klik Nuffnang
Tuesday, February 7, 2012
Puding Roti Pelangi (Kukus) & Morning Coffee lagi
Assalammualaikum
Entry hari ni nak kongsi Puding Roti Marble versi kukus...puding roti pernah buat sebelum ini tp yg berkaramel iaitu puding roti karamel, boleh tengok sini. Kali ni Puding Roti Marble versi kukus pula yg dibuat 2-3 minggu lepas utk bawa ke pot luck morning coffee di rumah kawan.
Kebetulan roti pula ada byk di rumah....3 bungkus, wpun anak2 suka roti tp sampai 3 bungkus ni takut pula tak sempat habis dah tamat tempoh....itu yg cari resepi yg menggunakan byk roti dan belum pernah dicuba. Bila tengok bahan2nya semua ada di rumah.Resepi jumpa di blog Iza tp asal dari k.Fida@My resepi , t.kasih ya...
puding ni buat warna-warni....corak pelangi kalau nak ringkas boleh buat marble....guna 2 warna
Puding Roti Marble/Pelangi Kukus
Sumber; Iza@Singgahsana Kitchen asal k.Fida@My resepi
Oleh;Dapurmamasya
Bahan-bahan ( loyang 8 inc. / 9 inc. )
12 keping roti putih - disiat2
2 cawan susu sejat/susu segar (atau campuran kedua2 susu)- guna susu segar sj
4 sb susu manis
1/2 cawan gula halus (boleh kurangkan)
2 biji telur
3 sb tepung jagung
2 sb mentega/majerin
1 sk esen vanilla
1/4 sk garam
100 g choc. cair / 3 sb serbuk koko (utk corak marble)
pewarna merah,kuning,hijau (utk corak pelangi)
Cara-cara
1.Satukan kesemua bahan2 kecuali choc dan pewarna di dalam mangkuk.
2.Kisar bahan2 tadi hingga halus.
3.Bahagi adunan kpd 2 bahagian dan bubuh choc pd 1 bahagian.Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang yg telah digris keliling.
4.Kukus puding hingga masak selama 30-35 min.
5.Biarkan puding sejuk di dalam loyang.Potong dan sajikan.
Tips dr MYR
Puding kukus ni mmng tak tebal kalau guna ukuran loyang yg diberi, tinggi dlm 1 1/4 inc.mase mengukus mmng akan naik tinggi sbb dlm roti tu sndiri dh ade bahan penaik lebih2 lagi klau kite kukus dgn api yg kuat.boleh gandakan adunan klau inginkn puding yg tinggi yer atau guna loyang lebih kecil utk satu adunan puding.
adunan dibhg kpd 3 warna. Marblekan adunan berselang-seli warna di dalam loyang
dah siap dikukus.boleh hidangkan.kalau puding mmg kegemaran....tak kira puding apa.
Gambar masa morning coffee di rumah K.Ijan kat Maadi 2-3 minggu lepas.Puding roti marble tu mama bawa ke sini. T.kasih menjamu kami dgn nasi lemak dan kuih-muih juga dari kwn2 di Maadi.Seronok dpt kumpul bergini...makan sambil sembang
Puding Roti Marble ni sesuai utk habiskan stok roti...
Label:
Dessert
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Mama...Belum puas jamu mata ngan keindahan Sg Nil, ada lagi morning coffee..mesti seronok kan dapat kumpul ramai2 macam ni...Puding tu pun nampak ceria sgt...
ReplyDeleteas-salam Mamasya
ReplyDeletecantik pudding Puding Roti Pelangi tu ..warna yg menarik..
salam..ye la cantik warna puding tu...belang2 tu memikat hati...mendorong utk dicuba...tp xde sape nak makan... :)
ReplyDeleteCantik puding....kaler2nya cantik....kak cek sukaaaa.....:)
ReplyDeleteSuka..suka. nanti nak buat jugak
ReplyDeleteCantik pudding nya, rasanya pasti yummy.. ;)
ReplyDeletecantik sungguh puding belang nie... nampak sedap+lembut jer..
ReplyDeleteNurin, akak nak buat kunjungan balas tak dptlah.boleh bagi address blog Nurin.
Deleteada puding belang plak...dapo mama ni mmg sentiasa ada mknn sedap2...
ReplyDeletemama..ni umieaisyah la...tuko nama sikit..br pindah dapo baru kan...
alaaaa....I miss te boat la, anak I cam biasa problem gigi.
ReplyDeleteAlhamdulillah dah settle dah...mayb next time we can gether2 lg yea.
Azleen
salam mamasya.thanks tau share resepi ini... saya baru je buat tadi. hope menjadi la macam mamasya punya...
ReplyDelete