klik Nuffnang

Wednesday, January 23, 2013

Ayam blackpepper utk Potluck



Assalammualaikum buat semua....slmt bercuti dan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434 H. Moga semua sihat walafiat dan bahgia ceria bersama keluarga.
Dari entry baking Snow Walnut Carrot Cheese Cake, mama nak kongsi kisah potluck yg berlaku hujung Nov 2012 lagi tp baru sampai giliran entry di blog. Hanya beberapa famili yg dijemput hadir termasuk mama sekeluarga utk majlis tahlil tersebut, jadi masak sorang serba sikit.... mama masak ayam blackpepper, sambal telur dan risoles.


Syakirah pula awal-awal lagi dah bersiap....mmg tak sabar dia nak pergi kalau ada majlis ....boleh jumpa kawan...kakak-kakak.Sebelum itu tengok gambar yg mama masak utk potluck;



Sambal telur.....mama tak campur sekali telur dg sambal sbb suka tengok telur putih bersih itu yg sambal letak kat bawah telur.bila nak mkn ceduk sekali sambal.


Risoles .....anak2pun suka itu buat sekali mkn di rumah dan utk dibawa. resepi boleh tengok sini.


Utk resepi ayam bakar sama spt sebelum ini....saja mama rajin copy balik di sini;

Ayam Bakar Blackpepper
Oleh; Dapurmamasya

Bahan
1 ekor ayam - potong 4/ 4 chicken leg- ayam jgn potong kecil
5 ulas bawang putih- tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 sb lada hitam - tumbuk
1 sb sos lada hitam
1 sb sos tiram
1 1/2 sb madu
1 sb gula
1 1/2 sb garam atau secukup rasa
butter / minyak zaiton
note; sudu makan = sudu besar

Cara
1.Campurkan semua bahan dgn bahan yg ditumbuk dlm satu bekas, kacau rata.
2.Perapkan ayam dgn bahan yg dicampur lebih kurang 2 jam.
3.Bakar ayam selama 1-1 jam 20 min atau hingga masak dlm oven 200'C api atas bawah (bergantung kpd oven masing2). Bila ayam separuh masak, sapu dg butter/minyak zaitun
4.Balikkan ayam semasa membakar


Jumpa lagi dlm next entry....

Tuesday, January 22, 2013

Snow lagi.......Snow Walnut Carrot Cheese Cake pula



Assalammualaikum....moga semua sihat ceria.T.kasih buat semua yg singgah dapurmamasya dan tinggalkan komen...nanti mama buat kunjungan balas...kat rumah internet baru ok.
Entry JJCM sebelum ini ada citer ttg salji tiruan...nipun salji tiruan juga.....tp yg boleh mkn punya.....Snow Walnut Carrot Cheese Cake. Buat kek ni selepas beberapa hari buat Snow Cheese Cake hari tu, iaitu sehari sebelum JJCM sbbnya cheese masih ada...walnutpun byk...jadi godek Kek Karot Walnut pula.Dan mama beli lagi sekotak cheddar cheese....dah suka dg rasanya itu....apatah lagi murah cheddar cheese kat sini, sekotak 450 gm baru 7.50 Le (3.75 Le)kalau yg jenama C4 lagi dpt murah...900 gm tak sampai RM6. tp kat sini kalau beli cheddar cheese kena pilih dulu perasa apa...yg mama perasan ada perasa pepper dan olive.


bila mkn, karot kek ni moist sbb resepinya letak byk karot dan ada walnut...tambah pula dg cheese kat atas... itu yg buat lagi sedap.


Untuk resepi mama ambil dr blog Wana, t.kasih Wana, asal dari Joy of Baking. cuma utk frosting mama guna lebihan kek snow cheese tempoh hari tp ditambah dg whipping cream dan kek tak belahpun....sapu bhg atas saja.letak juga resepi frosting asal utk rujukan.

