klik Nuffnang

Thursday, July 26, 2012

Kuih Puteri Ayu & Sambal Bilis Lumat



Assalammualaikum semua
Hari ni lewat update blog sbb blog problem......tak bleh upload gambar sbb dah penuh kuota gambar dlm picasa.Nasib baik K.Ummi sudi membantu...menerangkan cara2 utk mengatasi masalah ini.dah dpt cara penyelesaiannya. T.kasih byk2 k.Ummi...wpun jauh beribu batu....terasa dkt dihati atas pertolongan itu.
Berbalik pada entry hari ni, nak kongsi 2 menu yg dibuat sebelum Ramadan iaitu kuih puteri ayu dan sambal bilis lumat. Kuih puteri Ayu ni mama buat utk potluck satu majlis pada 17 Julai yg lepas.Pada mulanya guna resepi lain yg lebih mudah sukatannya....sambil nak tambah koleksi resepi tp entah dimana silapnya puteri ayu tak jadi ayu.....tak naik...mcm merajuk.Mungkin silap sbb guna santan yg agak pekat....sbb tengok adunan agak pekat. Oleh kerana kesuntukan masa sbb buat belah pagi sebelum ke majlis tersebut maka mama guna resepi yg biasa digunakan dulu...tak sempat nak cari resepi lain lagi.Resepi asal yg digunakan ni dari Blog Princessharyati, mama copy semula di bawah utk mudahkan rujukan. Sbb nak cepat buat 1/2 adunan sahaja dpt dlm 25 biji.

Kuih Puteri Ayu
Bahan-bahan;
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk- guna susu
1 sudu besar jus pandan- 1 sk perisa pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji

Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.
NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.


Nasib baik menjadi elok....lega rasanya sbb agak kelam kabut nak buat adunan kedua ini takut tak sempat siap utk dibawa ke majlis berkenaan. Sebelum ni pernah buat juga versi warna-warni boleh tengok sini.

Sambal Bilis Lumat



Manakala sambal bilis lumat ini dah beberapa kali buat, baru nak masukkan dlm entry. Buat sambal bilis lumat sbb nak habiskan stok ikan bilis lama yg tak begitu elok nak masak mcm sambal biasa, sayang dari membazir masak sambal lumat gini. tp kalau nak guna ikan bilis yg baru lagilah elok.


Sambal bilis lumat selain mkn gitu dg nasi, boleh juga mkn dg terung goreng....letak sambal atas terung. Utk resepi lebih kurang sambal ikan bilis biasa cuma ditambah cili hijau dan ikan bilisnya diblender sekaligus....

Sambal Bilis Lumat
Oleh;Dapurmamasya

bahan2
1 cwn ikan bilis- bersihkan
3 ulas bawang putih
6 biji cili hijau- potong buang biji
10 ulas bawang merah
2 sb cili kering siap blender- 7 biji cili kering
1 sk belacan
(blender semua bahan diatas termasuk ikan bilis)
1/2 cwn air asam jawa
3/4 cwn air
gula, garam,minyak

Cara
Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Tumis bahan2 yg diblender sehingga agak garing.Masukkan air dan air asam jawa.kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.Masak hingga cili masak sampai timbul minyak.bolehlah diangkat.


juga makan cicah dg timun....ganding dg ikan masin dan masak lemak udang&labu....boleh bertambah nasi.

9 comments:

  1. Salam Mama,
    wah siap bawa acuan kuih ke sana ke?

    hmm sedapnya makan nasi dgn sambal dan ikan kering. kalau umi mkn ni mesti siap tambah lagi :)

    ReplyDelete
  2. Assalam Mamasya.. sedapnya puteri ayu tu.. kuih peberet tu..

    ReplyDelete
  3. Salam kak...
    1st time lak sy tgk smbl bilis tu dimkn dgn terung gitu...hehe..mcm2 la akak nie...kretif..!....:)

    ReplyDelete
  4. As salam mamasya,

    Marya dtg sini nak jenguk2 & try test resipi! Wah, terung tu mmg my fav tau! :)

    ReplyDelete
  5. salam mamasya.
    dua2 menawan kolbu akak yang satu ayu dan satu lagi hensem hehe padan lah tu tapi kalau dpt makan lagi lah cantik menarik heee

    ReplyDelete
  6. salam mama cygg..waduhh yang nengok niepun dh kecurr..nasib baru lps sahur..putri ayu tu nnt zila nk buat..nk cari acu dulu..teringin nk buat sendiri la..amik resepi mama yer:)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tengok terung bercili tu... kecur gak ...

    ReplyDelete
  8. Rajinnya buat puteri ayu. Sy lum pernah buat sendiri. Hari kerja buka puasa rumah mertua jek...siap bekalan utk sahur sekali...Tinggal masak nasi & air...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Mama;
    Cunnya puteri ayu tu Ma...sedap!
    Terung dgn sambal pembuka selera...terliur Kak Lin..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2