klik Nuffnang

Monday, October 1, 2012

Sate Mudah dgn Kuah Kacang Tanpa Santan



Assalammualaikum buat semua, moga semuanya sihat ceria, t.kasih yg berkunjung ke Dapurmamasya...terutama yg sudi tinggalkan komen, tp maaf kalau lambat buat kunjungan balas sbb PC mama mogok....kenalah baiki dulu. skrg guna komputer anak2....slow yg amat sgt....
Utk entry hari ni...dah lepas rayapun tayang sate.....sebenarnya masak sate hujung Syawal yg lepas tp baru sempat update.Setiap hari sediakan sarapan......tak ada idea nak masak apa utk sarapan....kena sediakan sarapan berat sbb anak2 lambat balik dr sek dan tak suka makanan yg jual di kantin, tak byk pilihan...tak mcm kantin di Msia. Oleh kerana masih dlm bulan Syawal...mood raya, itu yg teringat nak masak kuah kacang mkn dg nasi impit. Kuah kacang masak awal pagi, sempatlah anak2 mkn sebelum ke sekolah, nasi impit dah rebus mlm lagi.
Nak siapkan kuah kacang tak lama sbb beli kacang yg dah goreng dan tak da kulit...beli timbang kat C4...mudah nak guna tinggal tumbuk, kcg tanah yg belum goreng tak jumpa dijual timbang gini di sini. Manakala satenya buat utk lunch, tak sempat utk sarapan....tp mkn belah ptg sbb anak2 balik sek pukul 4 ptg. Utk mudah, mama buat sate ayam goreng tp sbb nak kerja senang, potong ayam....masak seketul2 dan bukan ambil isi semata spt resepi asal...nak cepat dan kurang rajin sebenarnya dan kalau guna kepak ayam lagi mudah spt buat sebelum ni.
Resepi utk sate sama tp buat 1/2 digoreng dan 1/2nya dibakar.....bakarpun tak susah sbb bakar dlm oven....tinggal balik2 saja. Resepi penuh spt di bawah tp mama kena kurangkan serai sbb stok serai dah habis. T.kasih Dj kongsi resepi sate yg mudah ini....sedap rasanya dan sesuai kalau sesekali teringin nak mkn sate tp malas nak cucuk lidi.

Satay Ayam Goreng
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh; Dapurmamasya

bahan-bahan : anggaran
1 ekor ayam (dicuci bersih dan dipotong kecil-kecil atau diambil isinya sahaja)
air asam jawa secukupnya
gula perang secukupnya
garam secukup rasa
bahan-bahan kisar :
10-12 batang serai - mama hanya letak 4 btg, stok serai terhad...
1 1/2 inci halia
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar - disangai (boleh juga menggunakan serbuk ketumbar)
1/2 sudu makan jintan putih - disangai (boleh juga menggunakan serbuk jintan)

Cara-cara :
Satukan semua bahan di atas dan gaul-gaulkan sebati.
Perapkan semalaman atau sekurang-kurang 2-3 jam.
Sediakan minyak untuk goreng terendam.
Apabila sudah cukup panas, gorenglah ayam hingga keemasan.
***jika menggunakan daging, jangan goreng terlalu lama, nanti jadi liat.

Kuah Kacang
bahan-bahan :
500 g kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dikisar)
2 1/2 senduk cili giling (Cap Puteri) +/- - guna cili kering tp tak byk
gula melaka @ gula pasir @ gula apong secukupnya
2 batang serai (diketuk)
minyak masak (lebihkan sedikit)
air secukupnya
bahan-bahan kisar:
2 batang serai
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci lengkuas
1 inci halia

