klik Nuffnang

Friday, February 25, 2011

Sticky Caramel Chicken Wings



Ayam ni mmg kegemaran anak-anak dan mamanya jugak...cuma dah lama tak buat.kali akhir buat awal thn lepas masak utk mkn2 masa famili abg datang rumah.Bukannya susah tp kdg2 nak masak nak kena ada idea....bila tengok kwn2 tayang ayam caramel ni...teringin nak buat lagi.



Sticky Caramel Chicken Wings
Sumber; mutiarazura; My resepi

Bahan-bahan ( 24 keping )
* 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
* 2 sudu besar minyak masak
* 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (tak perlu kupas)
* 1 sudu besar halia dicincang
* 1 sudu besar sos ikan - letak 1 1/2 sb (sos ikan dah masin tak payah letak garam)-tak da ganti garam je
* 1 sudu besar kicap - letak 2 sb
* 1 sudu besar sos cili
* 1/4 cawan (60ml) madu

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang putih, halia dan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
2. Masukkan semua sos dan madu, kacau sekejap, kemudian tutup kuali. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).
3. NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat!



Masak minggu lepas campur bhg wing dgn part ayam yg lain....masa lunch tu dah habis licin anak2 ratah. mrk minta lagi.. tak puas mkn...jadi utk dinner masak lagi...itupun licin juga. ok nanti buat lagi...mmg sedap dan senang ayam kramel ni...tq utk empunya resepi!

9 comments:

  1. Betul tu, nak masak kena ada idea. Tu yg selalu2 jengkok blog masak2 ni cari idea, kalau teringin kita cuba, kalau takde bahan kiv...macam tu la...kita manfaatkan internet sebaiknya. Kdg2 MIL tanya sy nak masak apa? Sy ni jenis kebanyakkan resipi dalam majalah/blog kwn2..."al ilmu fil kutub" kata org arab....

    ReplyDelete
  2. mesti menjilat jari makan ayam ni...

    ReplyDelete
  3. tengok gambo je dh terliur. boleh try buat esok:) tqvm for sharing

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mama....

    Sedapppppnya!!! Lagi Kalau Makan Panas2...Ada Tinggal Utk Kak Lin Tak?

    ReplyDelete
  5. Salam Mamasya..
    Hehehe.. Nak kepak ayam tu...
    Kak, Naz duduk di Kubang Kerian. Family akak duduk di mana.. Selalu ke balik Kelantan..Bila2 kalau ada rezeki boleh kita jumpa kan..Kak bagi Naz email add akak boleh?

    ReplyDelete
  6. dah ramai yg buat ayam ni kan..sedap la tu..kena cuba gak, tp kena beli ayam duli, esbox penuh ngan ikan je mggu ni...

    ReplyDelete
  7. salam mamasya,
    nora amik resepi ayam tu ekk!!looks really yummy!!mesti hubby n the kids suke :)

    ReplyDelete
  8. Salam Jumaat Ziela,

    Ishh kenapa tak lepas nak tinggalkan komen ni...
    penat tadi taip panjang2 tak boleh pulak...hehe...

    sedap nampak kepak ayam tu...pernah nampak dulu ayu curlybabe ada buat...mmg nampak sedap tu mamasya, lebih2 lagi ditambah dengan lada hitam lagi menjilat kalau mkn ni....hihi.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2