klik Nuffnang

Tuesday, October 8, 2013

Sate Ayam Madu & Kuah Kacang



Assalammualaikum buat semua.
Pada pengunjung blog mama yg nak berminat nak tengok jubah dan nak pakai raya Aidiladha nanti, masih ada lagi jubah, sila klik promo jubah atau emel mamasya;mamasya70@gmail.com.

Sebelum bercerita ttg resepi nak kongsi cuaca disini, skrg dihujung musim panas.dah mula masuk musim sejuk....cuaca berangin, wpun nampak panas tp dah terasa sejuk.Siang semakin pendek, 5.33 ptg dah maghrib,subuh 4.27 pg & matahari terbit 5.52 pagi.Tak lama lagi dah nak kena keluarkan baju musim sejuk pula.....
Berbalik entry hari ni nak kongsi Sate Ayam Madu & Kuah Kacang yg mama masak masa bulan Syawal yg lalu...lama perap entry ini....dah nak raya Haji baru update.Sebenarnya byk entry lagi yg tertunggak belum sempat update, nantilah pelan2 bila rajin kongsi di blog. Sate Ayam Madu & Kuah Kacang mama masak utk mkn kami sekeluarga saja, maklumlah masa tu masih mood beraya.


Utk resepi sate kali ini, mama mencuba dari BLOG PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN , tkasih kpd tuanpunya resepi. Mcm biasa, kalau sate mama mmg malas nak potong ayam kecil dan cucuk di lidi, jadi mama guna kepak ayam saja.Dulupun pernah kongsi resepi sate kepak ayam, boleh klik Resepi Sate Kepak Ayam & Kuah Kacang kalau nak tengok resepi sate yg satu lagi. Utk resepi yg digunakan kali ni spt di bawah, detail cara2 dan tips membuat sate diterangkan, itu yg nampak pjg resepinya. tp yg penting cara no 1-3.

RESEPI : SATAY AYAM MADU.
Sumber; BLOG PERNIAGAAN KATERING & RESTOREN
Oleh; Dapurmamasya

bahan
2 kg. daging ayam (pilih yang bahagian dada)- guna kepak ayam
2 inci kunyit hidup.
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
3 btg. serai. dipotong halus.
1 sudu besar serbuk jintan manis.
2 inci kunyit hidup.
3 sudu besar madu.
1 sudu kecil serbuk rempah (coriender powder).
sedikit serbuk kayu manis.
2 sudu minyak masak.
8 biji bawang kecil (shalot) di cincang kiub.
2 sudu besar kacang tanah.
Garam secukup rasa.

CARA-CARA:
1. Potong isi ayam berbentuk kiub, sais mudah untuk cucuk. Jgn terlalu besar dan terlalu kecil. Masa bakar satay itu bermasalah. Isi ayam yang telah dipotong kiub isikan dalam penapis untuk buang air yang berlebihan.
2. Kisar kacang tanah, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dalam berkeadaan pes. Ambil sebuah bekas dan masukkan isi ayam bersama bahan-bahan yang telah kisar bersama dengan Madu, serbuk jintan manis, serbuk kulit kayu manis, bawang yang dicincang dan 2 sudu minyak masak. Gaulkan semua bahan ini bersama dengan isi ayam. Sejukan dalam bahagian pembekuan dalam separa beku. Keluarkan dan masukkan kembali di peti sejuk di ruang dingin. Peram selama sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
3. Keluarkan isi yang telah peram mulakan cucuk di lidi satay. Lidi satay perlu direndam selama 10 minit sebelum lakukan kerja-kerja cucuk. Cucuk isi ayam cuma 3/4 bahagian lidi. Selepas isi ayam telah cucuk , tekan sedikit dengan ibu jari dan jari penunjuk untuk leperkan sedikit isi ayam supaya senang di masak. Sekiranya anda gunakan grill letrik, bentuk kiub lebih menarik dan tiada masalah untuk di grill. Kalau bakar secara tradisional perlu leperkan sedikit untuk cepat masak sebelum hangus.

