klik Nuffnang

Thursday, February 3, 2011

Ikan Tiga Rasa



Assalammualaikum semua...slmt bercuti dan slmt berjalan. Kami tak kemana-mana cuti ni, dok rumah aje sbb mr husben tak ada di rumah.Semlm mr husben terbang jauh untuk melaksanakan tugas penting...risau pun ada...kemana ? nanti citer kemudian....

Nak kongsi resepi Ikan 3 rasa yg dah lama masak , antara lauk kegemaran kami sekeluarga..anak2 suka sbb tak pedas.

Ikan Tiga Rasa
Sumber; Fp Hajar

Bahan2 ( sukatan bhn agak2 le ye)
ikan seabass/siakap-garam kunyitkan, gaulkan ngan tepung jagung...goreng-guna ikan bawal
bawang merah-mayang
bawang putih-mayang
halia-hiris halus
serai-hiris
daun limau purut
cili padi-ganti ngan cili merah hiris nipis
tomato-potong dadu
sos tiram
sos manis cili thai
sos ikan

Cara
1. Tumis bawang, halia, serai hingga berbau wangi
2. Masukkan sos tiram dan sos cili thai, kacau sebati
3. Masukkan daun limau purut, cili padi dan tomato
4. Tambahkan sos ikan, gaul mesra
5. Angkat tuangkan keatas ikan yg telah digoreng tadi



posing bahagian ekor...cukup utk lunch kami sekeluarga.Bhg kepala simpan utk dinner.

2 comments:

  1. Salam Ziela,

    Selamat bercuti, ohh hubby outstation ya..tinggal lah mamasya anak beranak ni...jauh terbang bunyi nya...ke Mesir ke?? Bunyi nya mcm risau so nur teka ke Mesir...kalau salah mintak ampun....hehe.

    Ikan 3 rasa tu sedap...nur suka mkn waktu panas2...sambil tapi ni..terpanda cik syakirah tengah bertoncit ni...alahai comei aje..mcm abg syazrin gitu.

    Mamasya, terima kasih ya atas nasihatnya tempoh hari yg lalu....Nur hargai sangat...hmmm kita tersenyum lebar ni kat sini.

    ReplyDelete
  2. assalam mama, wah sedapnya ikan msk mcm ni saya suka..:)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2