klik Nuffnang

Friday, March 25, 2011

Yong Tau Foo lagi



Hari ni tayang yong tau foo....buat tgh hari ahad lepas.Tu yg kata mkn mcm2 sbb hari ahad tu juga utk sarapan masak mee kari, tgh hari masak lauk utk lunch dan ptg buat bingka labu.
Pagi-pagi ahad tu lepas masak sarapan ke pasar borong. .nampak penjual fishball dan bahan2 ytf masih ada...biasa penjual awal2 lagi dah balik, terus beli bahan2 utk ytf..serba sikit. Sos mmg dah ada stok simpan dlm peti ais. Balik tinggal celur bahan2 dan goreng kacang...



campur jugak karet dan epal hijau..lebihan sayur yg dipotong utk kerabu epal hari sabtu tu...epal tu mkn dgn ytf....masam-masam sikit...yumm.....masa lunch makan ytf....habis sepinggan ni sorang mkn,kenyang tak mkn nasi. Ytf mmg favorit tp anak2 dgn mr husben mkn nasi dan mee kari.bahan-bahan YTF,kangkung,karet&epal,sos dan kacang tumbuk. Utk resepi boleh tengok entry terdahulu..klik sini.

Thursday, March 24, 2011

Kuih Bingka Labu



Sekali tengok mcm buah labu yg dipotong....

Kuih labu lagi tp kali ni bingka labu. Ni kali ke 2 buat bingka labu tp berbeza resepi. Labu tu jiran bagi hari sabtu yg lepas...buat bingka ni ptg Ahad.Sbb hari ahad dah mkn mcm2, jadi hanya potong hari Isnin...buat minum ptg.
Teringat masa tinggal di Brunei....3 1/2 thn tak pernahpun sekalipun buat kuih berasaskan labu wpun selalu beli labu, buat masak sayur lemak je. Sbb utamanya anak2 mmg tak mkn sgt kuih manis, nak bagi jiran...jiran yg rapat dah pindah...tu yg malas nak buat kuih.
Tapi balik sini rajinlah sikit buat kuih sbb kalau buat kuih boleh bagi jiran-jiran....semuanya mesra dan boleh bawa ke office.
Untuk kali ni cuba resepi bingka labu FP Ratna@ Madihaa mamawandiha.fotopages.com sbb tengok bahan2nya semua ada di rumah. Terimakasih Ratna kongsi resepi bingka labu yang sedapppp ni...


Bahagian kerak tu yg sedap.



Bingka Labu
Sumber : mamawandiha.fotopages.com

Bahan2
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos-timbang dlm 400 gm
240 gm gula pasir
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)-guna 4 biji telur saiz M
1 cawan santan pekat- guna 1/2 pekat santan debu jadikan 1 cwn
125 gm marjerin ~ cairkan

Cara Menyediakan
1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C.
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.

Nota: Cara menguji kuih.. cucuk kuih dengan lidi penguji jika lidi keluar bersih.. bermakna kuih sudah masak.. jika lidi penguji masih bersalut dengan kuih teruskan membakar dengan menurunkan suhu ke 160C utk mengelakkan kuih dari hangus.


Bingka baru keluar dari loyang.....

Wednesday, March 23, 2011

Kerabu Epal Hijau



Hari sabtu lepas juga buat kerabu epal utk menu lunch. Dah lama tak buat, kebetulan byk beli epal hijau jadi potong 2-3 biji utk buat kerabu epal.Mudah tak payah masak sayur lain.
Sedikit tip tak nak bagi epal hijau tu lebam, masa potong epal.. rendam epal yg dah potong dlm air garam...jadi epal nampak segar tak lebam.

KERABU EPAL HIJAU
Sumber FP MamaFaMi

Ingredients :
2 green apples - shredded
1 red chillie - sliced
1 onion - quartered n sliced
carrot - shredded
mint leaves - tak letak
1 teaspoon lime juice
salt n sugar to taste

Method :
1. Mix shredded green apples, red chillie, onion, carrot and mint leaves in a bowl.
2. To prepare the dressing : Mix lime juice, salt, sugar, black pepper and olive oil.
3. Pour the dressing into the vegetables and set aside for 15 minutes.
4. Ready to serve.



Kerabu epal ni ringkas tp sedap makan dengan nasi....

Tuesday, March 22, 2011

Homemade Air Roselle

.
Teman-teman pernah minum air roselle tak ? Rasanya macam air ribena...masam-masam sikit...minum masa sejuk..nyamannya...
Bunga roselle ni beli dgn amoi yg jual sayur di Ayer Hitam....tak pernah jumpa di Melaka org jual bunga roselle yg fresh gini...tu yg bila tengok Amoi tu jual terus beli.
Nipun xtvt hujung minggu baru-baru ini...sambil masak2.. rebus juga air roselle utk diminum.Buat sendiri rasapun asli tanpa bahan pengawet dan pewarna.

