klik Nuffnang

Monday, May 7, 2012

Cuti Istanbul PT9;Hagia Sofia&Topkapi Palace



Assalammualaikum semua.
Hari ni tak da entry masak2 tp kita belajar sejarah sikit,sejarah Turki....sambil sambung entry Cuti2 Istanbul yg masih belum tamat,harap tak da yg boring ya....kena update juga sbb lagi lama, lagilah lupa kisah percutian ke Istanbul...gambarpun byk. Ni sambungan hari ke 5 dari kisah percutian ke Istanbul selama 5 N 6 D pada bulan Feb 2012 yg lepas.Pagi hari ke 5 kami ke Hagia Sofia@Ayu Sofia, terletak berdekatan dgn Blue Mosque. Dari segi lokasi Blue Mosque, Hagia Sofia dan Topkasi terletak di Sultanahmet Area dan tak jauh antara satu sama lain,boleh jalan kaki.



Hagia Sofia antara tempat yg terkenal yg biasa dilawati sekiranya berada di Istanbul.Tiket masuk 20 TL seorg. Haghia Sophia ini pada asalnya sebuah gareja kemudian ditukar fungsinya menjadi Masjid selama 500 thn dan pada tahun 1935 masa pemerintahan Mustafa Kamal Ataturk, iaitu orang pertama yang bertanggungjawab menggulingkan sistem pemerintahan Khalifah Islam dan dilantik sebagai Presiden Turki, beliau telah menukar status bangunan ini menjadi muzium dan kekal sehingga sekarang.


Jika dilihat dibahagian atas dinding....terdapat unsur Islam dan kristian.tulisan Allah dan Muhammad jelas dpt dilihat.
Sumber Wikipedia;
Hagia Sophia merupakan satu bangunan muzium di kota Istanbul. Hagia Sofia dibina sebagai Gereja Besar Kristian Ortodoks tetapi diubahsuai menjadi masjid agung oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453. Kerajaan Republik Turki telah menjadikannya sebagai muzium pada tahun 1935.Hagia Sophia asalnya dibina sebagai gereja antara tahun 532 dan 537 AD atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Ia direka oleh dua orang arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles. Hagia Sophia menjadi gereja besar di Constantinople selama hampir 1000 tahun.Pada tahun 1453, Constantinople ditawan oleh orang Turki Uthmaniyyah dan Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan bangunan itu diubahsuai menjadi masjid. Loceng, altar dan lain-lain berkenaan Kristian dibuang sementara lakaran di dinding ditampal. Ini semua diganti dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar ditambah. Hagia Sophia kekal sebagai masjid sehingga tahun 1935 apabila ia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki.


Statusnya telah ditukar kepada masjid selepas Kerajaan Uthamaniyah memerintah iaitu semasa Sultan Mehmet memegang tampuk pemerintahan pada tahun 1451-1481. Selama hampir 500 tahun, Hagia Sophia menjadi masjid utama di Istanbul dan model kepada masjid-masjid lain seperti Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru di Istanbul), Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye dan Masjid Rustem Pasha.



mimbar masjid

lubang khas tempat org wish....unsur kristian...


Dinding dalam ditutupi dengan batu marmar, mozek emas dan lain-lain. Di bahagian luar, dinding stuko ringkas menyerlahkan lagi kekubah dan kubah utama.Hagia Sophia mempunyai satu kubah besar di tengah (diameter 31.87 m dan tinggi 55.60 m dari lantai) yang terletak di atas singgah kubah yang disokong oleh empat tiang sambut.


Bhg luar Hagia Sofia,menarik bentuk syilingnya. hampir 1 jam pusing dlm Hagia Sofia, kemudian menuju pula ke Topkasi Palace yg terletak berdekatan.


melepasi cafe....

ada jual jual jus delima dan coffee

Topkapi Palace

Topkapi Palace juga antara tempat yang penting dilawati jika anda melawat Istanbul, rugi kalau kalau tak melawat sini. Topkapi Palace atau nama asal Topkapi Sarayi dibina semasa zaman pemerintahan Sultan Mehmet Al Fatih pada tahun 1478 sebagai kediaman rasmi sultan-sultan Empayar Uthmaniyah selama hampir 400 tahun. Ianya juga dijadikan sebagai pusat pentadbiran sehinggalah berpindah ke Dolmabahce Palace iaitu istana baru semasa pemerintahan Sultan Abdulmecid.Istana ini kemudiannya dijadikan sebagai sebuah muzium yang menyimpan pelbagai koleksi barangan antik kerajaan Uthmaniyah yang amat berharga dan juga beberapa barangan sejarah tamadun Islam. Topkapi Palace ini dibuka kepada orang ramai sebagai sebuah muzium semasa Mustafa Kamal Ataturk memerintah pada tahun 1924 dan kekal sehinggalah sekarang.

pokok2 tanpa daun sepjg jln menuju istana.luas kwsnya....kena jln kaki

Pintu gerbang Topkapi Palace.tiket perlu dibeli sebelum masuk pintu utama ini dgn harga 20TL seorg.Topkapi palace dibuka between 09:00 – 17:00 kecuali Selasa. Musim panas di buka till 19:00.Dicadangkan pergi awal ke Topkapi Palace sbb ramai pelancong ke sini,nanti beratur nak tengok dlm muzium.

