klik Nuffnang

Tuesday, March 15, 2011

Kerepek Arrowhead



Assalammualaikum semua....tuan rumah sibuk sikit beberapa hari ni melayan anak2 yg mula cuti sekolah. Baru sempat update blog.
Sekadar update kisah kerepek arrowhead...gara2 terpikat dgn kerepek yg kwn2 tayang di blog. Buat lepas raya Cina tempoh hari tp baru sampai giliran posing dlm blog.
Sedap rupanya kerepek ni....anak-anakpun cakap sedap....diorg minta mama cepat ambil gambar sbb tak sabar nak makan...

KEREPEK CHINA ARROW HEAD
Sumber; Fp K.Jie Jie

Beberapa biji China Arrow Head ~ dikupas kulit nipisnyanya dan dibersihkan kemudian disagat.
Minyak yang banyak untuk menggoreng
Air garam kunyit ( sedikit garam+ sedikit air+ kunyit serbuk )

Caranya
1. Sama dengan menggoreng kerepek pisang. Masukan kepingan ubi satu persatu ke dalam minyak yang panas, tujuannya agar dia tidak melekat di antara satu sama lain.
2. Renjiskan sedikit air garam kunyit ke dalam kuali tadi.
3. Selalu2 disudip agar masak sekata.
4. Setelah kekuningan angkat dan toskan.



Masa pergi pasar tertengok buah ni...penjual Cina tu cakap..belilah buat kerepek, sedap katanya tu yg terus beli. Dan dah 2 x buat...mudah nak buat kerepek ni dan mmg sedappun..



Model buah arrowhead yg senyum ceria....

5 comments:

  1. akak pun pernah buat..sedap kan..tapi kena beli yang besar..senang sikit nak sagat

    ReplyDelete
  2. Takmo tengok arrowhead... nak tengok model nya jer...hehe... tomei nya senyum. Syakirah nampak kurus dari dulu.

    ReplyDelete
  3. Apasal la tak tau drp dulu yg kerepek ni sedap kan...Mesti berebut2 nak beli dengan org cina agaknya kalau tau kan...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mamasya...

    Modelnya comel sungguh! Pandai bergaya...boleh jadi menantu! hahahahahah

    ReplyDelete
  5. Syakirah tu sengih sampai anak telinga...geram sungguh tengok dia. Terima kasih ziela sebab cuba resepi akak. Akak pun dah lama betul tak makan kerepek ni...

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2