Resepi Kek Karot Walnut
Sumber; Wana @ Potret Kasih asal Joy of baking
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2nya
1 cawan walnut atau pecan (100 g) – ganti dengan walnut
2 1/2 cawan karot yang telah diparut ( 340 g)
2 cawan tepung all purpose (260g ) - guna tpg gandum biasa
1 sudu teh baking soda
1 1/2 baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 gula halus ( 300 g)
1 cawan minyak jagung/sayuran/canola ( 240 ml)
2 sudu teh vanilla essen

Untuk Frosting
1/4 cawan butter ( 57 g)
8 oz cream cheese ( 270 g)
2 cawan gula halus ( 230 g )
1 sudu teh vanilla essen
1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut

Cara penyediaan

1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi.
2. Dalam sebuah bekas satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul telur hingga sebati ( 1 minit). Masukkan gula dan pukul ( 3-4 minit) lagi.
4. Masukan minyak jagung dan essen vanilla. Pukul sebati.
5. Masukan tepung yang telah diayak tadi. kacau perlahan2.
6. Dengan menggunakan spatula atau senduk kayu masukkan karot yang telah di parut serta walnut.
8. Kacau hingga rata. Bila telah rata bahagikan 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit.
9. Sejukkan dahulu barulah di hiaskan serta dilapiskan dengan topping/ frosting.
** cara no 2, bakar semua adunan selama 40 minit kemudian bila telah sejuk belah dua ( melintang). Setelah di potong lapiskan dengan frosting.

Untuk frosting ikut snow cheese cake spt resepi sebelum ini tp mama ubah suai sikit spt di bawah;

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->> letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
guna hanya 1/2 resepi di atas, tambah :
1 cawan whipping cream -pukul
1 sm jus lemon

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
2.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
3.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.


masukkan karot yang telah di parut serta walnut.


kacau dg menggunakan senduk kayu....mcm jr chef mama ni....


kek dah siap masak.....belum berhias


dah siap berhias.....bolehlah posing..


bila dipotong......


yg ni tapau bg pada kwn mama.....


dan yg ni mama punya....

Saturday, January 19, 2013

JJCM di awal tahun



Assalammualaikum dan slmt berhari minggu semua..
Biasa entry di hari minggu ni, mama tak da resepi masakan....citer lain tp masih kisah makanan iaitu JJCM. JJCM ni masa awal minggu pertama yg lalu.....taklah jauh sgt pergi tempat makan....dkt dg rumah tp baru kali ni berpeluang bawa sekeluarga...termasuk biktin kami. Nak bawa anak2 ke sini sbb restoren ni ada mini playground.....


dgn deconya konsep new year dg hiasan salji tiruan diluar tingkap restoren dan dpn restoren....kapas2 di letak di pokok dan restoren nipun cantik...kemas & bersih.


entrance restoren....posing dg motor harley davidson


ada mini playground


diluar tingkap dihias dg salji tiruan..


my little princess.....senyum sokmo bila minta posing...


menunya byk menu western tp mama tak byk order sbb semua masih kenyang dan setiap plate besar saiznya, anak2 kongsi...itupun tak habis...tapau bawa balik..


mushroom soup.ada dihidangkan starter roti2 kering...lupa nak ambil gambar.


menunggu order yg lain sampai...mcm2 aksi pula hero2 mama ni.


jus mango dan air choc..


2 grill chicken & sos mushroom + pasta carbonara


yg nipun grill chicken + pasta carbonara


set nasi dg ayam grill


set nasi dg ayam daging grill


meat lasagna


abg Syazrin dan abg Syakim


dah selesai mkn...


posing sebelum balik.depan restorenpun dihias dg kapas juga....jarang hujan di sini, itu yg boleh hias dg kapas.

Wednesday, January 16, 2013

Bila Musim Strawberry...Crepe Strawberry pula



Assalammualaikum...T.kasih buat semua yg bertandang ke blogmamasya dan terutama yg sudi tinggalkan komen.
Selepas crepe choc....kali ini Crepe Strawberry pula...penangan kehangatan durian crepe kat Msia...yg masih panas hingga skrg......buat mama nak buat crepe lagi dan tak sabar nak kongsi didapurmamasya ini dg semua. tp mimpilahkan nak dpt durian kat sini. balik Msia bulan lepaspun sekejap aja...mana sempat nak mencrepe durian.Dan skrg bila cuaca sejuk disini.....dah musim buah strawberry pula...yg fresh mula byk dijual....itu yg teringin nak merasa crepe strawberry pula.


