Assalammualaikum
Hari ni nak kongsi Apam balik yg mama buat hari ahad lepas, 2 kali buat apam pada hari Ahad. Masak 1 adunan belah pagi untuk bawa ke pot luck mttg dg ladies di sini dan ptgnya utk minum ptg sekeluarga. Dari minggu lepas lagi teringin nak mkn apam balik...kalau di Msia bolehlah cari kat pasar mlm tp di sini kenalah merajinkan diri buat sendiri.Tapi buat sendiri ni yg bestnya sbb boleh letak kacang dan jagung byk.
Teringat masa di Msia kalau ke pasar mlm biasa beli sbb abg no1 suka apam balik...adik2nyapun sama.tambah skrg ni apam balik letak choc....itu yg dia selalu pesan.
Adunan ni mama perap lama juga, bancuh pagi, ptg baru masak utk buat minum ptg. Untuk resepi mencuba resepi guna tepung naik sendiri dari blog Raidah spt di bawah;
Apam Balik
Sumber ; Blog Resepi Raidah asal Puan Jeni,Riyadh.
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan:
2 cawan tepung naik sendiri } diayak
1/4 cawan gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 - 2 cawan susu segar (kalau nak guna air biasa pun boleh)-letak 1 1/2 cwn susu
Sedikit garam.
Inti:
1 cawan kacang tanah yg telah digoreng tanpa minyak } dimesin - untuk ditabur
1 tin jagung krim - untuk ditabur
1 cawan gula - untuk ditabur
Sedikit mentega
Cara penyediaan:
1. Pukul gula bersama telur hingga kembang, masukkan soda bikarbonat, baking powder,susu segar,sedikit garam dan pewarna kuning. Pukul lagi hingga sebati - guna blender
2. Masukkan tepung dan kacau supaya ianya tidak bergentel.- keluarkan dari blender, tuang dlm mangkuk, perap, whisk kejap dg tangan sebelum dimasak
3. Panaskan pan 'non stik' tanpa menggunakan sebarang minyak, ambil satu senduk atau dua (bergantung kpd ketebalan yg disukai) dan tuangkan ke dalam pan kemudian nipiskan. Tutup pan sebentar.
4. Apabila setengah masak, taburkan bahan taburan tadi dan secubit mentega.Bila masak bolehlah diangkat dan dilipat dua.Sapukan sedikit mentega di bahagian kulit luar.
** Untuk mendapatkan apam balik yg cantik,perapkan bancuhan tepung tadi selama 2-3 jam dan barulah dimasak.
nota dapurmamasya
kuali non stick tak payah sapu minyak.kalau nak sapu hanya sapu sikit dg tisu.dan masak dgn api sederhana.
guna api sederhana sahaja. bila apam 1/2 masak...nampak apam dah bintik, boleh tabur kacang,gula,jagung dan sikit butter.
masak sekejap hingga permukaan apam nampak kering, bolehlah dilipat dan angkat.
utk anak2 letak choc chips & choc rice
wpun tak da pasar mlm, dpt juga mkn apam balik dgn extra jagung dan kacang. pernah buat dulu tp kurang menjadi hasilnya tp kali ni mama puas hati sbb menjadi wpun warna kulit apam tak sekata tp bila dihidangkan semua suka....habis licin apam balik......
salam mama, Liza pun pernah buat resepi ni,mmg sedap n lembut kan...betul tu mama, buat sendiri lg puas hati....
ReplyDeleteaduh mamasya,kak noor pun tingin nak buat jugak apam balik ni sejak dah dua tiga kawan blogger dok buat macam dah dekat je dgn mulut,ni mamasya lagi dok tayang apam balik lagi lah tingin esuk lusa pasti nak buat jugak ambik mood dulu lah,kak noor nak tnya apam dah balik,mamasya bila nk balik lagi??
ReplyDeleteMamasya,
ReplyDeleteKasi extra jagung untuk Cik Yong punya 3 bungkus.
sat lagi pukul 12 Cik Yong ambik kat rumah. Hahaaa..
best la akak!!
betul mama. cikwan kalau pegi pasar malam. suke sangat beli apam balik..tapi yang ada chocsss banya tu kat dapur mama je ada tu..hehhe ;))
ReplyDeleteSalam kak,
ReplyDeletesy ambik resepi ye...nnti nak try buat....
hari tu beli kat pasar mlm amatlah mengecewakan ! kacang sikit...gula sikit....jagung sikit...huhuhu.....
kali nie nak try buat.... nak letak mcm2...........baru sedap...!
thx kak...:)
uish...rupa kejadiannya yg sempurna tu cm ari2 dok menebar apam balik la mamasya! Cantik..and yang plg penting, saya order spesel punya, semua nk lebih tp bayar nk rege biasa taw...:)
ReplyDeleteSalam Mama,
ReplyDeleteUmi dtg mkn apam balik kat sini pulak ya.. sedap tu letak choc chips dan choc rice.. nyam nyam :)
salam ziela..
ReplyDeletesedapnyer apam balik.. kita suka letak kcg byk2.. hihi.. tp lama juga tak buat apam blk ni...
baru ni blk kg sempat ke bandar muadzam shah.. dptlah ronda2 pasar mlm kat situ.. ternampak apam balik yg menarik perhatian kami selain apam blk yg lain2.. iaitu apam balik berintikan pulut hitam + kelapa.. abg cuba beli 1 + 1 apam blk biasa.. rupa2nya sedappp la sangat... lenkali bolehla try buat sendiri bereksperimen.. hehe...
Aduuh, cantiknyer gambar apam tu... Kejadian pun cantik bangat nih
ReplyDeleteakak dah tergudaaaaa.. nampak lembut je.. sesuai dengan akak yg sedang sakit gigi ni kut...
ReplyDeleteSalam mamasya, nampak sedap apam balik tu, saya suka yang extra jagung : )
ReplyDeleteLama nak cari resipi apam balik.. Tq so much Mamasya nanti nak cuba.. nampak sebijik macam yang jual di tepi gerai tu.. kecurr pulak ni.. tq yaa.. nanti nak cuba..:))
ReplyDeleteAssalam kak, saya memang dah lama tak buat homemade apam balik ni sebab sejak dok sini susah nak jumpa jagung cream dlm tin mcm kat Msia tu. memang nampak sedap sgt.nanti dah jumpa boleh try ni..yg bubuh coklat tu lagi sedap tu:)
ReplyDeletemama, ada komen tak doh pizza saya tu. kena uli lama lagi ke?? Thanks..
ReplyDeletehttp://ibulala.blogspot.com/2012/06/pizza-in-making.html
Kat Mesia ni boleh rasa banyak pilihan apam balik...sy suka jg apam balik pandan berkeju...alah cuma tambah slice cheese jek....sedapppp...
ReplyDeleteSenangnya.. lepas ni nak makan apam balik boleh buat sendiri di rumah.. Yg bubuh coklat tu, sangat menyelerakan.. :D
ReplyDeletesoda bikarbonat dalam bahasa arab apa???
ReplyDelete