klik Nuffnang

Monday, March 26, 2012

Ayam Masak Palembang



Assalammualaikum...
Entry cuti2 Istanbul rehat seketika....tak sempat nak upload gambar. bagi laluan pada lauk yg dimasak semalam utk hidangan kami sekeluarga.Sejak balik dari cuti, baru semlm merajinkan diri nak tengok resepi utk masak lauk.kalau tidak, masak mudah2....asalkan ada menu kegemaran anak2, barulah selera mrk makan.Tapi yg pasti tiap hari ada masakan ayam....itulah lauk yg mereka suka.



Kalau sebelum ni kongsi Apam Indon , kali ni masih menu berkait dg negara seberang iaitu Ayam masak Palembang. Bila tengok kat internet ada pelbagai versi ayam masak Palembang tp utk resepi kali ni ikut resepi yg pernah masak dulu.



Masakan ini lebih kurang macam rendang ayam sbb ada letak serai, cili dan santan tp bahannya lagi ringkas dengan ditambah dgn kicap. Resepi asal tiada sukatan, jadi mama agak sendiri2 bahan2nya.

Sumber; FP Yulina
Olahan; Dapurmamasya

bahan
1 ekor Ayam saiz sed dipotong - gaul dgn kunyit & garam
2 sb Cili kering yg sudah blender - nak pedas boleh tambah
*7 ulas Bawang merah
*5 ulas Bawang putih
*2 inci Halia
*2 btg serai
5 sb kicap manis - boleh tambah jika nak lagi hitam
1 sudu besar sos tiram
2 cwn santan sed pekat - 1 pkt santan debu jadikan 2 cwn
6-7 helai daun kari
1/2 cawan kecil Asam jawa
garam ; gula

Cara;
1.Goreng ayam hingga setengah masak.Blend semua yang bertanda *. Tumiskan bahan yg diblend dg cili kering hinga garing.
2.dah garing masukan ayam,kacau rata ayam dgn bahan yg ditumis.
3.lepas tu masukkan kicap,gula dan garam.Masukkan air asam jawa, daun kari dan santan.kacau rata.
4.didihkan sehingga pekat.siap utk dihidangkan.



lauk tambahan daging masak kicap berkuah dan sayur campur,cukup 3 lauk utk hari ni utk menjamu selera.....

Saturday, March 24, 2012

Cuti Istanbul(Pt.5) Laut Marmara & Kumkapi Fish Mkt



Assalammualaikum...slmt bersua kembali dan slmt berhujung minggu..
Lepas entry apam Indon tu ingatkan sempat terus update. tp sbb ada xtvt jln2 dgn Syakirah (abg2 tak dpt ikut sbb sek) , jadi hari ni baru sempat update. Untuk entry Cuti Istanbul(Pt.5) nak citer ttg pasar ikan, restoren dan laut Marmara yg kami kunjungi pada ptg hari ke 3 semasa di sana. Hari kedua tamat dg kisah Blue Mosque. Belah pagi kami ambil City Sightseeing,akan citer entry akan dtg, belah ptgnya ke Kumkapi fish Market & Laut Marmara. Laut Marmara terletak di belakang Kumkapi Fish Market dan restoran ikan.



Ingatkan jauh Kumkapi fish market ni tp rupa2nya hanya 10 min jln kaki dr hotel, ikut laluan belakang hotel menuju terus ke pantai Marmara. Dari hotel penginapan mmg dah nampak laut Marmara tp tak jangka sedekat itu, kebetulan nak ambil train di Kumkapi Train Station nak ke Spice Bazaar, itu yg nampak Kumkapi fish Market dan terus singgah.Train ni terletak setentang dgn Kumkapi fish Market yg terletak di jln Kennedy (jln utama spjg Laut Marmara).



