klik Nuffnang

Tuesday, February 7, 2012

Daging Goreng Patayya & Troli Gergasi..


Assalammualaikum buat semua, moga sihat ceria.
Entry ringkas kali ni sementara upload gambar lain. Kembali edisi ulangtayang ...kali ni lauk Daging Goreng Patayya. Masa masak ni teringin nak makan makanan Thai....tak payah susah keluar nak ke restoren Thai....masak di rumahpun boleh..lagipun byk bahan2 dah ada di rumah.
Resepi ni sesuai utk org yg suka pedas sbb letak cili padi....tp tak berani nak letak cili padi sbb tak tahan pedas...nanti berasap telinga...hi.hi.Nak padankan dgn daging patayya boleh juga masak tomyam . Resepi dari Restoren Pak Amir tp tak jumpa linknya..

DAGING GORENG PATAYYA
Sumber; Restoren Pak Amir
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
500 gram daging "Top Side" bahagian peha dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus
10 batang cili padi dan 2 batang cili merah ditumbuk halus- campur cili hijau dgn cili kering
1 labu bawang besar dihiris nipis
4 helai daun limau purut
Beberapa helai daun selasih (Thai Basil)-tak letak
Segenggam daun ketumbar dicincang kasar
1 batang serai dititik-letak 2 btg
2 tangkai daun bawang dihiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 camca besar sos tiram-letak 2 sb
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya
# Panaskan minyak dan tumiskan serai, cili padi dan cili merah sampai wangi.
# Masukkan daging, sos tiram, sos ikan, sedikit gula, dan bawang besar.
# Goreng sebelum dimasukkan daun limau purut, selasih dan ketumbar Sajikan segera 1

Troli Gergasi..



Troli Gergasi ni kalau sapa2 nak borong 1 supermarket pun boleh...hi..hi. tengok tayarnyapun dah setinggi kereta. Troli ni terletak dpt Supermarket Hyper One di Cairo ni.



gambar anak2 posing dpn kereta antik masa ke Hyper One baru-baru ni....

5 comments:

  1. akk pun suke msk simple 2 camni.. dulu sblm pandai berblogging ni selalu mkn kt warong thai.. skrg ni cam dah ilang selera pulak nk makan kt luar.. sekali2 klau jln jauh jer baru singgah .. hissh ada replika troli besar pulak.. msti bersmgt bila nk myoping kt sni..

    ReplyDelete
  2. Bestnya menu daging ni....masuk list dulu...kalau ada cili2 api ni memang fav kak cek....
    Wah! Troli byk beso oooooo...nak tolak pun tak larat ni...he he he..:)

    ReplyDelete
  3. slurrp... kelitan sedap sekali, kalo di makan dengan nasi hangat memand sedapp.. ;)

    ReplyDelete
  4. Salam Mama..He he he bersungguh benar tokey supermarket tuuu ya buat buat troly besar kat supermarket dia..agaknnya simbolik dia ialah "Marilah shopping sakan kat sini" ha ha ha ha ha ....

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2