klik Nuffnang

Friday, February 18, 2011

Talam Ubi Badak



Minggu lepas buat talam ubi...guna ubi badak yg mak bagi. Ubi ni warna ungu , jadi nak bagi warna yg berbeza letak warna hijau sbg lapisan atas.Bila letak warna hijau gini dah rupa mcm talam labu yg buat sebelum ini pulak.
Ubi badak ni dah lama mak bagi...masa balik kg raya haji lagi..lama betul...dok bertangguh nak rebus. Ingatkan dah rosak tp masih elok . Kalau di Kelantan ubi badak ni terkenal sama seperti ubi itik, ubi kemili. Biasa ubi badak rebus mkn dgn kelapa muda dgn gula.


Resepi asal guna ubi keladi tp tukar guna ubi badak.Masak ptg lepas balik office. Pagi esoknya baru potong, bagi pada jiran dan bawa ke office sikit...seloyang dpt byk jugak.



nilah rupa ubi badak setelah dikukus...ungu warna ubinya..
t.kasih kepada empunya resepi talam ni.

Kuih Talam Ubi keladi/Badak
Sumber; Blog Periuk Tanah

Bahan
sesuai untuk loyang 10 inci atau 2 loyang 6 1/2 atau 7 inci
Lapisan Bawah:
300 gm keladi - ganti ubi badak
600 ml santan cair (daripada 1/2 biji kelapa)
150 gm tepung beras
20 gm tepung ubi (lebih kurang 2 sudu besar)
1/2 sudu teh garam- lebihkan sikit, sebab ingin rasa lebih lemak masin

Lapisan Atas:

250 gm gula pasir
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat (daripada 1 biji kelapa)- campurkan 1 1/2 cawan pati santan (krim) dengan 1 1/2 cawan air - guna santan perasa pandan
1/2 sudu teh garam
pewarna ungu dan esen keladi- letak pewarna hijau

Cara membuatnya:

1. Kupas keladi dan cuci bersih. Potong dadu dan rendam dalam air garam selama 10 minit. Petua untuk hilangkan gatal jika ada. Toskan dan cuci bersih sekali lagi.

2. Panaskan pengukus. Masukkan keladi ke dalam penapis dan kukus selama 15 minit. Asingkan 3/4 bahagian keladi dan masukkan ke dalam pengisar bersama santan cair. Kisar hingga halus.- tinggalkan 1/4 keladi lagi dalam bentuk dadu utk lapisan bawahnya
3. Masukkan bahan yang dikisar bersama baki ubi keladi, tepung beras, tepung ubi dan garam ke dalam periuk. Hidupkan api perlahan dan gunakan whisk untuk mengacau agar adunan rata dan tidak berketul. Masak hingga campuran pekat.

4. Sediakan loyang bersaiz 10 inci (jika buat adunan penuh) dan panaskan pengukus. Lengser loyang dengan sedikit minyak. Masukkan adunan lapisan bawah (sebaik diangkat dari dapur) ke dalam loyang dan kukus 15-20 minit)

5. Sementara tu, sediakan lapisan atas. Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati dengan 'whisk'. Tapiskan ke dalam periuk dan masak sebentar menggunakan api perlahan hingga adunan hampir pekat. (Jika terlalu pekat, nanti permukaan kuih talam tidak licin)

6. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah yang dicakar dengan garpu dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan sepenuhnya (3-5 jam) sebelum dipotong. Selalunya kuih talam (sebarang jenis talam kukus) dibuat di waktu malam dan boleh dinikmati di waktu pagi.




(gambar sumber dari mr google ; credit to mylittlevegetablegarden.blogspot.)

Rupa ubi badak...warna ungu terang..menawan.ubinya ketul2 besar.Kenapa nama ubi badak...mungkin sbb bentuknya yg bulat-bulat gitu...

5 comments:

  1. Assalam mama, wah cantik colour ubi badak tu...lum pernah mkn lagi ubi tu..tapi rasanya kat sini ada jual yg frozen import dr siam...colour purple rasanya ubi ni la kot yer..nama lainnya tak taula pula...btw sedap lah nampak kuih tu...cantik jer potongannya.

    ReplyDelete
  2. laaaa..tak tahu lak ubi badok nih blh wat kuih, ingtkan rebus jer..haritu mak bg, kita rebus je, ank2 takmo mkn, last buang je..ish..kalaule tahu kan...sobs..sobs...

    ReplyDelete
  3. nampak menarik dan cantik sgt kuih tu mama....teringin rasanya

    ReplyDelete
  4. Salam Akak,
    Ubi badak purple ni memang best. dulu nenek suka rebus letak gula. tertelan air liur pulak sambil tulis ni. ehhehe
    Ijan

    ReplyDelete
  5. Salam mamasya. Tak pernah tengok/makan lagi ubi badak ni, rasa cam keladi ke?

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2