klik Nuffnang

Sunday, June 9, 2013

Kek Buah Sedap



Assalamualaikum semua dan slmt berhujung minggu..
Akhirnya buat juga kek buah idaman ramai ini setelah menjamu mata di blog & Fb kawan2.ramai yg sudah membuatnya...tengok sorang-sorang dah buat...semua jadi sumber inspirasi kpd kerajinan mama untuk mencuba. Lagipun tak puas jamu mata kalau tak dpt rasa sendiri. Jadi minggu lepas akhirnya buat juga kek buah kukus.mula kukus pukul 3.45 ptg till 7.45 ptg....4 jam lamanya ngukus...tapi tak adalah tunggu 4 jam di dapur...keluar masuk dapur sambil buat benda lain.
Citer ttg kukus lama2.....guna gas..di rumah sini guna gas jenis paip cukup murah.bil setiap bulan hanya 11 Le/ RM5.50.Biasa org gas dtg check meter, keluarkan bil dan kita bayar terus pd mrk. Tapi kalau guna balang mahal sikit harganya. dan balang gas tak pyh pergi beli di kedai, ada org jaja dg basikal (biasa 1 basikal muat 2 balang kiri dan kanan), nanti penjual akn ketuk balangnya sambil kayuh basikal keliling perumahan...dah lama dok sini, mmg boleh cam bunyi ketukan balang gas... sbb bunyi ketukkannya agak kuat.


berbalik pada kek buah ini....betul spt yg diberitahu oleh kawan2.lebih sedap kalau mkn lepas 2 hari. makan kek ni pd hari pertama dan hari berikutnya lagi moist dan sedap dimakan. potong 1/2 dari kek siap2 simpan dalam tupperware....senang nak mkn.1/2 lagi balut dg cling film dan simpan dulu.



Mix fruit dah lama beli kononnya nak buat acar buah tp dah jadi kek buah. campur juga dg sedikit buah prune....potong kecil dan buah kurma. Buah kurma ni org bagi bukan kurma jenis yg sebiji2 tp yg dah siap potong2 dan dipadatkan & packkan sebungkus....mcm asam jawa tu.tp cincang juga nak bagi lagi kecil. Utk resepi mama copy dr blog Yati @ Sinar kehidupanku sbb ada tip utk kek buah yg dikongsikan. Resepi diambil dari blog Hana dan asalnya dari blog Sheila dimana resepi rujukan dari Kamilia Ibrahim/Kak Uteh dan asal buku Chef Zubaidah bte Chepa . Terimakasih semua yg berkongsi resepi.

Kek Buah Kukus
Bahan-bahan
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir - letak 320 gm
60ml air panas
500g buah-buahan campuran
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat*
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*- tak letak
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara
1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran. Kacau sebati dan biarkan mendidih sebentar. Kemudian sejukkan.
2. Ayak bahan-bahan yang bertanda *. Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati.
3. Mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya.Tutup loyang dengan aluminium foil.- mama guna loyang 10 in X 7
5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh juga dikukus 2 jam shj)
6. Sejukkan kemudian potong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).

Petua supaya kek buah menjadi dgn jayanya.
** Yatie kukus 2 jam pertama guna api sederhana je dan 2 jam terakhir guna api kecil sahaja. Kalau nak tambah air pengukus, pastikan di tambah dngn air panas. Yatie isikan air hampir penuh di pengukus supaya tak perlu tambah air masa mengukus, sedang elok je.
**Bila kek dah masak biarkan dlm 5 minit, barulah di buka penutup kukusan. Lapkan air yg terdapat di atas permukaan aluminium foil dan kelilingnya. Lubangkan kecil sedikit di permukaan aluminium foil supaya wap panas keluar. Bila dah 10 minit barulah buka keseluruhan aluminium foil dan biarkan kek di pengukus sehingga sejuk. Jika kek di angkat dari pengukus terus bila dah masak, buah akan turun.
**Potong kek bila betul2 sejuk. lebih baik di biarkan semalaman dlm tudung saji. Kek ni lebih sedap di makan selepas 2 hari,


sesuai utk minum ptg bersama minuman yg sejuk....maklumlah skrg musim panas.


last foto kali ni ....model kek buah mama.....

14 comments:

  1. comel nya model....

    i really love fruit cake. my mom memang pakar buat fruit cake ni. kukus sampai 4 5 jam.. then i tukang buat gula hangus tu.. then bila duk kat asraman, bila gian sangat makan, siap beli kat supermarket.. even tak sesedap my mom punya, at least hilang rindu.. till now tetap suka. but my mom dah tak berapa ingat dan i tak pernah teringin nak amik recipe dia masa tu.. now bekubur lahhh.. :-(

    ReplyDelete
  2. Kak, nadz kan dah bbrp kali buat kek buah versi ni tp x sempat2 posting ke blog...hihiii... tp mmg marvelous kan...

    ReplyDelete
  3. salam kak..

    sedapnya kek buah..memang suka makan kek buah ni..cuma pikir juga sebab perlu kukus selama 4 jam..huhu..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mamasya,
    alahaiiiiii geramnya tngk anak dara kecik yg comel ni...kek tu nampak lagi berseri bila bergambar dngn Syakirah taw....sedapkan kek ni....berbaloi walau kukus 4 jam..

    ReplyDelete
  5. amboi model mama..comel..mamasya sedap dan cantik kaler dia..geram tengok..murah jugak ye gas guna style gitu..

    ReplyDelete
  6. salam mamasya, kalau dekat2 nak makan kek buah tu dan trus cubit model tomey tu sekali heeeee manith sangat Syakirah tu, mesti mama nya lebih manith dari Syakirah kan heeeee

    ReplyDelete
  7. Salam mama,dh buat gak ye...dapp kn...terliur lah bila tenung lama2..cam nk buat lagi lah rasa nya...tapi kena tggu masa yg sesuai lah kot..:-)

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Betul tu Mamasya, dalam tempoh 4 jam mengukus tu macam2 boleh kita buat. Saya suka mengukus dari membakar sebab kalau membakar ni nak kena jaga api takut kek kita hangus... Nampaknya saya yang paling ketinggalan ni...belum lagi mengukus kek buah!

    ReplyDelete
  10. Kek buah ni mmg dah jd pujaan ramai kan...tunggu turn sy pulak nk mncubanya

    ReplyDelete
  11. mmg sedap.. rasa mcm nak buat lagi je..
    bila ramai yg ckp resepi ni buahnya tak jatuh.. terus berani nak cuba.. alhamdulillah mmg betul buahnye elok berselerak tak mendap ke bawah.. ratna lepas kukus terus keluarkan & letak bawah saji sebab mata dah ngantuk.. maklumlah mengukus belah malam.. hihi..

    ReplyDelete
  12. Assalam mamasya,
    wah dah ramai yang mencuba kek kukus ni ya..kita kemarin pun ada buat kek kukus tapi recipe lainlah..letak walnut dalmnya lagi sedap pada kita..
    memang senang buat kek kukus ni..lagi2 guna steamer chef asma..tak payah nak masak air panas kalau airnya dah surut..tambah aje air biasa ..sendiri kat dalm nanti panaslah dia...:)

    ReplyDelete
  13. salam mama...
    alamakkk dah abes ker nih? baru dtg nak ngendeng... curik model tuh jer la bawak balik! leh kawan dania.. hihihihi

    ReplyDelete
  14. Salam mama..ramainye dh mncuba..tggu zila jew x ksmpaian lg nie..nk tggu 4jam tu yg mls..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2