klik Nuffnang

Thursday, May 23, 2013

Pengalaman Manis...sepetang bersama Tun Dr. Siti Hasmah



Assalammualaikum buat semua...moga semuanya sihat sejahtera.
Entry kali ni special sedikit sbb mama nak kongsikan pengalaman manis mama dapat bersua muka dengan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yg mama cukup kagumi. Dan ni merupakan pengalaman kali ke 2 mama dpt bertemu Tun sejak berada di sini.Kali pertama masa lawatan Tun ke Cairo pada Jun 2011.
Kali ni pula kunjungan Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali ke Cairo pada 18-19 Mei yg baru lepas atas jemputan sebuah pertubuhan di sini bagi menyampaikan ucapan dalam persidangan dan Pelancaran Perdana Global Peace Foundation Club (PGPF),Egypt & Gaza Chapter. Mama kongsikan sedikit catatan...untuk kenang-kenangan di blogdapurmamasya ni...


Ketibaan Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad di lapangan terbang Cairo pada pagi 18 Mei 2013 di terminal khas.


Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali turut disambut oleh Dato' TYT Duta & Datin.


Pegawai dan isteri pegawai Msia di sini turut sama menyambut ketibaan Yang Amat Berbahagia Tun


Dalam acara berasingan pada sebelah ptgnya Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dibawa melawat museum terbesar Mesir yg terletak di Tahrir Square. Sempat dibawa melihat mumia dan khazanah Tutankhamon.mamapun pertama kali jejak museum ini.


selepas selesai lawatan ke Museum,Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah dibawa utk minum ptg di Nile City, restoren yg terletak di tepian Sungai Nil.


Sesi minum ptg diceriakan dengan sembang mesra dan perkongsian pengalaman serta nasihat oleh Tun utk kami semua.Satu pengalaman yg tidak akan mama lupakan....dpt berpeluang berbual dan mendengar Tun berbicara.antaranya Tun berkongsi cerita tentang cucu-cucunya...tok dan tok Det..itulah panggilan manja oleh cucu-cucu untuk Tun berdua. Juga perlunya menjaga pemakanan apatah lagi bila meningkat usia, pengalaman sebagai seorang doktor dan lain-lain lagi....tak jemu mendengar Tun berbicara.


Selesai sudah sepetang bersama Tun Dr Siti Hasmah,satu petang yg cukup manis...cukup bermakna.


Pada keesokkan pagi 19 Mei, mama tak melepaskan peluang utk turut sama hadir di Majlis Pelancaran Perdana Global Peace Foundation Club (PGPF),Egypt & Gaza Chapter di Hotel Fairmont oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad.Majlis turut dihadiri oleh rakyat Msia di sini dan tetamu Mesir yg dijemput hadir.


dalam majlis yg sama Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir bin Mohamad menyampaikan sumbangan dari PGPF


Selepas itu dalam majlis berikutnya di dewan berasingan, Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir dijemput berucap dalam satu seminar, International Renaissance Experiences The Malaysian Case. Satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab. Berita penuh boleh baca di sini.


Tun Dr Mahathir turut ditemuramah oleh station tv Nile TV yg meminta Tun utk berkongsi kejayaan memajukan Msia.Suratkhabar tempatan turut membuat liputan meluas lawatan Tun ke Cairo. Kagum dengan kepimpinan Tun, seorang tokoh pemimpin yang dihormati di peringkat antarabangsa.

Sepanjang mama di sini, mama rasa bangga sbb bila sebut asal dari Msia, terus mereka menyebut nama Tun....rata2 org Mesir begitu mengagumi Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin Islam yg berjaya menjadikan Msia sebuah negara maju.

11 comments:

  1. assalamualaikum mamasya..bestnye dapat jumpa tun suami isteri..eiii zila kalau dia datang ni nk bwk buku dia semua mintak sign..hehehe

    ReplyDelete
  2. Mestilah kenangan manis sb jumpa Tun dan isteri beliau.

    ReplyDelete
  3. Bestnya berpeluang dpt berjumpa dgn tun n isterinya...kenangan bharga tu plus manis gak kan...:-)

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat bertemu mata dengan mantan pm tun de siti hasmah... kita sayang dr m n dr st hasmah!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Kak..Wahhhhhhhh seronok dan bertuahnya akak dapat peluang ni..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mamasya
    seronoknya dpt jumpa2 mcm ni.. mkn2 lagi tu. :)

    ReplyDelete
  7. Wah...bole makan bertentang mata dgn tun....

    ReplyDelete
  8. assalam Mamasya
    pastinya indah
    dpt jumpa tokoh paling sy kagumi ni Tun MAHATHIR DAN TUN HASMAH
    sy ada jumpa masa sblm pilihanraya tp x dpt ambil gambar hu huu

    ReplyDelete
  9. Salam Mamasya,

    Bestnya..
    dulu pernah jumpa tapi Lama Dah Dulu..
    teringin bertemu sekali lagi dengan tokoh dunia nie.
    Kat sini kami bangga kalau pak arab tahu kami Malaysian, layanan adalah lain daripada lain.
    Mahathir Good! we love mahathir.. bangga jadi anak malaysia.

    ReplyDelete
  10. Mamasya,

    Marya sgt setuju bila akak kata Tun terkenal dikalangan org/bangsa Arab... kat peru ni kalau jumpa mana2 org egypt atau mana arab mesti ckp malaysia, mahathir, islam... bagusssss... sebab tu saya tak pasti kenapa masih ada org malaysia yg kata negara kita less islamic? mungkin sb tak jlnkan hudud lagi.. padahal islam bukan sahaja pada hukum hudud... malah lebih lagi... tanyalah mana2 org Islam malaysia...siapa yg taknak jalankan hudud? sy yakin semua nak... skrg ni kena bersatu dulu, itu yg penting! betul tak?

    Bila kita dok luar negara byk perkara yg kita belajar & tak keterlaluan kalau saya nak kata kita lebih berfikiran terbuka kan... :))

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2