klik Nuffnang

Friday, February 3, 2012

Kuih Talam Pandan Kacang Merah



Assalammualaikum
Pada hari yg sama masak apam polkadot...mama juga terima tempahan utk sediakan satu kuih manis dan satu kuih pedas utk jamuan lunch keesokkannya pada 31.1.2012 di rumah Duta @ Rumah Msia bagi meraikan rombongan dari Malaysia. Bila sebut kuih manis... terus terbayangkan kuih talam sbb ada beberapa resepi yg dah siap print.....yg berkenan nak cuba segera tp nak buat utk mkn di rumah...anak2 tak suka kuih manis,jadi tunggu jamuan gini...bolehlah mencuba. Belah pagi buat apam...ptgnya terus buat kuih talam ni sbb mlm takut lewat balik dari jamuan.
Kuih talam ni mmg berkenan sejak Yatie tayang di blognya sbb mmg suka dg kacang merah. Tapi ni versi ringkas sbb guna kacang merah dlm tin, dah lama beli kononnya nak buat bubur...lastnya jadi talam. Senang guna dlm tin...cepat...tak payah nak rebus. Cukup pula tu 1 tin dgn sukatan resepinya 1 1/2 cawan kacang merah.Stok daun pandanpun tak byk jadi guna pandan paste je. T.kasih byk2 buat Yatie sudi kongsi resepi kuih talam yg best ni....

Kuih Talam Pandan Kacang Merah
resepi; blog Yatiememories@Sinar Kehidupan
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN UTK LAPISAN BAWAH (loyang 10x10x2@3inci)

1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk - guna 1 tin kacang merah (ambil kacang saja)
1 cwn air*(* di kisar bersama)
1 1/2 cwn tepung beras
2 cwn santan sederhana pekat
2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
1 cwn gula halus
sedikit garam
sedikit pewarna merah

CARANYA

Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.

BAHAN UTK LAPISAN ATAS

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cwn gula halus
2 biji telur
1 cwn santan pekat
2 cwn air (kisar bersama 3 helai daun pandan dan tapiskan)- guna 1 sk pandan paste
secubit garam
pewarna hijau

CARANYA

Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana je.
Tuangkan adunan ke atas lapisan kacang merah tadi.
Sebelum tuang adunan, pastikan tiada air bertakung di permukaan kuih. Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air.Selepas tu, cakar2 sikit guna garpu barulah tuangkan adunan warna hijau.
Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana saja.
Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik


tinggalkan juga di rumah....nak rasa juga mcmmana kuih talam kacang merah ni dan ternyata mmg sedap rasanya...... tak rugi mencuba utk jamuan ini.Cuma warna bhg bawahnya kurang merah...konon-kononnya nak jimat pewarna....letak sikit...lain kali kena lebihkan sikit barulah nampak berseri.


kuih talam ni sesuai utk jamuan sbb byk juga dpt 1 loyang tapi kalau famili kecil buat 1/2 adunanpun dah cukup.



kuih karipap siap masuk bekas.

12 comments:

  1. Salam mamasha,
    Betul tu anak kita pun kurang suka so kita pon jarang nak membuatnya. Tapi kita pernah buat hasilnya tak secantik camnie. Teringin nak mencuba sekali lagi tapi entah bila..

    ReplyDelete
  2. Salam Mamasya akak pun dah book mark talam ni tengah tunggu masa sesuai aje nak buat

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Mamasya,
    cantik talam mama ni...yatie pun pernah guna yg dlm tin, sedang2 elok je sukatan tu kan...tq sudi mencuba resepi ni..

    ReplyDelete
  4. Salam kak...

    ira mmg suka makan tp buat tak reti...

    ReplyDelete
  5. assalam kak nampak sedap talam kacang merah tu tapi kat rumah budak2 tu tak makan kang ibu yang perabih sorang2 ,tu yg malas nak menalam tu

    ReplyDelete
  6. Teringin sangat nak buat tapi takde orang nak makan

    ReplyDelete
  7. dah buat ye? sedap kan? terasa kacang merah dia tu.. ratna pun suka kcg merah.. budak2 mmg kurang suka kuih2 lembik gini.. anak2 ratna pun yg boleh layan kuih ni cuma kakak dini ngan alin je.. haziq langsung takmau.. hehe..

    ReplyDelete
  8. seronoknyer akak da mule amik order ya..cun n comey kuih talam ni..licin je..sy klo potong kuih lembik2 gini sokmo x cumel..hihi

    ReplyDelete
  9. talam oh talam,dulu rajin buat tapi skrg dah tak rajin..sebab pueh nak reabihkan..tapi kalau talam keladi akak suka sangat

    ReplyDelete
  10. comelnye talam ni...nampak licin aje bila potong...mesti cukup rasa lemaknya tu...nak buat belom pass lagi ni

    ReplyDelete
  11. Cantiknya kuihtalam tu mamasya.... Nampak sedap... Tgk pun dah tau kuih tu sedap... Tergoda lg... Wah mama dah ambik tempahan kuih yer... Seronoknya...

    ReplyDelete
  12. nekcik tngah kumpul semangat nak buat talam ini!!!!tk mamasya for sharing..kuih antik antik ni kna buat sendiri..baru puas hati..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2