dlm kws istana....luas kwsnya. ambil masa 3-4 jam baru selesai kalau nak ronda semua

salah satu bangunan dlm Istana,istana ni terbahagi kpd byk bangunan/dewan dg fungsi berasingan.ada dewan perbincangan, dewan mkn, dapur dll.sebahagiannya telah dijadikan muzium menyimpan brg2 sejarah Islam dan brg2 berharga peninggalan sejarah kesultanan Turki.Dlm dewan pameran tidak dibenarkan ambil gambar. masa pergi tu ada seorg pelancong masa dlm muzium ambil gambar guna hpone,terus je pengawal suruh delete gambar tp dia tak mengaku ambil gambar,siap bertekak dg pengawal.

salah satu dewan yg ada.bangunan2 ni terletak bersebelahan antara satu sama lain.kita akan berjalan keluar satu dewan ke dawan yg lain utk melihat apa yg dipamerkan...


katil yg ada dlm salah satu dewan.....

bilik utk bersunatpun ada...


salah satu pintu masuk muzium...tertera kamera, pushchair tak benar masuk.
Muzium di sini menyimpan pelbagai koleksi dan peralatan milik sultan Uthmaniyah dipamerkan utk pengunjung. antaranya termasuklah brg perhiasan, hadiah diraja,peralatan perang, pakaian diraja dan mcm2 yang digunakan semasa zaman kesultanan tersebut. Tapi yg paling menarik perhatian yg dipamerkan adalah pelbagai barangan yang amat berharga kepada sejarah tamadunan Islam antaranya barangan milik para Nabi dan sahabat-sahabat Rasulullah turut dipamerkan di sini, spt Tongkat Nabi Musa a.s., tapak kaki Rasulullah s.a.w., janggut baginda,Kunci Pintu kaa'bah , jubah Fatimah ,tikar solat Fatimah RA dan baju cucu nabi Hassan@Hussain,pedang sahabat-sahabat baginda seperti Abu Bakar, Uthman, Ali dan Usman dan banyak lagi tinggalan Rasulullah and para sahabatnya. Sayang sekali dlm muzium ni tidak dibenarkan ambil gambar.Juga dalam dewan ini sambil melihat barangan sejarah peninggalan Rasullulah s.a.w dan sahabat kita akan mendengar alunan bacaan Al-Quran yg bergema memenuhi ruang dewan....kedengaran amat menyentuh kalbu....


senibina dlm salah satu bangunan yg ada

dewan dg taman menghijau.....


view Selat Boshoporus dari Topkapi Palace dan view tembok pjg mengelilingi istana.mmg strategik kedudukan istana ni kerana dpt melihat Selat Boshoporus dan Turki yg terbahagi kepada 2 benua.

sofa di dewan perbincangan Istana...

lagi bangunan dlm istana....kelihatan sisa salji...

salah satu dewan yg ada...ni dewan makan rasanya sbb terletak bersebelahan dg dapur

antara ruang dapur...tempah simpan rempah

tong menyimpan air di ruang dapur

gambar chef istana...


tempat pelancong melihat selat/laut

lagi dewan yg ada...mmg byk dewan dlm kws Istana...



imperial council hall


taman yg luas di dlmnya...

view mengadap laut di garden luar kws istana.mula keluar dr kws istana setelah 3 jam lebih meronda di dalamnya.

restoren di kws luar taman istana...nampak menarik serba putih


keluar dr istana terus nampak Blue Mosque...mmg tak jauh dr Hagia Sofia


di kws luar istana ada gerai2 jual souvenir dan jual


seluar ali baba.....cekci pula nengok patung separuh ni...

muzium Hagia Sofia tp kami tak singgahpun...

masa jln balik ada org sewakan pakaian traditional Turki...


view Blue Mosque
tamat Cuti Istanbul PT9,tinggal 1 pt akhir...

9 comments:

  1. Salam Mamasya...bestnya lihat gambar gambar terutamanya gambar gereja yang di tukar menjadi masjid dan kemudian muzium tiga transfomasi. Arch yang cantik seni binaan.

    ReplyDelete
  2. Mamasya tak beli ke seluar alibaba tu? buat tidur malam best kot...hehe...
    Seronok jln2 tengok sejarah Islam, barulah jelas kalau dpt tengok sendiri. Gereja menjadi masjid....rasanya seharian pun tak habis ronda satu tempat tu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Zila,

    teruja bila lihat gambar2 disini...pelbagai pengalaman yg dpt
    mamasya kumpul ya...gereja yang bertukar menjadi masjid...biasa juga
    Nur ternampak...seronok dpt melihat sejarah Islam...

    ReplyDelete
  4. waw..menariknya dapat melancong..bila pulak giliran Rahel..adoii..tak tau..huhu..
    Cantek2 semua gambar tu..suke tengok..

    ReplyDelete
  5. As salam mamasya,

    Suka Marya baca ttg Istanbul ni, ntah bile lah agaknye dpt jejakkan kaki di bumi Turki...

    Mamasya tak cuba ke baju tradisional turki tu...hik3 :))

    ReplyDelete
  6. Assalam kak, memang menarik sejarah islam disana kan. suami saya suka sgtlah..terasa mcm nak pergi lagi jer bila tgk gambar akak ni. masa kami pergi org ramai sgt kat topkapi palace tu, berbaris panjang sampai ke tmn tu utk beli ticket tu kena tunggu lama sgt tapi masa tu bunga tulip banyak sepanjang jalan nak masuk ke palace tu.suka tgk tulip kat sana.

    ReplyDelete
  7. Mesti seronok ada peluang melawat tempat org. Mesti sihat tubuh badan kalau nak kena berjalan seharian. Jus delima tu mesti sedap!

    ReplyDelete
  8. Bestnya kalau dapat minum jus delima fresh tu..kat mesia ada yg dlm botol je..
    Timakasih share info pasal sejarah Turki ni..
    Kamal Ataturk tu orang kata jasadnya tak diterima bumi ye?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2