klik Nuffnang

Monday, February 21, 2011

Teringin nak makan Cotton Soft Cheese Cake



Tak tahan melihat Cotton Soft Cheese Cake di blog K.Noor Masri . Maka hari sabtu lalu cuba godek setelah sekian lama menyimpan hasrat nak buat....dok tangguh-tangguh sbb belum cukup kerajinan nak buatnya.
Walaupun rupa paras tak secantik yang diharapkan sbb permukaan kek bertompok2 ditambah pula berlaku kesilapan teknik yg tak disengajakan tp puas hati sbb rasanya mmg yummyyy...lembut sekali...sedapppp , patutlah ramai dah cuba kek ni.



Bila mkn kek ni , teringat masa hari kedua lahirkan Syakirah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (R.I.P.A.S), BSB Brunei , di private ward untuk minum ptg dihidangkan cheese cake...wpun pantang...krn cheese cake tak mampu nak berpantang....mkn jugak sikit...tak tahan godaan nengoknya.



Tak pasti kenapa permukaan atas kek masak tak sekata..bertompok2 rupanya padahal tak gunapun api atas. Suhu dan masa bakar dah ikut resepi. Kena cuba lagi nampaknya....

COTTON SOFT CHEESE CAKE
Sumber ; asal Alma @ MYR ; copy dari blog K.Noor Masri @ dapurdigital . T.kasih penyumbang resepi dan K.Noor Masri.

Bahan-bahan ( 8-inci )

* Bahan A:
* 250g cream cheese
* 50g butter
* 100 ml susu segar (fresh milk)
* 6 biji kuning telur
* 1 sdb jus lemon
* 1/4 sdk garam
* 60g tepung kek / tepung superfine - guna tpg naik sendiri
* 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
* Bahan B:
* 140g gula (granulated sugar)- letak 120g
* 6 biji putih telur
* 3/4 sdk jus lemon- ganti krim of tartar

Cara-cara

1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).



Abg no 3 dan 4 suka dgn cheese cake ni....sedaplah kek ni mama..mmg sedappun bang !



Letak topping coklat yg hitam legam ini..yummmyyy..

10 comments:

  1. aduyai....Pn Azzilla..bikin meleleh air liur nih...x menahan...

    ReplyDelete
  2. nampak lembut sungguh tekstur kek tu...
    dulu pernah cuba satu resepi cheese cake yg guna nama japanese cotton soft cheesecake.. mmg gebus.. tak taulah resepi sama ke tak yer.. jarang2 dah baking skrg ni... selalu kesuntukan masa...

    ReplyDelete
  3. Salam Mamasya,
    Namanya pun cotton soft cheese cake. Akak dah pernah buat, memang lembut, gebu dan sedap sangat.

    ReplyDelete
  4. memang sedap ni.....suka yg topping coklat tu mama...nk ler sepotong ...hehe

    ReplyDelete
  5. memang nampak macam cotton cake ni mama,
    boleh lah minta sepotong nak rasa..ni..

    ReplyDelete
  6. Salam,
    Gebunya cheese cake dia. Dah lama tak buat.....

    ReplyDelete
  7. Sedapnya. Apa fungsi tepung jgg tu ek?

    ReplyDelete
  8. Saya dah try buat kek ni tadi. Memang sedap dan menjadi. Bangga betul...tq for the recipe. Lembut betulkn..

    ReplyDelete
  9. Ibu Lala...sama2, seronokkan bila kek menjadi...kek ni mmg lembut dan sedap.

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2