Air Roselle
Bahan
5-6 kuntum (kalau besar 3 kuntum) bunga roselle dibelah dua dan dibuang biji.
8-9 Mug air
daun pandan/vanila
gula secukupnya

Cara
Rebuskan air . Masukkan daun pandan/ sedikit esen vanila utk bagi wangi air. Biarkan air mendidih dan dimasukkan bunga roselle. Biarkan terus mendidih sehingga bunga kelihatan sedikit pucat (warna merah sudah hampir hilang warna ) anggaran 15-20 minit.Sekiranya perlu tambah lagi air agar warna merah air tidak terlalu pekat. Masukkan gula mengikut manis yg diperlukan masing2 dan kacau hingga gula hancur. Siap, sejukkan dan sudah boleh diminum dgn ditambah ais atau terus begitu saja.
Sekiranya sudah siap air gula maka rebus bunga roselle tanpa gula.Hanya bancuh dgn air gula bila air roselle sudah sejuk.



Air roselle sedang mendidih.Kalau buat air dari bunga roselle tidak perlu tambah pewarna untuk jadikan warna air merah kerana bunga yang direbus mengeluarkan warna merah pekat.



Bunga roselle ni agak keras kelopak tghnya,kalau nak buang biji memang kena belah dgn pisau. Yang uniknya bunga ni tahan lama dan tidak mudah layu walaupun tidak disimpan dalam peti ais. Tapi bila dah kena air ianya mula mengeluarkan warna merah dan akan layu sedikit.Murah harga bunga roselle yg dibeli di Ayer Hitam, sebanyak ini RM2 shj. kalau beli 3 peket dpt RM5.Kalau rebus ni dpt byk sbb sekali rebus baru guna 5 kuntum bunga.Tapi kalau nak buat pati roselle yg pekat boleh terus rebus byk bunganya.Nak minum tambah air dan gula.
Sedikit Info tentang pokok Roselle.
Roselle spesies bunga raya yang dipanggil Hibiscus sabdariffa L. Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Orang India memanfaatkan seratnya dipakai sebagai bahan pembuatan tekstil.Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau.
Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.

Khasiat Roselle :

1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Mengatasi hipertensi
3. Anti infeksi bakteri
4. Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C
5. Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal
6. Mengandung Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh
Sumber ; MARDI & Jab. Pertanian Jatim,Indonesia



Pokok roselle .
sumber ; http://www.iluvislam.com/

Monday, March 21, 2011

Lemon Chicken



Ini aktiviti masak2 hari minggu…mr husben ada bengkel di pejabat. Mamapun berbengkel di dapur sambil melayan anak-anak.
Menu pertama hasil berbengkel di dapur ialah lemon chicken.Buah lemon tu beli minggu lepas lagi….ingat nak buat ayam bakar tp ubah resepi buat lemon chicken.


Cari resepi di mr goole jumpa di dapur Hana tp resepi asal dari Along Roz. Terimakasih Along Roz penyumbang resepi dan Hana juga. Memandai tambah tpg serbaguna...harap Along tak marah....

Lemon Chicken
Source; Homekreation@Along Roz

INGREDIENTS:
1 whole Chicken Breast - chopped to small pieces
1 tsp Black Pepper powder
1 tbsp Rice Flour
1 tbsp Plain Flour -
Custard Flour - for coating
Salt
* tambah 1 sb tpg goreng serbaguna

METHOD:
1. Mix all ingredients except custard flour.
Heat up oil for deep frying.
Roll battered chicken into custard flour & deep fry until golden.
Dish up.

SAUCE:
1/2 Lemon - squeeze juice & slice the rind*
(note: only used 1/4 lemon for rind. Remove the white part which has bitter taste.)
1 cup Water*
1 tbsp Custard Flour*
Honey, Sugar & Salt* (* mixed)
1 tbsp Butter

- Melt butter & add in * mixture.
- Boil until translucent.
- Pour on top of fried chicken.
- Serve hot.


Untuk lemon sos tu kena pandai imbangkan antara rasa masam, manis dan masin...barulah sedap rasa ayam bila mkn dgn sos lemon . Syakirah suka pulak lemon chicken tu...belah siang dia mkn gitu je....mlmnya dia mkn dgn nasi...kena dgn seleranya.

