klik Nuffnang

Thursday, March 7, 2013

Masjid Mohamad Ali Pasha Cairo Vs Masjid Biru Istanbul




Assalammualaikum buat semua.tkasih yg berkunjung ke blog ni.
Entry hari ni nak kongsi salah satu tempat menarik di Cairo yg harus dilawati iaitu Masjid Sultan Mohamad Ali Pasha yg dikunjungi thn lepas semasa membawa jiran lama yg dtg berkunjung ke Cairo.Mama bawa mrk ke Masjid Sultan Mohamad Ali Pasha yg terletak di Citadel. bila menjejak kaki ke masjid ini....terpaku melihat keindahan senibina masjid yg sebiji sama dgn Masjid Biru....terus terbayang kenangan thn lepas semasa melawat ke Masjid Biru, Istanbul sbb masjid ini mmg hampir sama rekabentuknya dan senibina ...sama menarik dan cantik....mcm tak percaya pula bila masuk ke masjid yg tersergam indah di Cairo ni begitu serupa dg Masjid Biru yg terkenal di Istanbul.


Ini Masjid Biru atau Sultan Ahmed Mosque di Istanbul(Turkish: Sultanahmet Camii ) more pic boleh tengok sini .Cuba bandingkan dgn gambar pertama di atas... hampir samakan binaan luar kedua2 masjid ini.Yang membuatkan masjid ini sama sbb arkitek Masjid Mohamad Ali Pasha iaitu Yusuf Bushnak berasal dari Istanbul dan model masjid diambil dari Masjid Biru di Istanbul.
Cuma yg bezanya Masjid Biru dikunjungi ramai pelancong asing dan cukup terkenal sbb terletak di kws Sultanahmet yg menjadi tumpuan pelancong. Manakala Masjid Mohamad Ali Pasha tidak seramai itu pengunjung , namun paling menyerlah lokasinya kalau di Cairo ini kerana terletak atas bukit benteng pertahanan kubu Salahuddin, satu mercu tanda dan tarikan pelancong di Kaherah kerana kedudukannya.




Ini pula hiasan dalaman dg lampu kilau kemilau yg cantik dlm Masjid Biru Istanbul dgn karpet merah....cuba tengok gambar2 di bawah dlm Masjid Mohamad Ali Pasha...samakan!


ni pula dpn pintu masuk Masjid Biru, Istanbul.....juga hampir sama dg pintu masuk Masjid Mohamad Ali Pasha Cairo


Dpn pintu masuk ke Citadel.Tiket masuk ke Citadel dimana terletaknya Masjid Mohamad Ali Pasha sebanyak 50LE (rm25) dewasa & 25 Le kanak2 dikira sekaligus (dlm kws Citedel ada kubu Salahuddin Al-Ayyubi, Masjid Mohamad Ali Pasha, muzium & taman).


pokok yg cukup menarik dipotong cantik dgn nama Allah terdapat dpn Masjid Mohamad Ali Pasha


Pandangan sisi masjid
Masjid besar Muhammad Ali Pasha atau Masjid Alabaster (Bahasa Arab: مسجد محمد علي, Turki: Mehmet Ali Pasa Camii) adalah sebuah masjid yang terletak di Citadel Kaherah di Mesir dan dibinakan utk mengenang Tusun Pasha, anak Muhammad Ali Pasha di antara tahun 1830 dan 1848.Masjid ini dibina di atas tapak istana Mamluk lama di Kaherah Citadel.Muhammad Ali Pasha telah dikebumikan di kubur yang diukir dari marmar Carrara, di halaman masjid. Badannya telah dipindahkan di sini dari Hawsh al-Basha pada tahun 1857- sumber wikipedia


Sebelum masjid siap dibina, panel alabastered dari dinding atas telah diambil dan digunakan untuk istana Abbas I. Dinding dilucutkan dan digantikan dengan kayu dicat untuk kelihatan seperti marmar. Pada tahun 1899, masjid itu menunjukkan tanda-tanda keretakan dan beberapa pembaikan yang tidak mencukupi telah diambil. Tetapi keadaan masjid menjadi begitu berbahaya , pemulihan telah dibuat atas perintah Raja Fuad pada tahun 1931 dan akhirnya siap di bawah Raja Farouk pada tahun 1939.- sumber wikipedia


halaman masjid yg luas


pintu masuk masjid...lebih kurang samakan dg pintu Masjid Biru


dalam masjid...terpegun melihat masjid yg luas dgn


kemilau lampu... nampak cantik sekali..



pintu ke mimbar


Mimbar masjid


Kubah masjid dari dlm


bergantungan lampu-lampu yg bergemelapan..


Ornamen di kubah dlm masjid jelas menunjukkan ciri2 kesenian Tuki Uthmaniyyah/Ottamon.


Dinding dan tiang-tiang yang ditutup dengan Alabaster..marmar.. sehingga 11 meter tinggi.


bergayutan lampu-lampu...kemilau dlm masjid


cantik sekali senibina masjid ini....mmg terpukau dibuatnya.


masa pergi ada juga beberapa kumpulan pelancong asing yg melawat.


Masjid dari luar...Kubah pusat dikelilingi oleh empat kubah separuh bulatan.


Tugu peringatan Sultan Ibrahim Ali Pasha, pemerintah dari keturunan Sultan Mohamad Ali Pasha.


terletak diatas bukit...Masjid Mohamad Ali Pasha boleh dilihat dari jauh... satu mercu tanda dan tarikan utama yang dapat dilihat apabila menghampiri bandar tidak kira dari arah mana.
nanti akn kongsi tempat menarik yg lain pula...jumpa lagi

10 comments:

  1. Assalamualaikum Mamasya...
    kagum betul dengan ketinggian seni bina Islam. Bangga!

    ReplyDelete
  2. Sempat solat 2 waktu disana disember lepas....

    ReplyDelete
  3. besar sungguh nmpk ruang dalam tu......teruja tgk...! senibina yg cntik...!

    ReplyDelete
  4. canteknya..masya allah...semua tempat nak pergi..camner ye Mamasya..tabung puluh tak penuh penuh

    ReplyDelete
  5. subhanallah...cantiknya! tapi entah bila la nak tengok dengan mata sendiri... tq mama upload pasal ni

    ReplyDelete
  6. kena kumpul duit dulu baru boleh melawat macam Mamasya best lah tengok semua gambar2 tu macam dah melayang ja kt sana

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak..Subhanallah..cantiknya binaan..Penuh seni...

    ReplyDelete
  8. Salam Mama,
    cantiknya senibina masjid2 ni.. tak terkata dibuatnya :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2