Beberapa hari tak update blog.selain kesibukan melanda...ditambah pula mood nak update blog kurang..
Dpt tahu berita kemalangan yang menimpa teman pejabat, Ita pagi sabtu...mcm tak percaya sbb hari khamis berborak2 dgn Ita sambil sarapan pagi bersama di pejabat, ceria dia menceritakan kisah anak2nya...yg kecil demam sikit...abg dah sekolah tadika. Waktu lunchpun kami mkn bersama dgn beberapa rakan lain selepas ceramah Maulidul Rasul.Ita bercerita ttg kerja yg dia tgh siapkan skrg dan akan bercuti hari Jumaat sbb nak pulang kg di Keratong.
Tapi manusia hanya merancang...Allah maha berkuasa menentukan...kepulangan Ita sekeluarga ke kg...disambut berita duka oleh keluarganya dan juga rakan-rakan. Sesungguhnya Allah lebih menyayangi kedua-dua puteranya.....hanya dipinjamkam seketika di dunia ini...
Kami sepejabat menziarahi Ita di wad ICU hosp J.Bahru pada hari Isnin.....keadaannya mmg kritikal..kecederaan dalaman...belum sedarkan diri..sayu melihat keadaannya begitu. Hari selasa semlm dimaklumkan beliau dah mula sedar sedikit. Moga Ita dan suami kuat menghadapi dugaan ini.Sama-samalah doakan agar mrk berdua kembali semboh.
Al-fatihah buat kedua-dua puteranya....
Dua anak maut, ibu bapa parah
SEGAMAT: Dua beradik berusia lima tahun dan empat bulan maut manakala ibu mereka parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 59, Jalan Jementah-Muar di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kereta Proton Satria dipandu bapa mangsa, Mazhar Mat Darus, 34, dikatakan bertembung dengan lori.
Jurucakap polis berkata, tiga mangsa terbabit dipercayai sedang tidur ketika kemalangan.
“Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mohd Farhan dan adiknya, Mohd Naufal yang disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Segamat.
“Ibu mereka, Noorzalita Rosmani, 32, yang cedera parah masih kritikal dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan lanjut,” katanya.
Mazhar yang turut cedera parah dan mengalami pendarahan di kepala dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.
Menurut jurucakap itu, keluarga berkenaan dipercayai dalam perjalanan ke Keratong dari Melaka.
“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan,” katanya. Sumber;Harian Metro 28.2.2011
Tgh hari sabtu juga menerima sms dari SIL , memaklumkan anak perempuannya, Amira 4 thn dimasukkan ke wad kerana sakit radang paru2.Hari ahad dimaklumkan Amira dah ok tp sel darah putih masih tinggi, hari Isnin dah normal kembali. Alhamdullilah semlm selasa..Amira dah dpt keluar hospital.
Sedikit berita suka...hari sabtu juga mak slmt sampai dari Kel bersama 7 buah bas rombongan. Ptg ambil mak dari hotel penginapan di Pantai Puteri dan bawa bermalam di rumah...dptlah sekejap bermesra dgn cucu-cucu.Pagi ahad hantar semula mak ke hotel sbb ahli rombongan ada sesi lawatan.Mak dtg sekejap sahaja sbb ptg ahad mak dan bas rombongan bertolak balik ke Kel. Slmt sampai jam 4 pagi di Kelantan.
Assalamualaikum Ziela,
ReplyDeleteSihat ke? Takziah pd kawan mamasya tu ya...segala apa yg kita miliki adalah miliknya...hanya dipinjamkan sementara...berat dugaan yg diuji..moga kawan mamasya tabah menghadapi dugaan dan cepat sembuh seperti sediakala.
Assalam MAMASYA,
ReplyDeleteSemoga kawan Mamasya tu tabah ye..Al Fatihah buat anakanda-2 mereka.
salam ziela...
ReplyDeletetakziah buat ita & mazhar & seluruh kaum keluarganya di keratong iaitu pakcik rusmani sekeluarga.... tak sangka ita ni kawan sepejabat dengan ziela... kecik je dunia ni ye... ita ni adik kepada kawan sekolah ratna namanya ruslina... ruslina pun duduk melaka jugak.. rumah kami kat keratong pun dekat je..
memang sedih mengenangkan apa yang terjadi. ratna tau pun bila tengok gambar2 & berita yg dilinkkan kat FP ruslina tempohari... semoga ita segera sembuh hendaknya & tabah menerima apa yg terjadi.... semoga roh kedua2 arwah anaknya ditempatkan bersama para anbia... amin..
didoakan juga semoga amira segera pulih seperti sediakala...
Assalam mamasya,
ReplyDeleteturut berdukacita tentang berita teman mama tu..semuga teman mama tu cepat sembuh & harap2 redha dengan apa yang telah berlaku..sedih betul kita dengar..
Assalamualaikum Mamasya...tumpang sedih dan sayu baca tragedi yang menimpa kawan Mamasya tuh...semoga mereka semua tabah dengan dugaan...dan roh arwah anaknya dicucuri rahmat..al-fatihah untuk arwah..
ReplyDeleteSalam Mamasya..
ReplyDeleteTakziah buat teman Mamasya tu.. Berat &
pahit sungguh berita tersebut untuk ditelan..
Didoakan agar Ita dan suaminya segera sembuh
& diberi kekuatan menghadapi dugaan ini...