klik Nuffnang
Sunday, February 20, 2011
Kuih Cek Mek Badak
Sambungan dari kisah ubi badak....ada lagi ubi yg lebih dikukus , mulanya ingat nak buat kuih lain tp sbb ada masalah teknikal sikit , tak jadi buat. Dari ubi membazir , yg selebihnya buat kuih cek mek.
rupa paras sebelum digoreng, bila dah goreng tukar warna gelap..
Kuih Cek Mek Badak
Bahan
ubi badak yang telah dikukus dan ditumbuk,
sedikit gandum , gula secukupnya
minyak utk mengoreng
Cara
Tumbuk/lenyek hingga betul2 lumat dan dicampurkan dgn gandum sedikit demi sedikit dan uli hingga jadi doh. Bulatkan doh kecil2 menjadi bebola. Kemudian doh tadi dileperkan dgn tangan, letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah itu bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.
Nota; ubi badak yg dikukus tidak terlalu lembik jadi tpg gandum yg diperlukan adalah sedikit sahaja utk dijadikan doh dan adunan tidak perlu dicampurkan dgn air hanya ubi shj.
Oleh kerana rupa paras tak menawan macam kuih cek mek molek versi ubi keledek jadi namakan aja kuih ni kuih cek mek badak. Kalau kuih goreng anak2 suka berbanding kuih manis yg lain....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak penah lagi makan cek mek ubi badak. 2 minggu lepas balik KB nampak ubi badak kat dapur my MIL. Tergolek2 kat lantai. Lama dah tak makan ubi badak.
ReplyDeleteassalam mama, tak pernah juga mkn kuih ni..menarik juga yer...mcm cucur badak ke?
ReplyDeleteSalam Mamasya..
ReplyDeleteHik..hik..hik.. Gelak dulu.. Jangan marah ye kak..
Bukan apa, sebab tak pernah dgr org panggil cik mek badak..selalu dgr cik mek molek... kalau badak ni selalunya cucur badak.. Tapi bagus jugak idea ni..Pelbagaikan lagi resepi..
Ish..dh abis membebel baru nak tanya, akak & famili sihat?