Sunday, March 20, 2011

Nasi Ambeng & Singgah Ayer Hitam



Kalau dah sampai JB kena cari nasi ambeng...dah lama tak mkn...di Melaka tak jumpa org jual kecuali bulan Ramadhan. Nasi ambeng ni beli utk sarapan pagi...beli di gerai kat BBU....lauk ayamnya, ayam masak merah..byk juga sebungkus mmg tak habis sorang mkn.Anak2 pula kalau sarapan pagi di luar suka makan roti canai.

Tgh hari kami bertolak balik....singgah kejap di Ayer Hitam.



Di Ayer Hitam tak ronda lama sgt sbb hujan. Sempat pergi bahagian yg gerai....tempat lain tak singgah.Tak shoppingpun sekadar jln2 cuci mata....



Giant teddy bear lebih besar dari org dewasa....tokeh kedai ckp dgn anak2 masuklah dlm kedai tengok teddy besar...apa lagi anak2 terus masuk tengok...mmg besar...harga kalau tak silap dia ckp dlm 300 ratus lebih.



Gerai-gerai kerepek...mcm2 kerepek ada. Bungkusan kecil 5 Rm10, yg saiz sed 3 RM10.



Deretan bantal peluk budak2 dan teddy bear dgn pelbagai warna. Anak2 seronok ronda-ronda di sini sbb mcm2 mainan dan soft toy ada.



Byk betul teddy bear...



Gerai pasu dan mini fountain



Cak!....abg Syazrin senyum riang



Lagi gerai pasu-pasu dan mini fountain



Gerai soft toy, beg dan bantal



Deretan pasu-pasu kecil dan hiasan kaca



Last sekali semua posing dgn amoi jual sayur ...Amoi ni kreatif dia letak bakul atas pushchair , senang tolak katanya.Di Ayer Hitam ni mmg biasanya ada penjaja sayur.

Thursday, March 17, 2011

Sepetang Di Danga Bay JB



Ni kisah week end baru-baru ini....xtvt cuti sekolah ,bawa anak2 jalan-jln. Tak pergi jauhpun...hanya ke JB...jln2 sambil ziarah kenalan dan jiran lama kami di sana yg dah lama tak jumpa. Seronok dapat jumpa jiran lama dan kenalan setelah beberapa tahun tak bersua.
Dah selesai ... kami pusing2 bandar JB. Kemudian singgah di Danga Bay.



View berlatarbelakang tempat mkn...masa ni tempat mkn masih lengang...



Baru jln sikit nampak keretapi...apalagi anak-anak semua suka nak naik keretapi, mak anak-anakpun sama teringin nak naik!.Keretapi ni pusing2 sekitar Danga Bay..tiket RM5 seorang...



Pertama kali Syakirah naik keretapi... dia diam je...memerhati sekeliling , biasa mulut dia bising.



Keretapi berhenti di kws Jom Heboh, sementara tunggu next keretapi utk pusing balik.. kami turun jalan-jalan sekitar gerai. Ramai betul orang masa ni...



Kami pusing kejap je kat sini.tak masuk pun gerai-gerai ...tengok dari luar.



Gerai otak-otak pun ada...mulanya ingat nak beli tp masa balik tak sempat sbb nak kejar train yg dah ada menunggu.



Depan booth Buletin Utama ...posing dgn pembaca berita TV3. Kebetulan kat booth ni dah tak ramai orang dapatlah ambil gambar.



Syakirah terpegun bila ditemuramah oleh TV3...berlakon je ni...hi..hi..



Posing dengan clown....Syakirah takut-takut nengok clown ni....



cantik pulak bola2 besar ni...



Dah habis naik keretapi....jom balik



View senja di Danga Bay....

Wednesday, March 16, 2011

Donut Labu



Ramai yg tayang kuih-muih berasas labu...sampai kitapun nak mencuba. Tapi buat yg mudah...iaitu donut labu. Walaupun donut labu ni macam rupa cekodok nak tayang jugak sbb rasanya sedap. Terimakasih buat Izzah yg kongsi resepi...nengok donut labu comeii yang izahdaut buat, tu yg teringin nak cuba.



DONUT LABU
sumber: cook.com
diolah oleh: izahdaut

bahan
1 1/2 cawan tepung
1/3 cawan gula
1/2 tsp. garam
2 tsp. baking powder
1/2 cawan labu kukus dilecek
1/4 cawan susu segar
2 sudu besar minyak @ mentega cair
1/2 tsp. vanilla
1 telur

Caranya:
Satukan tepung, gula dan baking powder. Gaulkan rata.
Kemudian dalam bekas yang lain satukan labu lecek, susu segar, minyak, essence vanila dan telur. Gaul sebati. dan terus sahaja masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Gaulkan adunan hingga sebati.
Goreng adunan donut dalam minyak yang panas dengan api yang sederhana.
Adunan boleh dijemput menggunakan tangan atau menggunakan sudu.
Angkat donut bila warne bertukar keperangan dan salutkan dengan gula.



