.
Teman-teman pernah minum air roselle tak ? Rasanya macam air ribena...masam-masam sikit...minum masa sejuk..nyamannya...
Bunga roselle ni beli dgn amoi yg jual sayur di Ayer Hitam....tak pernah jumpa di Melaka org jual bunga roselle yg fresh gini...tu yg bila tengok Amoi tu jual terus beli.
Nipun xtvt hujung minggu baru-baru ini...sambil masak2.. rebus juga air roselle utk diminum.Buat sendiri rasapun asli tanpa bahan pengawet dan pewarna.
Air Roselle
Bahan
5-6 kuntum (kalau besar 3 kuntum) bunga roselle dibelah dua dan dibuang biji.
8-9 Mug air
daun pandan/vanila
gula secukupnya
Cara
Rebuskan air . Masukkan daun pandan/ sedikit esen vanila utk bagi wangi air. Biarkan air mendidih dan dimasukkan bunga roselle. Biarkan terus mendidih sehingga bunga kelihatan sedikit pucat (warna merah sudah hampir hilang warna ) anggaran 15-20 minit.Sekiranya perlu tambah lagi air agar warna merah air tidak terlalu pekat. Masukkan gula mengikut manis yg diperlukan masing2 dan kacau hingga gula hancur. Siap, sejukkan dan sudah boleh diminum dgn ditambah ais atau terus begitu saja.
Sekiranya sudah siap air gula maka rebus bunga roselle tanpa gula.Hanya bancuh dgn air gula bila air roselle sudah sejuk.
Air roselle sedang mendidih.Kalau buat air dari bunga roselle tidak perlu tambah pewarna untuk jadikan warna air merah kerana bunga yang direbus mengeluarkan warna merah pekat.
Bunga roselle ni agak keras kelopak tghnya,kalau nak buang biji memang kena belah dgn pisau. Yang uniknya bunga ni tahan lama dan tidak mudah layu walaupun tidak disimpan dalam peti ais. Tapi bila dah kena air ianya mula mengeluarkan warna merah dan akan layu sedikit.Murah harga bunga roselle yg dibeli di Ayer Hitam, sebanyak ini RM2 shj. kalau beli 3 peket dpt RM5.Kalau rebus ni dpt byk sbb sekali rebus baru guna 5 kuntum bunga.Tapi kalau nak buat pati roselle yg pekat boleh terus rebus byk bunganya.Nak minum tambah air dan gula.
Sedikit Info tentang pokok Roselle.
Roselle spesies bunga raya yang dipanggil Hibiscus sabdariffa L. Tumbuhan roselle dikatakan berasal dari India tetapi ada juga yang mengatakan ia berasal dari Afrika Barat. Orang India memanfaatkan seratnya dipakai sebagai bahan pembuatan tekstil.Tumbuhan ini mula diperkenalkan di Malaysia sejak lebih tiga kurun yang lampau.
Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan.
Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle.
Khasiat Roselle :
1. Meningkatkan daya tahan tubuh
2. Mengatasi hipertensi
3. Anti infeksi bakteri
4. Membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C
5. Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal
6. Mengandung Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh
Sumber ; MARDI & Jab. Pertanian Jatim,Indonesia
Pokok roselle .
sumber ; http://www.iluvislam.com/
pernah jugak minum dulu2 sebab arwah ayah pernah tanam pokoknya... mmg sedap rasa masam2 mcm air ribena... byk vitamin c ni.. bagus utk budak2..
ReplyDeletepnh gak minum ms remaja dulu..sama mcm kak ratna,ayah pnh tnm dkt umah..hehe..
ReplyDeletenmpk mnyegarkn jer nengok gmbr tuh
sedap kan air ni. kecik2 dulu ada pokok kt rumah. Mak mertua kakak sy siap buat jem sendiri sedap lak tu...Kat melaka ni MIL sy beli kat pasar tani alor gajah...
ReplyDeleteCik hani singgah sini..cari cara nk sediakn air rossele..sedap..dah wat tadi lps blk kje..utk dinner mlm ni
ReplyDeleteUihh memey sedap bohh.. Mak tiri saya tanam depan rumah tiap2 hari minum air rozel nie..
ReplyDeleteSis nk coppy boleh..
ReplyDeleteSis nk coppy boleh..
ReplyDeleteSilakan Nurul
DeleteErmm..memang sedap air nih..
ReplyDelete