klik Nuffnang

Monday, March 28, 2011

Apple Crumble With Ice Cream



Bila tengok apple crumble makan dgn ais krim di blog Along terus berkenan nak cuba. Buah epal ada....susu ada..bahan2 lain semua lengkap tp bila buka peti ais...ais krim dlm bekas dah licin....hero-hero mama dah habiskan. Nampaknya kena tangguh week end lagi baru beli ais krim....kalau bukan week end malas nak keluar belanja.



Setelah bertangguh ptg semalam dapatlah juga merasa apple crumble .Ais krim beli tgh hari sambil keluar shopping brg dapur....ptgnya terus buat , kena buat cepat2 sebelum ais krim licin.Maklumlah hero-hero mama yg berempat tu kalau ais krim mmg kejap je habis sebekas....
Ptg2 dlm cuaca panas dapat mkn ais krim....yummmm....bhg atas tabur dgn cho rice dan cho ball.suka bhg crumble dan sos kastad tu...sedap mkn dgn ais krim....

Apple Crumble
By: Roz@HomeKreation ...t.kasih AlongRoz kongsi resepi!

bahan
Size: 6"x9" casserole - guna bekas kecil
BAHAN2:
3 biji Epa Fuji - kupas kulit & hiris
3 sb Gula Perang*
1 st Serbuk Kayu Manis* (* campur)
75g Tepung
40g Mentega
1 sb Gula

SOS KASTAD:
250ml Susu Segar
1 sb Gula
1 sb Tepung Kastad - tambah 1/2 sb
1/2 st Esen Vanilla

CARA2:
1. Gris bekas kaserol and susun hirisan epal.
Tabur 1 sb gula campuran kayu manis.
Susun lagi hirisan epal & ulangi sehingga 3 lapis.

2. Campur tepung & mentega seperti serbuk roti.
Campurkan gula & tabur ke atas hirisan epal.

3. Bakar 180C selama 30 minit.

4. Campur rata kesemua bahan sos kastad.
Masak dgn microwave 4-5 minit, kacau setiap seminit.- masak dlm periuk sekejap atas dapur

5. Hidangkan Apple Crumble dgn sos kastad & aiskrim vanilla.



Utk sos kastad masak atas dapur sekejap.

4 comments:

  1. terliur dh ni tgk apple crumble tu mamasya. dpt makan tghari cmni sedap sgt tu..nak skit la..hehe.

    nak tupe parking ni deh:
    Stok Kopok Lekor, Sambal Bilis Dri Kg, Sgt Mables

    (Gambar) Majlis Baby Shower Sazzy Falak

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Mamasya. Ni kalau my boyz nampak, sure suh buat lagi... sedap kan!

    ReplyDelete
  3. sedapnya mama,epal ada bahan lain elek nak kena kiv dulu makin pjg la list tu

    ReplyDelete
  4. wahh sedapnya...sure sedapkan kak...tk pernah buat lagi apple crumble ni teringin juga nk buat..:)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2