Crepe strawberry ni buat lewat ptg kelmarin dulu...simpan dlm peti ais biar cream keras sikit,ingat mlmnya boleh anak2 makan tp belah mlmnya mcm2 makanan pula ada....jadi simpan sampai kelmarin lepas anak2 balik sek ptg barulah semua merasa.Mcm crepe choc.....yg paling suka crepe ini adalah abg no1....byk dia mkn. Mamapun suka rasa crepe strawberry ni...masam....manis...sedap!


Bila musim strawberry....byk strawberry fresh dijual dgn harga mmg agak murah...musim panas susah nak dpt, kalau adapun yg frozen. skrg kalau di supermarket 1 pek 11 LE lebih (RM5 lebih) dg berat 700 gm tp kalau kat gerai2 buah lagi murah dlm 9LE (RM4.50) seberat itu.Cuma sayang kat sini tak da kebun yg buat strawberry picking....kalau tidak seronok dpt kutip buah fresh.( gambar strawberry kat atas pernah tayang sebelum ini....belum ada gambar terbaru)


Utk resepi crepe kali ni mama mencuba dari Zila4ever.blogspot asal FB Eyna Haneyna..iaitu resepi crepe durian, t.kasih buat Zila dan Eyna berkongsi resepi. Untuk intinya selain whip cream, nak mudah mama guna jem strwberry saja dgn potongan buah strawberry.

Crepe Strawberry
Sumber; Zila4ever.blogspot Asal FB Eyna Haneyna
Oleh; Dapurmamasya

bahan-bahan
-20gm tpg gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tpg kastard
-10gm tpg jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning- letak warna pink
-perisa durian - gantikan dg jem strawberry & buah strawberry

cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis.. kalau pekat tambah air sedikit boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih.. ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang.. layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.

filling
-150ml fresh cream diputar hingga kental- guna whipping cream
- jem secukupnya
-letakkan fresh cream letak jem dan buah strawberry dan letak lagi cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.


letak whipping cream & jem strawberry


letak strawberry yg dah dipotong, kemudian cream lagi...pastikan cream letak lebih sikit...jadi crepe nampak gemok elok bila dilipat


lipat kemas dan simpan dlm peti ais...biar sejuk dan keras creamnya dulu


barulah sedap dimakan.....bila gigit strawberry tu yg buat rasa enak...kena dg jem dan cream....masam manis.....yummmm..

Tuesday, January 15, 2013

Jom Ratah Pecal



Assalammualaikum buat semua...moga sihat sejahtera.Cuaca masih sejuk sekrg....pagi 10'C...grrrr..kat luar nampak terang tp suhu sejuk sebenarnya......berbungkus pakai tebal...siap stokin...Syakirah sampai 2 lapis stokin pakai dlm rumah. nasib baik semua paip rumah mmg ada hot and cold water...kalau tidak nak sentuh airpun tak tahan kesejukkan.
Utk entry masakan kali ni, nak kongsi pecal yg dah buat lama....baru sampai giliran upload di blog. Dah lama tak mkn pecal sbbnya byk bahan2 sayuran utama buatnya yg tak da dijual disini. kena special order dg org perseorangan...itupun ikut stok. jadi bila dpt order taugeh, tauhu, tempe & kangkung....apa lagi....terus buat kuah kacang utk mkn pecal.


Wpun dok jauh dr Msiapun...sayur2an Msia tetap jadi kegemaran....tp sayuran sinipun masa winter gini byk sayur yg fresh....geram nengok...murah pula tu...macam salad bulat, beli minggu lepas belum habis...mama beli lagi sbb geram, seketui baru 2.40 Le (RM1.20)..sayur2 lainpun murah skrg.
untuk resepi pecal ambil dr buku resepi lama mama;
Pecal
Sumber; Sajian Perantauan
Oleh; Dapurmamasya

bahan2
sayur - kacang pjg, kangkung, tempe, tauhu, timun, taugeh, karot atau apa2 sayur yg disukai - celur dg sikit garam & toskan

bahan kuahnya
300 gm kacang tanah (goreng tanpa minyak & tumbuk kasar)- mama letak dlm 2 cwn
5 tangkai cili kering
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 kpg gula melaka/ gula merah
1 inci belacan
seketul asam jawa- gaul dg air panas & tapis garam