Kalau dr Sultanahmet untuk ke Kumkapi ni boleh ambil tram di Sultanahmet dan turun di Beyazit, jln kaki terus menuju pantai dlm 20-25 min juga...menuruni bukit. Tp kalau nak ambil tram dari Beyazit atau Sultanahmet menuju Sirkeci, dr Sirkeci ambil train di Sirkeci train station dan turun di Kumkapi train station.Atas lagi dari Kumkapi fish market ni dan terletak juga di jln Kennedy adalah jeti Yenikapi Isekelesi (Pelabuhan Yenikapi) utk ke Bursa/ kws bersalji, Uludag.Tapi kami tak pergipun Uludag sbb dah dpt merasa salji di Istanbul.



burung camar berterbangan....suka view ni...cantik!



belah ptg ramai yg jln2 sepjg tebing laut Marmara...menikmati pemandangan laut yg biru



jetinya kecil aje....ada kucing2 bulu tebal kat jeti ni sbb ada ikan kat situ.



bot utk disewa utk jln2 hingga selat Boshporus....tp bot ni kecil je takut berombak2...pening kanggg....



Syazrin dg penjual air buah.dah rupa anak Turki pula hero mama ni...hi..hi..



sepjg laluan ni ada restoren makanan laut..

Kumkapi Fish Market



Masa dlm bas City Sightseeing dah tengok Kumkapi Fish Market...teringinnya nak singgah tengok ikan2 segar yg dijual tp tour bus hanya stop kejap...lagipun hujan masa tu.Byk gerai2 ikan segar di pasar ikan ni.Restoren dan laut Marmara terletak di belakang Kumkapi fish market ni ....



anak2 tengah tengok ikan yg mcm bentuk....ada ikan yg pertama kali tengok



menarik ikan di susun menegak...



lagi gerai ikan...mcm2 ikan ada



sebelah gerai ikan ada restoren...ni restoren bhg depan.



macam2 ikan ada...kecil besar..



boleh order seafood dan masak di restoren yg ada di situ.



dpn pintu masuk salah satu restoren kat situ. ada byk juga restoren di sini...



boleh pilih restoren yg mengadap laut Marmara..



antara menu sampingan yg dihidangkan dlm restoren.



gerai sayur pun ada



lagi gerai sayur



layan gambar ikan....menarik ikan disusun gini



boleh juga order utk take away...



stall jual seafood yg dah masak...Balık ekmek . Balık ekmek ni sandwich ikan (Fish in bread! Fish in bread!)



ni kepah yg dlmnya ada nasi yg siap masak sekali dg kepah, harganya 1 lira 1 kepah. bila nak makan penjual akan buka dan perahkan limau dan terus makan di situ.mama beli juga kepah ni tp beli kat tempat lain dg harga 0.50 lira. ok juga rasanya..

Restoren makanan laut sekitar Kumkapi



Kws Kumkapi mmg terkenal dg restoren ikan,kalau kat tempat kita mcm kat Umbai, Melaka yg terkenal dg ikan bakar. Selain dari restoren di sekitar Kumkapi Fish Market ada lagi byk restoren di kws Kumkapi ni. Hanya lintas jln utama dpn Kumkapi fish market kita akan jumpa byk restoren sepjg jln.



restoren dibuka belah ptg hingga malam.meja2 disusun sepjg laluan....



cantik restorennya dihias dg lampu dan alas meja putih pink.



kebanyakkan meja di restoren alas dg kain putih..



belum ada pengujung sbb masih awal lagi.boleh pilih nak makan di dalam atau luar restoren



cantik dan bersih persekitarannya....



byk restoren kat sini.cuma ada baca di blog travel Turki yg kena hati2 kalau makan di sini sbb ada restoren yg kenakan harga mahal kpd pelancong asing, pandai2 tambahkan order wpun kita tak minta, cadangkan menu yg mahal...spt ikan yg hanya ada di musim tertentu kpd kita.



ada restoren yg hias meja dg fresh flower di setiap meja...



wpun cuaca agak sejuk juga tp meja2 di susun luar restoren...



menu yg ada direstoren.on the way balik dr Spice Bazaar ingat nak juga makan di restoren kat sini tp anak2 tak nak dah penat jln.... nak balik bilik.jadi tapau kebab dan nasi.



posing di fountain yg ada di situ....ni dah tak jauh dr hotel



abg Syakim dan Syazrin dg penjual kacang.org sini sporting bila diminta bergambar.harga kacang2 tu 1 pek 1 lira.



tukang cuci kasut....di kws restoren



selain restoren ada juga mcm2 kedai di kws restoren termasuk jual soft toy....

jumpa lagi Cuti Istanbul(Pt.6)

Thursday, March 22, 2012

Entry ulangtayang; Apam Indon



Assalammualaikum buat pengunjung dan teman2 semua..moga semua sihat ceria...
Sementara mama update samb entry Cuti-cuti Istanbul Pt 5, hidangkan dulu kuih apam Indon yg dicopy dari dapurlama. bolehlah jamu mata dg kuih pula.taklah boring dgn entry Istanbul yg masih byk lagi.



