klik Nuffnang

Wednesday, March 20, 2013

Yong Taufu yg seadanya...




Assalammualaikum...bersua kembali.. moga semua sihat sejahtera.
Dah selamat sampai rumah mlm hari Ahad lepas...penat travel...rehat 2-3 hari baru hari ni rajin nak update blog.Sepjg perjalanan di Morocco berjalan lancar....tempat menarik...roti canaipun ada kat sana, nantilah mama pilih gambar dulu utk di kongsi di blog.
Dah lama tak letak gambar makanan....jadi utk entry kali ni,mama kongsi Yong Taufu yg dibuat bulan lepas. YTF nipun ulang tayang sbb dah pernah buat sebelum ini tp masa di Msia. ytf mmg favorit mama, selalu buat je tak beli...lagi jimat dan puas mkn.Kalau buat sosnya dilebihkan, simpan dlm peti ais, nak mkn tinggal celur bahannya. cuma bila di sini tak dpt buat sbb bahan2 yg nak mkn dg sos YTF tu byk yg tak da...sini tak da fish ball dan yg seangkatannya....itu yg dah lama tak buat.


YTF seadanya..... sbb YTF ni tak cukup bahan2nya...mama hanya mkn dg fish ball, fish cake, sotong besar dicelur(beli yg frozen dah siap potong), tauhu, taugeh & timun. fish ball & fish cake itu mr husben bawa dr Msia masa balik sekejap tempoh hari. manakala taugeh & tauhu mama beli di kedai Indonesia...baru jumpa kedai Ind di sini.Utk resepi ambil dr MYR ;

Sos Yong Taufu
Sumber;Minami; My Resepi

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
* 10 tangkai cili kering- guna 3 sb cili kering yg dah blender .
* gula melaka atau kurozato - guna gula melaka
* bijan goreng
* gula(kalau kurang manis)
* 1 s.k garam
* 3 cm belacan
* 300 ml air
* 1 sudu besar minyak
* 1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
* sedikit ajinomoto- tak letak
mama tambah sikit dg kuah sos rojak.
Cara-cara
1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
2. setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
3. panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
4. setelah mendidih , masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
5. masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
6. masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
**nota dr dapur mamasya;(boleh campur dgn cili boh kalau takut pedas sgt . kalau buat banyak pastikan bahan2 dimasak agak lama sikit sehingga hilang bau cilinya.boleh simpan dlm peti ais)


YTF seadanya....licin juga dimakan...sedap tabur kacang byk-byk.

9 comments:

  1. glupp...
    glup ... (telan airliur)
    sedapnya...
    dah balik bercuti yea??

    ReplyDelete
  2. mmg sedap..zila pun suka..buh kacang byk2..krukk2

    ReplyDelete
  3. walaupun seadanya... kalau namanya yong tau foo memang sodap Mamasya! terliur tengok kuahnya tu...

    ReplyDelete
  4. Macam nak terai jer ni...nampak sedap la..

    ReplyDelete
  5. as salam...salam kenal...salam ukhwah...follow me back ok...

    ReplyDelete
  6. salam kak,kita pernah juga buat guna resepi ni,mmg sdap kuah dia..

    ReplyDelete
  7. salam mamasya....
    amboi sakan akak jalan honeymoon ni. xsabar nak tgk gambar & citer morocco plak. btw bila akak tayang semula yong tau fu, ros pun rasa mengidam plak le

    ReplyDelete
  8. sedapnyer MamaSya....asben pun suka makan yong taufu ni...tp selalunya beli ja sbb fiza x berapa nak suka makan sbb tu x pernah nak try buat sendiri...he he he...

    ReplyDelete
  9. feveret suami ni...tp wife dia tak pernah nk cuba buat sdiri...hehe. Dh ada resepi ni boleh la cuba...thanks mamasya kongsi resepi!!!

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2