Cara
1. Goreng dg sikit minyak sekaligus cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia(bulat2 tak perlu hiris)beberapa minit. kemudian tumbuk dg garam dan belacan sampai lumat.Campur dg air asam jawa.
2. Campurkan pula dg kacang tanah dan gula melaka.masukkan air panas 1 cawan (atau secukupnya), kacau diatas api hingga agak pekat. rasakan asam dan garam.
3. Siap hidangkan kuah atas sayur2 yg dicelur tadi.


sedapnya meratah...kalau pecal suka mkn gitu mcm mkn rojak....


selitkan gambar depan rumah....suasana pagi....sejukkk....

Sunday, January 13, 2013

Macam-macam makanan....



Assalammualaikum.slmt berhujung minggu buat semua.T.kasih buat semua pengunjung yg bertandang ke blog mamasya dan rakan blogger yg baru dan lama yg tinggalkan komen....t.kasih byk...nanti mama akan buat kunjungan balas.
Tayang dulu gambar anak dara mama...merangkap chef jr mama....suka dia dpt apron baru, bangun pagi2 dah pakai masuk dapur....ni masa mood tengah baik tp biasa bangun pagi dia suka tengok citer kartun esp dora...wpun kartun dlm b.Arab.Kalau masuk dapur dia akan tanya Ida nak tolong apa ni..bagi kacau tepung..kacau adunan....main dough tpg...tumbuk lesung...main sayur...main air disink...itu yg dia paling suka. Apron itu pula mama dah lama cari apron utk budak2 ni....jumpa terus beli apatah lagi corak polkadot merah gini...mmg berkenan.
Utk entry hujung minggu ni...tak da resepi nak dikongsi sekadar gambar2 masakan yg tersimpan dlm folder mama. Ada gambar yg baru dan lama tersimpan....hari-hari masak...kdg2 tak tahu nak masak apa, ulang2 masakan yg sama terutama yg jadi kegemaran anak2. tp biasa kalau hari sek...hari kerja...biasa heavy breakfast dan lunch lewat ptg. sbb anak2 balik pukul 4 ptg....dan malam biasa semuanya jrg dinner. tp kdg2 buat burger...kuih2 goreng utk mlm....nak mkn heavypun masih kenyang.Jemput jamu mata....


mee rebus....kelmarinpun dulupun buat lagi mee kuah udang + ayam...anak2 suka ulang2 mkn


rendang kurang merah.....kurang cili sbb guna cili kering yg pedas...


sambal tempe bilis....dah lama buat..tempe order dg org Indonesia


mee goreng basah....mee kuning, fish ball, sawi diterbangkan jauh dr Msia


kuetiaw goreng mkn dg cili jeruk...enak sekali.kuetiaw juga angkut dr Msia, nak buat sendiri malas...


ketupat pulut buah tangan bonda dr Kelantan.bawa yg separuh masak....frozenkan.nak mkn baru difrost dan rebus.


kerpok lekor import dr Ganu...juga angkut ke mari naik kapal terbang.kerpok lekor skrg ni ada dijual yg vacum pack sesuai utk bawah jauh sbb tahan lama...cuma kena tempah dulu dg kedai.


ayam bakar dlm sos merah.....dah lama masak...sedap tp mama tak puas hati dg rupa sosnya...nak kena cuba lagi....

abg Syazrin tengah makan apa tu....

makan lasagna....yuuummm...lasagna dg white sos yg dicampur telur...itu nampak garing di atas..


pancake yg tembam......sarapan di satu pagi utk anak2...


roti telur goreng....bila tak da idea nak sarapan apa


laksa penang....kegemaran mama.utk buat laksa byk bahan kena angkut dr Msia termasuk laksa kering. bunga kantan dan daun kesum pula bawa yg fresh tp kena frozen utk tahan lama.....tak fresh sgt tp bolehlahkan dr tak da langsung.


sekian dulu nanti kongsi gambar masakan lain pula......

Klik Nuffnang2