Tak pandai nak buat bentuk bulat-bulat comeii ...kena cuba lagi. Donut labu ni sedap buat minum ptg.

Tuesday, March 15, 2011

Kerepek Arrowhead



Assalammualaikum semua....tuan rumah sibuk sikit beberapa hari ni melayan anak2 yg mula cuti sekolah. Baru sempat update blog.
Sekadar update kisah kerepek arrowhead...gara2 terpikat dgn kerepek yg kwn2 tayang di blog. Buat lepas raya Cina tempoh hari tp baru sampai giliran posing dlm blog.
Sedap rupanya kerepek ni....anak-anakpun cakap sedap....diorg minta mama cepat ambil gambar sbb tak sabar nak makan...

KEREPEK CHINA ARROW HEAD
Sumber; Fp K.Jie Jie

Beberapa biji China Arrow Head ~ dikupas kulit nipisnyanya dan dibersihkan kemudian disagat.
Minyak yang banyak untuk menggoreng
Air garam kunyit ( sedikit garam+ sedikit air+ kunyit serbuk )

Caranya
1. Sama dengan menggoreng kerepek pisang. Masukan kepingan ubi satu persatu ke dalam minyak yang panas, tujuannya agar dia tidak melekat di antara satu sama lain.
2. Renjiskan sedikit air garam kunyit ke dalam kuali tadi.
3. Selalu2 disudip agar masak sekata.
4. Setelah kekuningan angkat dan toskan.



Masa pergi pasar tertengok buah ni...penjual Cina tu cakap..belilah buat kerepek, sedap katanya tu yg terus beli. Dan dah 2 x buat...mudah nak buat kerepek ni dan mmg sedappun..



Model buah arrowhead yg senyum ceria....

Friday, March 11, 2011

Promosi Butik Pengantin!



Minggu ni cuti sekolah....budak2 senyum lebar tak sabar nak bercuti...dari minggu lepas dok hitung hari.Anak2 sibuk dok tanya nak pergi mana cuti...masih dlm perancangan...mungkin cuti dkt aja. Kepada kawan2 yg bercuti...yg balik kg... selamat bercuti.Bila cuti sekolah ni ramai yg buat kenduri kahwin...kamipun ada dpt jemputan.
Sebut pasal kahwin ni , nak iklan sikit butik pengantin SIL mama yg terletak di bandar Kuala Trengganu.



Gambar2 ni sekitar pameran Festival Pelamin & Rias Pengantin 2011 yang telah disertai oleh SIL. Pameran ni telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 10hb hingga 12hb Februari bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC). Pemeran anjuran rasmi oleh Dewanita DPMMT bersama kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu(YPU) dan Tourism Terengganu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 25,000 pengunjung. Bersama-sama kerjasama media rasmi oleh Sinar Harian dan turut dijayakan dengan kerjasama oleh butik-butik pengantin serta TM.Festival disertai oleh 16 buah butik pengantin yang terkenal dengan memperagakan fesyen dan solekan masing-masing. Turut sama pertandingan gubahan pengantin (berasaskan lipatan) yang mendapat sambutan hangat pengusaha-pengusaha pengantin.



Model cantik ni adalah adik SIL... mengayakan gown pengantin dan hasil dandanan kakaknya...pemilik butik Drss Anggun.



Mengayakan baju kurung moden serba putih.....nampak ayu



Pelamin cantik tema putih dgn bunga2 ni adalah rekaan Butik Drss Anggun...milik SIL.



Pasangan model mengayakan busana pengantin milik SIL



Posing menarik dari model pengantin... comeii gaya gini!



Rezki...SIL turut memenangi pertandingan yang diadakan. Tahniah Rina!



SIL diapit oleh modelnya





Rina sedang menyolek model pengantinnya



barisan model sedang disolek



Model setelah disolek....solekan lembut nampak natural.

Sapa-sapa berminat nak dptkan perkhidmatan utk perkahwinan...pertunangan, mahupun solekan atau sewaan pakaian utk majlis2 bolehlah contact Pn Rina ; 019-9522975. SIL dah lama buka butik Drss Anggun. Nak tengok macam2 baju pengantin boleh klik sini . Selain perkhidmatan butik pengantin Butik Drss Anggun juga menawarkan pakej utk kecantikan diri....boleh manjakan diri anda jika kebetulan anda ke K.Trg.

Klik Nuffnang2