4. Pembakaran satay perlu beri perhatian kepada lidi yang tidak berisi ayam. Api atau bahang panas tidak boleh disasarkan pada batang lidi dibahagian ini. Oleh kerana isi ayam cepat kering apabila dikenankan bahang api arang, maka minyak perlu disapukan dengan sebatang serai yang telah dijadikan seperti berus (cuma ketuk bahagian pedu serai memadai). semasa menyapu minyak awasi penyambaran api kepada isi ayam dan satay anda boleh hangus hitam. Bagi mengelakan keadaan ini cepat terbalikan satay anda.
5. sekiranya anda ingin menjimat arang kayu, isikan separuh bahagian dengan pasir kering dalam bekas pembakar satay. Sekiranya satay anda telah masak, kurangkan bahang api dengan tepikan bara arang kayu di bekas pembakar satay. Bara api kayu perlu mengipas selalu. Anda boleh juga gunakan Kipas meja untuk tujuan ini. Untuk mencantikkan pembakaran isi ayam..peringkat akhir pembakaran, titiskan sedikit minyak masak kedalam bara api menerusi berus serai anda. Satay anda akan seperti di grill.



PENYEDIAAN KUAH KACANG:
BAHAN-BAHAN.
250gm kacang tanah (serbuk) siap.- mama guna kcg biasa,tumbuk
3 batang serai dipotong halus.
1/2 biji bawang besar.
1 inci halia.
3 ulas bawang putih.
3 sudu besar udang kering (direndam).
3 sudu besar cili giling.
1 cawan air asam jawa.
1 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
4 sudu besar minyak masak.

CARA-CARA:
1. Kisar dengan sedikit air; serai, bawang, halia, bawang putih dan udang kering.
2. Masukkan minyak masak dan panaskan. Tumiskan bahan kisaran sehingga naik wangi, masukkan cili giling tumis hingga garing.
3. Masukkan serbuk kacang tanah kacau sebati. Masukkan air asam dan 1 cawan air. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Didihkan kuah sehingga pecah minyak. Kalau ingin tambah kepekatan boleh masukkan 1 sudu tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Kuah anda telah sedia.

Nota cara buat nasi impit:
Kalau ingin nasi himpit mudah, beli saja yang tersedia jual. Sekiranya anda ingin buat sendiri, ambil sehelai bag plastik bersaiz 5 X 9. Jadikan empat bahagian sama rata. Isikan satu dari empat bahagian itu dengan beras. Hujung bag plastik itu mesti dikepitkan atau di staple rapat. Tebuk beg plastik dengan lidi satay di seluruh bahagian supaya air boleh meresap semasa masak. Masukkan dalam periok nasi dan rebus sehingga masak. Apabila telah masak, basuh dengan air dan sejukkan.


kuah kacang masih di kuali


Pada hari itu , selain sate.mama masak juga Rendang Hitam Daging mkn dg lemang segera.Menu Sate Ayam Madu dan Rendang Hitam ni juga sesuai utk hidangan Raya Aidiladha minggu dpn....

8 comments:

  1. tergoda nya dengan kepak ayam tue... inshaAllah will try!!! :)

    ReplyDelete
  2. aduiii mmg feveret belaka hidangan ni terutama nasi impit kuah kacang.tapi tak reti buat,asyik harapkan mak aje,azamnya raya tahun depan mesti dah pandai buat sendiri,inshaallah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak..

    x tahan la tengok kepak ayam tu kak..telan liur ni..

    ReplyDelete
  4. Salam mamasya.
    Sedapnye sate n kuah kacang. Tp akak terguda dgn rendang htam daging. Cnp resepi ye. Tenkiu sharing

    ReplyDelete
  5. Salam mamasya.
    Sedapnye sate n kuah kacang. Tp akak terguda dgn rendang htam daging. Cnp resepi ye. Tenkiu sharing

    ReplyDelete
  6. Nak rasa juga musim sejuk tu... cemanalah anginnya ye.
    Mamasya... nak bagi tau satu benda kalau tengok resepi ayam Mamasya... gambarnya nampak sangat jelas & dengan melihatnya sudah tahu kelazatannya..... lariiikkkkkk liur dah nak menitis atas key board!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum mamasya, benar-benar membuka selera resepi ayam tu. InsyaAalah..nak cuba buat untuk hidangan hari raya aidiladha nanti.

    ReplyDelete
  8. kak.....semakin terasa bahang raya...raya haji...
    semua kepak ayam dlm pinggan tu,sedap part tu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2