klik Nuffnang

Tuesday, October 2, 2012

Lontong & Sayur Lodeh Pula



Assalammualaikum buat semua.....moga sihat sejahtera & ceria selalu
Sambungan dr entry sebelum ni......sehari selepas buat sate mudah. oleh kerana masih ada nasi impit, maka masak pula sayur lodeh. Sayur ni sekaligus buat makan nasi....tak payah buat kuah lain utk anak2 sbb mrk tak mkn lontong dg sayur lodeh. Nak padankan dg lontong dan sayur lodeh ni.....dg kuah kacangpun sedap....tp mama masak sambal ikan bilis sbb masa pergi open house rumah kwn sebelum itu, ada hidangkan lontong dg sambal bilis....sedaplah pula, teringin nak mkn lagi, itu yg merajinkan diri masak.

DSC_2727_zps27891495

Untuk nak rasa lagi enak kuah lodeh ni, tambahkan juga udang segar, ikut style Noorsha buat...sedap rasa kuah sbb air udang meresap dlm kuah lemak. Resepi asal dari Nadz dan cuba pula oleh Noorsha.....terimakasih buat kedua2 sahabat blogger yg kongsi resepi ni...

RESEPI LONTONG & KUAH LODEH
Resepi Asal : Naz COSK @ Cute Oven Small Kitchen & Pn Hjh Hafsah Hj Mustaffa
Sumber; Noorsha @ 1001 Cerita 1001 Rasa
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan :
5 ulas bawang merah - Noorsha letak 8 ulas
3 biji bawang putih - Noorsha tambah
2 sudu besar udang kering (dibasuh, direndam dan toskan)
2 inci kunyit hidup (boleh juga guna serbuk kunyit)
3 batang serai - dititik
4 cawan santan cair (1 liter)
2 cawan santan pekat (500 ml)
2 batang terung panjang - potong-potong ikut suka
4 biji kentang - potong 8
5 batang kacang panjang - dipotong-potong
1 batang lobak merah - hiris memanjang atau hiris bulat serong
2 keping tempeh - didadu besar-besar - tak letak
Fucuk dan soo hoon - direndam hingga lembut dan toskan
1 cawan udang - versi mak Noorsha ada udang- sama
2 tauhu - versi mak noorsha ada tauhu. goreng seketika
4 biji cili hijau - hiris- add cili merah juga )
Garam secukup rasa

Cara-cara :
Tumbuk bawang merah bersama udang kering dan kunyit hidup. Masukkan bahan tumbuk dan juga serai yang diketuk bersama santan cair ke dalam periuk dan letakkan atas api dapur.
Bila mula menggelegak, masukkan kentang. Biar separa empuk. Kemudian masukkan sayuran lain dan juga tempeh. Masak hingga sayuran lembut. Kemudian masukkan fucuk dan soo hoon serta cili hijau.
Seterusnya masukkan santan pekat dan sentiasa kacau. Rasakan garamnya. Biar mendidih perlahan di atas api sederhana. Bila telah puas hati dengan rasanya, padamkan api dapur.
DSC_2685

udang ni mmg tak da style lain posing....sama mcm mee rebus..tak da idea udang nak posing mcm mana..

10 comments:

  1. Salam Mama,
    teringin nyer nak makan lontong plak bila tgk ni...adusssss.

    ReplyDelete
  2. assalam
    kesukaan mak akak ni,kalu SIL akak blk sure suruh dia watkan he he
    betul2 nampak sgt sedap ni

    ReplyDelete
  3. salam mamasya
    asyik dok tnegok udang berposing je bila kak noor nak rasa ni,mmg sedap ni kalau rasa sbb akak mmmg tak pernah buat pun asyik dok makan yg orang buat je itupun time raya kalau tak mmg tak merasa lah

    ReplyDelete
  4. semalam nasi himpit arini lontong pulak..sedapnya mama.Raya haji dah nak dekat ni hehe.Ceria ceria selalu.

    ReplyDelete
  5. wsalam mamasya.. kecur ayaq lioq nengok ni aihh.. :b

    ReplyDelete
  6. As salam Kak Zila,

    Marya pun suka sgt dgn lontong tp hubby kureng sikit lah... mcmana pun klau Marya masak dia makan jek...hehehe... udang tu perghhhh... tp kat sini udang semua jual siap dah xde kepala, maknanye beli mmg timbang tanpa kepala tau...untung kat situ cume kepala udang ni yg buat dia rs manis2 kan ;))

    ReplyDelete
  7. Assalam sis,,sedap betol tengok lontong tu,,suka follow blog sis,,sudi2 follow sya ekk,,tq,,

    ReplyDelete
  8. salam kak, org kat oversea rajin melontong..org yg kat bumi kelahiran asyik membeli je klu teringin makan..buat sarapan tersangatlah terbaik ni..

    ReplyDelete
  9. erm...sedapnya lontong dan sayur lodeh..suke2x

    ReplyDelete
  10. salam mama, perghh...enak bangatt...;D zila66

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2