Apam ni sebenarnya dah lama terkenal di FNR dan mama mencuba thn 2007,masa tgh aktif dg FP ketika di Brunei dulu.Utk saiz di atas buat 1/2 adunan sahaja. tengok bahan2nya lebih kurang resepi apam polkadot2, cuma rupa parasnya sahaja berbeza dan dikukus selapis2 mengikut berapa lapis yg kita mahu.

APAM INDON
Sumber; FP Mamafami ,resepi asal Sis Blackmore FNR
Oleh;Dapurmamasya

Ingredients :
5 eggs
1 teaspoon ovalette
1/2 teaspoon vanilla essence - letak 1 teaspoon
300 g flour
300 g castor sugar
250 ml coconut milk - boleh ganti fresh milk (guna santan mungkin lagi sedap)
1/2 teaspoon baking powder
a pinch of salt
coloring of your choice

Method :

1. Prepare the steamer. To avoid water from dripping onto the cake, wrap the cover with a piece of clean towel.
2. Prepare the tin. Just layer it with greaseproof paper. Doesn't need to be greased.
3. Sift flour and baking powder. Set aside.
4. Mix salt and coconut milk. Stir till well dissolved.
5. In a mixer, place the eggs and ovalette. Beat on high speed till light and fluffy.
6. Pour in sugar, little at a time. Then vanilla essence.
7. Lower the mixer speed. Add flour bit by bit alternate with coconut milk. Cut and fold till well mixed.
8. Divide into 3 equal parts. And add a few drops of different coloring into each part and mix well.
9. Pour the first color into the tray and level it. Steam for about 10 minutes or until the top is no longer sticky.
10. Pour the second color and repeat the same procedure as # 9.
11. When the second layer is done, pour the final layer and steam for 25 -30 minutes on medium heat.



Tampak ceria sbb berwarna-warni. kalau nak buat corak marblepun boleh...lagi mudah terus sekali kukus je. tp kalau nak kukus dlm saiz cc macam apam polkadotpun boleh...terpulang pada citarasa masing2.Ttg nama apam indon ni tak tahulah pulak sejarahnya napa apam ni nama apam Indon. mungkin sama kes dg mee bandung dan air bandung yg tak adapun kat Bandung...

Wednesday, March 21, 2012

Cuti Istanbul(Pt.4).Blue Mosque & Makan-makan


Assalammualaikum
Dah beberapa hari blog tak update...tak sibuk mana cuma abg no3 demam...hari ni baru sihat sikit,barulah mama ada mood nak update blog.Masih kisah Cuti Istanbul kali ni kisah Blue Mosque & Makan-makan.harap tak ada yg bosan dgn entry Istanbul ni sbb byk lagi entry akan dtg,entry masak2 berehat seketika.



Beberapa kali juga kami melalui dpn kws Masjid Biru sepjg di sana.jadi ada gambar ambil masa salji dan masa cuaca dah terang elok.Sbbnya Masjid Biru terletak di tgh kws Sultanahmet.



Masjid Biru atau Sultan Ahmed Mosque (Turkish: Sultanahmet Camii) juga dikenali sbg Blue Mosque kerana tile yg biru utk dindingnya dan dalamnya. Dibina pada dr 1609 to 1616 semasa pemerintahan Sultan Ahmed I. Masih digunakan sbg masjid dan menjadi tumpuan pelancong...antara tempat yg terkenal di Istanbul.



view dpn masjid biru masa salji turun...



courtyard dpn pintu masuk masjid.Masjid nampak luas dr jauh tp sebahgiaannya kws courtyard Masjid...



pintu masuk masjid . masuk percuma. dipintu masuk setiap pengunjung akan diberi plastik utk isikan kasut dan kasut dipegang bawa masuk.



tempat wuduk di masjid biru.....terletak di bgh luar..

