ni di Ena Lovely Kitchen;
Bila dah masuk minyak hanya gaul dg senduk....jgn over beat.Dah masak , terus terlangkupkan kek sekali dengan acuan diatas redai sejurus dikeluarkan dari oven. Biar sehingga kek sejuk.
Utk tabur cheddar cheese atas kek nak mudah, mama parut terus kat atas kek yg telah disalut cream cheese....tp bhg tepi mmg kena tabur. di sini pelbagai mcm cheddar cheese ada...kalau ke minimarket&supermarket mmg ada kaunter khas yg jual mcm2 cheese yg dijual secara timbang, tp yg dah siap pekpun ada.mamapun tak tahu mana brand dan jenis yg elok, utk kek ni mama beli cheddar cheese with green olive flavor....sedap rasanya.Perasan tak alas bawah kek warna aluminium itu.....mama buat sendiri, potong kotak balut dg aluminium foil sbb tak jumpa kedai yg jual alas kek.
bila sebut snow teringat kenangan manis kami sekeluarga semasa bercuti di Istanbul Feb 2012.....salji turun sepjg beberapa hari kami di sana. gambar dpn kws Masjid Biru.
Snow Cheese Cake...kek span lembut yg diliputi cream cheese dan parutan penuh cheddar cheese sekeliling kek...mmg seimbang enak kombinasi rasanya....yummmyyy....lupakan diet utk seketika.
selmt thn baru
ReplyDeletemesti tersenyum dgn kek yg sedap ni kan
Terasa-rasalah betapa sedapnya Snow cheese cake tu Mamasya.... adehhh!
ReplyDeleteSaya pun dah lama tak mengekek ni...teringin plak ...tgk snow cheese mama ni ..
ReplyDeletesaya x mkn ovelete...agak2 sedap tak mama klu x letak ovelete?
ReplyDeleteAnon, ovellet digunakan utk baking kek span agar lebih gebu dan lembut.
Deletememang sedap snow cheese cake ni Mamasya akak pun lama dah tak buat,insyaallah nak buat jugak sbb dah teringin tengok yg mamassya punya ni hee
ReplyDeleteSalam mamasya...
ReplyDeleteWah sedap kek tu, mintak banyak sikit, hehe
sedapnya tgk snow cheese cake tu..lama dh simpan resepi ni kak..tp lum try2 lg..hihi...
ReplyDeleteSlm syg mama..zila pun sama brg2 dh beli..tggu masa je nk bust kak..mesti sdp kn..hpy nw yer wt akk n family yer..
ReplyDeleteslmt thn baru mama skga!dugaan btul bila dtg cni...Snow Cheese Cake ini mbuat sy telan ayaQ liur bkali2...;)
ReplyDeletesalam mama... selamat tahun baru.... kek nih la yg kiter teringin nak mencuba. lum tertunai lagik... cheese lam peti tu asik kuar masuk jerk.. buatnyer tak juga! hihihihi
ReplyDeleteSalam Mamasya..selamat mnyambut tahun 2013 semuga Allah berikan yang terbaik untuk mamasya sekeluarga di dunia dan akhirat..Insya Allah
ReplyDeletewaa buka lebaran 2013 dengan snow ye!!
salam MamaSya....sedap tgk kek tu...tp fiza sekarang ni sekadar boleh tgk je la sbb dlm misi penurunan berat badan...he he he....
ReplyDeleteblue mosque...fiza pernah solat dlm masjid biru...cantik sungguh panorama dlm masjid biru kan....masa fiza pegi x de salji tapi cuaca sejuk sgt2...he he he....best...=)
salam...aduhai, kebizian ya amat...tapi tak terlewat utk ucapkan selamat thn baru 2013 buat mamasya sekeluarga...moga terus menghidangkan mata ini dgn makanan yg enak2, pemandangan yg cantik2 di negara orang dan moga mamasya dikurniakan kesihatan utk berbakti pd keluarga dan pada-Nya...amin
ReplyDeletekek yg mabelesssssssss..enak tak terkata
ReplyDelete