Assalammualaikum buat semua....
PC mama dah pulih semula setelah bbrapa hari mogok, bolehlah laju sikit update blog tp utk minggu ni saja sbb minggu dpn busy sikit dg pelbagai xtvt. Cuaca disini pula masih panas tp dah hujung2 musim panas....waktu Maghribpun dah awal jam skrg 5.38 ptg...kalau kat Msia anak2 tgh main bolakan masa ni, manakala subuhpun dah lewat sikit tp syuruk awal 5.39 pg.
Berbalik pada entry hari ni....kongsi menu tertunggak lama, masa hujung2 Ramadan yg lalu iaitu kuih Ketayap, buat utk pot luck berbuka puasa yg dihadiri oleh mr husben.kalau ikutkan senang buat kuih yg jenis potong-potong kalau pot luck tp sbb kelapa kering byk...itu yg buat kuih ketayap. bila bulan Ramadan kelapa kering senang dpt di sini.....jual timbang.. di supermarket, kelapa kering diletakkan mcm beras dlm bekas besar tp bila bukan bulan Ramadan tak byk sgt dijual.Kelapa biji ada juga dijual...8-10 Le/RM 4-5 sebiji tp tak da kedai mesin kelapa.
Kuih ketayap kali ni guna resepi k.Liza tp intinya letak lempuk macam pernah buat sebelum ini, masa buat kuih ketayap polkadot, boleh klik di sini. lebihan inti boleh simpan tempat beku, bila2 nak mkn senang...hanya buat dadarnya saja.
Kuih Ketayap aka Kuih Gulung
Sumber Fp K.Liza
Oleh; Dapurmamasya
Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan - ganti pandan paste
mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau
secubit garam
Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda
Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.
tentu ramai yg pernah bacakan... mcm2 gelaran diberi pada kuih lucu2 bunyinya, ada kuih paling lembab, kuih paling cun, kuih gangster, kuih paling kaya...kuih paling selekeh ...dan kuih paling alim.
penamat entry kali ni.. buat semua pengunjung blog..... Senyum-senyumlah selalu....
jumpa lagi & salam mesra dari Dapurmamasya
Salam Mama,
ReplyDeletekuih ni mesti dari Kedah kan sbb hijau kunin.
assalamualaikum... nak sikit kuih ketayap tu.. sedap nampak.. sekarang ni sejak2 membawa perut ni... asyik nak makan benda manis je.. sib baik tadi gi klinik check-up urine test tak de apa2.. takot gak kot2 tetiba ada yg tak kena sbb suka sangat benda manis.. heheheh.. :) nani pun suka ketayap... fev anak lelaki no.2 tu.. ketayap.. buah melaka.. dia mmg suka..
ReplyDeleteMinta sebatang buat minum petang ya.
ReplyDeleteMamasya.. aduii cantiknya kuning, hijau ketayap orang jauh... yang di sini nak membuat tak terbuat2 hehee... sedap makan banyak gulung kalau dapat tu..:)
ReplyDeleteAsslmlkum mamasya. . Tambah merah, jd mcm trafik light. . Cantikkkk. . Heheheee. . Gambo penutup tu comeiiii. :D
ReplyDeletewahh ijau kuning tu kak..ada lempuk lg best2..syakirah tue alollooo chumil btl cubit pipi tu kang:0
ReplyDeleteSelamat malam mamasya, ini pun peberet saya ni, siap ada versi kaler kuning pulak ya,hehe....nampak sedap sangat & senang nak buat, tqvm : )
ReplyDeleteAssalamulaikum...MamaSya....ni kaler negeri Fiza ni...hijau kuning.... bhahaha....anak fiza yg kecik tu suka sgt...dia sorang jer suka...yg lain x berapa nak suke sgt...tp koi ketayap MamaSya ni nampak sedap la...nampak lembut la kulit dia...insyaAllah nanti leh try...=)
ReplyDeleteWsalam.. alololo tomeynyerr yg kat pic last sekali tu.. rasa nak gomoi jer.. Kuih gulung tu lagilaa sexy sungguh.. sedapnyer laa mamasya.. :b
ReplyDeletemak dan abah bundo panggil kue ni kue gulung. Bila dah masuk asrama baru tahu namanya kue ketayap hehe..
ReplyDeleteSedap nampaknya tu. Colorful lagi..
Salam Mamasya...
ReplyDeletekita dari kecik hingga skarang tetap suke yg namanya kuih ketayap ni...skarang ni mcm2 kaler pun ada kan...hehe..
wah! warna warni lg ketayap mamasya...canteQ. Pagi ni baru ketahuan...rupa2nya ada jugak ketayap polkadot ek..cukup2 kreatif...;)
ReplyDeleteSalam, my favorite kuih tu. Hari-hari kalau ke gerai kuih mesti beli kalau ada. Hujung tu kena lipat sikit kot supaya inti tak keluar. Tk.
ReplyDeletegood idea buat warna hijau kuning..nampak cantek!!
ReplyDeleteSedap nye kuih.. Comel nye dia.. Senyum aje..
ReplyDeleteassalam mamasya
ReplyDeletealhamdulillah dah ok ye pc tu
ketayap ni memang kesukaan sy sedappnya bila gigit bersama inti kelapa
cantik kuning hijau