View dlm masjid....



pelancong hanya dibenarkan masuk hingga sini.....bgh dlm utk org solat.



ramai pelancong mengambil gambar dlm masjid



kubah biru....dikenali sbg Blue Mosque kerana tile yg biru dibgh dindingnya dan dalamnya.



cantikkan...



lagi view kubah...



posing dpn masjid Biru...



lagi view Blue mosque....gambar tak terang sgt sbb salji turun.dari jauh dah jelas kelihatan tersergam megah.



burung merpati berdekatan dgn pintu menghala blue Mosque.ada kedai2 jual souvenir dkt pintu masuk kws Masjid...kedai yg 1st tu murah harganya.



burung merpati terbang berterbangan...

Sekitar Sultanahmet...



Sultanahmet ni kws tumpuan pelancong sbb byk yg menarik di sini spt Blue Mosque, Hagia Sofia, Topkapi Place, Grand Bazaar, Arasta Bazaar, kedai , restoren dan mcm2 lagi.



view Sultanahmet....masa ni cuaca dah terang...



kalau sesiapa yg nak bercuti di Istanbul dicadangkan elok cari hotel sekitar Sultanahmet.nak ke mana2 pun senang sbb ada tram.laluan tram tgh bandar...



byk kedai kat Sultanahmet ni...antaranya kedai Turkish Delight.tingginya baklava disusun...



lagi kedai jual manisan..



Turkish Baklava...dah siap dlm kotak..



kedai jual pashmina dan lampu



kedai kasut boot sulaman dan perhiasan.kat Istanbul ni byk kedai jual hiasan perak...



turkish bath....mandi wap yg cukup terkenal di Turki.
info dr mr google; Turkish bath is the Turkish variant of a steam bath, sauna or Russian Bath, distinguished by a focus on water, as distinct from ambient steam.In Western Europe, the 'Turkish bath' as a method of cleansing and relaxation became popular during the Victorian era. The process involved in taking a Turkish bath is similar to that of a sauna, but is more closely related to ancient Greek and ancient Roman bathing practices.



menuju tram station Sultanahmet



di tram Sultanahmet



tunggu tram nak balik

Makan-makan di Istanbul....



pintu gate no 2 .sebelum nak keluar dr Grand Bazaar menghala Masjid biru, kami tapau turkish pide dan pizza.



Fahri Pizza and Pide...berdekatan pintu gate no 2 Grand Bazaar.



tgh masukkan adunan dlm oven



bahan2 yg digunakan.



tgh sediakan pizza dan turkish pide.org2 Turki ni peramah...masa sibuk2 klik gambar,wpun kedainya kecil tp dia suruh kami masuk...ambil gambar dr dekat dia tgh buat kerja...sporting betul



Turkish pide....yg ni hanya letak cheese...mcm2 pilihan ada,kalau tambah daging lagi sedap..



tgh keluarkan pide yg dah masak



lepas jln2 seketika, singgah kedai kebab pula...



dlm kedai...kedai kecil je...meja bulat kecik dan kerusipun kecik...



roti utk kebab yg fresh from oven...yg bestnya masak di situ langsung dpn pelanggan



kebab dg roti yg sedap sungguh sbb roti fresh dr oven. teh yg comei je saiz gelasnya dg harga teh segelas 2 lira. kebab tu 2 ke 3 lira...lupa harganya...



jus buah delima dan oren yg fresh tanpa campuran lain2....



mesin utk jus....



mudah nak cari tempat makan kalau di Istanbul....



sbbnya byk deretan restoren di sepjg jalan.pekedai akan menunggu di pintu restoren mempelawa org lalu lalang masuk ke restoren mereka.
Slmt bercuti di Istanbul buat Ijan sekeluarga @Blogresepi....moga ceria sepjg bercuti di sana.Jumpa di Cuti Istanbul(Pt.5)...

Klik Nuffnang2