klik Nuffnang

Monday, February 14, 2011

Ayam Goreng Mamak vs Kari Kepala Ikan



Lunch hari minggu..masak kelmarin...Kari kepala ikan mkn dgn ayam goreng mamak...teringin nak makan menu ala kedai Mamak. Tak payah ke kedai mamak...kelentang kelentung masak di rumah sambil sibuk menumbuk dengan Syakirah.



Enak ayam goreng gini..terasa rempahnya..kena dgn selera. Bahan-bahannyapun sedia ada di dapur... daun kari, tinggal petik dari pokok kari yg ditanam dlm pasu, senang nak buat masak. Di dapur lamapun pernah tayang jugak.

Ayam Goreng Mamak
Sumber; Fp k.Liza...tq k.Liza

bahan
1 ekor ayam [dipotong ikut suka dan bersihkan]
1 s/b rempah kari
1 s/b lada sulah
1 s/k kunyit serbuk
daun kari ,garam ,minyak

bahan mesin
3 ulas bawang putih - letak 5 ulas
3 ulas bawang merah - letak 6 ulas
5 tangkai cili kering - letak 1 sb cili kering dah blender
1 inci halia

Cara:
1. Gaulkan ayam dengan semua bahan kecuali minyak.
2. Perapkan selama 1/2 jam.
3. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan ayam.
4. Bila nampak kuning keemasan dan masak angkat dan toskan minyak.

tips dapur mamasya
Serdak lepas goreng tu jgn buang..tapis tabur atas ayam.



Serdak lepas goreng tu tabur atas ayam..serdakpun sedap mkn dgn nasi...

Kari Kepala Ikan



Nak padan dgn lauk ayam goreng mamak, masak kari kepala ikan... guna ikan kerapu . Pertama kali masak kari kepala ikan guna ikan kerapu biasa ikan tenggiri. Sedap pulak rasanya...lagipun isi ikan kerapu mmg lembut dan sedappun. Sambil masak tengok tv program JJCM... kebetulan ada tunjuk mkn kari kepala ikan di restoren, harga RM30-40 sepinggan kepala. Hitung2 masak di rumah...mmg jauh jimat.....

6 comments:

  1. fuhh..mamasya,boleh kalah kedai mamak ni..ayam tu nmpk sedap sgt...ida suka kalau ayam goreng cam gini...jepon tak der daun kari kalau nak letak

    ReplyDelete
  2. Salam Kak,
    Waduhhh.. memang best la ayam berempah dengan kari ikan tu.... telan air liur dah ni. serius :D
    Ijan

    ReplyDelete
  3. assalam mama, wahh ni dh kalah menu kat kedai mamak ni ...boleh tutup kedai mamak mcm ni...hehe sedaplah tgk ayam goreng tu mama suka part drumstick tu...kari tu pula kalau dapat cicah ngan roti benggali pun sodap!..hehe

    ReplyDelete
  4. hehehe...isteri saya sedang mencuba resepi nii...merasa la saya masa berbuka nnti..

    ReplyDelete
  5. tak sabar nak cuba ayam goreng mamak. selama ni dok makan kt kedai mamak ja, skrg dah leh makan kt dapur mama :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt mencuba.Umi Nazrah boleh bagi address blog...boleh akk kunjung balas.

      Delete

Klik Nuffnang2