klik Nuffnang
Thursday, March 24, 2011
Kuih Bingka Labu
Sekali tengok mcm buah labu yg dipotong....
Kuih labu lagi tp kali ni bingka labu. Ni kali ke 2 buat bingka labu tp berbeza resepi. Labu tu jiran bagi hari sabtu yg lepas...buat bingka ni ptg Ahad.Sbb hari ahad dah mkn mcm2, jadi hanya potong hari Isnin...buat minum ptg.
Teringat masa tinggal di Brunei....3 1/2 thn tak pernahpun sekalipun buat kuih berasaskan labu wpun selalu beli labu, buat masak sayur lemak je. Sbb utamanya anak2 mmg tak mkn sgt kuih manis, nak bagi jiran...jiran yg rapat dah pindah...tu yg malas nak buat kuih.
Tapi balik sini rajinlah sikit buat kuih sbb kalau buat kuih boleh bagi jiran-jiran....semuanya mesra dan boleh bawa ke office.
Untuk kali ni cuba resepi bingka labu FP Ratna@ Madihaa mamawandiha.fotopages.com sbb tengok bahan2nya semua ada di rumah. Terimakasih Ratna kongsi resepi bingka labu yang sedapppp ni...
Bahagian kerak tu yg sedap.
Bingka Labu
Sumber : mamawandiha.fotopages.com
Bahan2
1 biji labu kuning saiz sederhana ~ kopek, dadu, rebus & tos-timbang dlm 400 gm
240 gm gula pasir
250 gm tepung gandum
3 biji telur (A)-guna 4 biji telur saiz M
1 cawan santan pekat- guna 1/2 pekat santan debu jadikan 1 cwn
125 gm marjerin ~ cairkan
Cara Menyediakan
1. Blend labu rebus, gula, telur dan santan hingga halus.
2. Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar.
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit dan kacau rata.
4. Masukkan marjerin yang dicairkan dan kacau. Jika adunan berketul2.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi.
5. Panaskan ketuhar 175C.
6. Lenserkan acuan dengan marjerin/butter.
7. Masukkan adunan ke dalam acuan dan bakar selama 40 minit atau hingga masak bergantung saiz loyang & saiz oven anda.
Nota: Cara menguji kuih.. cucuk kuih dengan lidi penguji jika lidi keluar bersih.. bermakna kuih sudah masak.. jika lidi penguji masih bersalut dengan kuih teruskan membakar dengan menurunkan suhu ke 160C utk mengelakkan kuih dari hangus.
Bingka baru keluar dari loyang.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum Mamasya...
ReplyDeleteWarnanya tu buat Kak Lin tertariklah Mama...sedap! menarik! Jg lupa tinggalkan utk Kak Lin...hehehe
warna menarik dan macam sedap..tapi tak makan labulah pulak
ReplyDeleteterima kasih sudi cuba resepi tu ziela... betullah.. bila potong tu nampak mcm hirisan labu pulak... hehe... kita pun tak tau kenapa kuih ni jadi bentuk gitu.. dia naik.. bila lepas dah sejuk turun pulak.. yg ratna buat dulu pun jd gitu jugak... aritu ada sorang blogger yg cuba takde pulak jd bentuk gitu... elok je rata permukaannya.. ratna rasa2 mungkin sebab telur tu diblender sama.. tu yg adunan jd naik gitu.. mungkin kalau telur diletak kemudian kacau2 gitu je mungkin dia tak naik kot.. hehe.. ataupun kalau guna acuan 4 segi tak jd gitu.. apa2pun.. t.kasih mencuba ye ziela.. mujur kata sedap.. hehe..
ReplyDeleteSy suka labu....mesti sedap bingka ni kan..
ReplyDeletesalam..tq idea..sedang bakar..hee..nak hantar surau mlm nanti..sempat ke x tak tahule...
ReplyDeletetgk ptg2 gini gak buleh tingat smp malam nih..hehe sedap tu..
ReplyDeleteShopping Dgn Duit Cek Nuffnang, I Like It
sedapnya bingka2 ni!!..semenjak dah masuk asar ni kita suka benor kuih yang jenis bingka2 ni..
ReplyDeleteTersusun comel je bingka Mamasya.Terliur tengok. Sedap ni..lama TK tak makan..
ReplyDeletewah sedapnya bingka ni mama...suka part kerak2 tu...ada lagi tak nk tapau yg kerak tu jer..hehe
ReplyDeleteminta izin nak amik resepi bingka labu..thanks awak..
ReplyDeleteMakcik, nak tanya ya? 1 biji labu kuning saiz sederhana itu kire2 berapa gm kah?
ReplyDeletesaya mohon copy resipi ya tq
ReplyDelete