Cara-cara :
Satukan kacang tanah bersama air secukupnya di dalam periuk dan jerangkan dengan menggunakan api sederhana. Sentiasa kacau perlahan-lahan supaya ia tidak berketul. Jangan risau jika terlebih air dan nampak cair. Biarkan ia masak lebih lama (tetapi sentiasa dikacau). Kuah itu sendiri akan menjadi pekat (tetapi tidak kembang). Apabila sudah mendidih dan kelihatan pekat, tutupkan apinya sebentar.
Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar bersama serai hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak. Setelah masak, tutupkan api.
Kemudian bahan-bahan tumis tadi dimasukkan ke dalam periuk kuah kacang. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
Nyalakan semula apinya dengan menggunakan api kecil. Kacau perlahan-lahan hingga nampak sebati dan mesra. Masak lama sedikit hingga keluar minyak.
Setelah itu tutupkan api. Bolehlah dihidangkan panas-panas bersama satay, nasi impit, rendang dan sebagainya. jika menggunakan cili giling Cap Puteri, tidak perlu letak air asam jawa dan garam yang banyak.
kuah kacang ini boleh bertahan 2-3 hari tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk tetapi sentiasa dipanaskan sedikit agar kuahnya maintain sedap.


sate bakar mmg sedap sbb isi ayamnya lembut....

tp versi sate gorengpun sedap juga....kena pula dg kuah kacang yg enak....mama suka kuah kacang yg rasa manis2 sikit dan kacang tak terlalu hancur dlm kuah...bila mkn kuah..boleh gigit2 kacangnya itu....

18 comments:

  1. As-salam sis..
    Terliur i tgk kuah kacang tu..aidilfitri yg lepas x merasa pun huhu..

    ReplyDelete
  2. alahai..sedap sedap..xpayah nak makan kat batang satay..terus ngap gitu jekan..heee

    ReplyDelete
  3. Salam mamasya. Lama xsinggah sini sbb update dlm fb je.hehe sedap tu sate goreng

    ReplyDelete
  4. Huhuhu teringin makan sate kajang le pulak.

    ReplyDelete
  5. memang sedap kalau buat kuah kacang style tu... kacangnya kasar sikit, sedap kita kunyah bila dicicah.

    ReplyDelete
  6. salam mama...raya dah habis tapi nasi himpit kuah kacang tetap menjadi pilihan Cm hehe...Nak ucapkam berbanyak-banyak terima kasih pada mama kerana petua-petua untuk masak apam polka dot tu..alhamdulillah akhirnya Cm berjaya bikin apam dot dot dengan jayanya..seronok sungguh...ni tangan gatal nak mengapam dot dot ni hehe...terima kasih banyak banyak...

    ReplyDelete
  7. Salam Mamasya...nasi impit ngan kuah kacang mmg peberet nekcik tu....skarang dah dapat sambal kacang readymade yang sesuai ngan tekak nekcik!! sonang itu

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum....mamaSya...sedapnyer sate tu....suke fiza....InsyaAllah... nanti nak try gak buat....dapnyerr....=)

    ReplyDelete
  9. Selamat malam mamasya, ini mmg kegemaran saya ni, kalau bulan ramadhan mmg selalu beli tapi kalau buat sendiri blm pernah lagi,hehe...tq share resepi : )

    ReplyDelete
  10. Selamat malam mamasya, ini memang kegemaran saya ni, kalau bulan ramadhan selalu beli ni, tapi buat sendiri belum pernah lagi,hehe...tq share resepi : )

    ReplyDelete
  11. salam mama,
    kuah kcg sedapnyaa..zila suka yg pekat2..cicah nasi impit waalalaa lg best..satay mudah nie..x yah fikir2 pasal lidi kan:)sukaa

    ReplyDelete
  12. As salam kak,

    Sbnrnya dr aritu nak buat tp malas nak potong ayam kecik2...hahaha... pemalas betul kan... dah dok kat tmpt org ni semua nak kena buat sendiri kalau nak mamam ye tak... ishhh... takleh jadi ni... tedapnyeeee.... :)

    ReplyDelete
  13. salam mama...dtg sekodeng umah mama...dtg jauh2 nih!!...nk breakfast kt sni hehee.. ;D ceeedapnyaaaa....zila66

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zila. sila jamu mata....lepas sate simple..jemput lontong& lodeh pula....hi...hi..

      Delete
  14. Salam kak...sedapnya.....pandai Betol akak msk....salam kenal...:) nk pggl akak ape ek?saya wani

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Zawani.boleh panggil Mamasya, nanti akk buat kunjungan balas.

      Delete
  15. Assalam mamasya.. sedap nampak tu..

    ReplyDelete
  16. Bila raya mesti google resepi ni..heheh.
    Jemput singgah blog sy ea.. dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2