klik Nuffnang

Wednesday, March 30, 2011

Ayam Bakar Berempah dgn Sos Lada Hitam



Tayang dulu dinner kami malam ahad baru-baru ni...ayam bakar berempah dgn sos lada hitam dan coleslaw.
Dah plan nak buat ayam bakar week end hari tu...dari hari Sabtu,tgh hari pergi kenduri..mlmnya masak ringkas aja. Hari Ahad baru sempat buat...tupun utk dinner, siangnya utk lunch beli nasi ayam sbb dah penat jln2, jadi mlm baru sempat bakar ayam. Ayam dah perap petangnya...lepas Maghrib, tinggal masuk oven. Biasa buat ayam bakar blackpepper...kali ni tukar selera nak rasa ayam bakar berempah. Resepi dari Fp K.Liza, t.kasih K.liza.

AYAM PANGGANG BEREMPAH
Sumber; Fp K.Liza

bahan
1 ekor ayam 1.5 kg [dibersihkan dan keringkan]- ayam potong 4
bahan mesin
10 uilas bawng merah
3 ulas bawang putih
3 inci halia
3 batang serai
2 sudu besar rempah kurma
2 s/b gula - letak 1 sb shj
1 s/b minyak
garam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perapkan bersama ayam untuk beberapa jam.
2. Bakarkan dalam suhu 200'C selama 1 jam.- bakar lebih satu jam, dkt masak guna menu grill
3. Hidang dengan Coleslaw, sos lada hitam dan sayuran salad
Coleslaw

Bahan [racik halus]
1 biji kecil kobis manis
1 batang carrot kecil
**tambah sebiji epal hijau

Sos [gaul rata]
1 cawan mayonis
2 s/b cooled water - tak letak sbb sayur dah berair
1 s/k lada hitam
1 s/b jus limau kasturi or lemon

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan sejukkan beberapa jam sebleum dihidangkan dengan ayam.



Sos lada hitam boleh makan dengan lain-lain ayam bakar..

SOS LADA HITAM

Bahan
1 bawang besar [didadu]
2 bawang putih [dicincang]
4-5 sudu besar lada hitam [kisar]
2 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap
1 cawan air rebusan tulang ayam/daging [boleh gantikan dengan serbuk pati]
1 sudu besar tepung jagung bancuh ngan 1/2 cawan sikit
garam dan sedikit gula
minyak untuk tumis

Cara
1. Tumis bawang & bawang putih sampai layu.
2. Bila sudah agak wangi, masukkan air rebusan tulang ayam.
3. Bila dah pekat masukkan tomato sos, lada hitam, kicap dn tepung jagung.
4. Kacau sebati dan masak mengikut kepekatan sos yg dikehendaki
perisakan garam n gula secukup rasa.



Ayam bakar ni sengaja bagi garing sikit.Letakan lebihan perapan atas ayam...lebihan perapan ni pun dah masak dalam oven...pastikan perapan tidak terlebih garam sbb nak mkn dgn sos lada hitam.Ayam bakar berempah ni kalau tak mkn dengan blackpepper sos pun dah cukup rasanya sbb ramuan ayam dah terasa rempahnya. Tapi buat juga sos lada hitam. Anak-anak macam biasa kalau ayam bakar kegemaran mereka...meratah...nasi dah tak nak mkn.

8 comments:

  1. sedapnya ... dah lama tak bake ayam

    ReplyDelete
  2. SEdapnya..anak2 suka sgt..
    TK tak brape pandai buat sos lada hitam tu.
    Selalu cuba tapi tak kicklah I buat..
    Bolelah mentry resepi kat sini nanti:).

    ReplyDelete
  3. ya Allah dah lama ita mencari resepi ni....
    mmg terliur tengok ayam tu...
    coleslaw tu mmg fav ita dan anak2... kalu gi makan selalu rebut yg tu dulu... hihi
    terima kasih mamasya... nanti boleh ita cuba...
    ayam pun ada tu...

    ReplyDelete
  4. adehh..mengancam sungguh ayam bakar tu..terus laparlah...hehe

    ReplyDelete
  5. wahhh sedapnya menu akak ni...terasa lapar lak perut ni..sedapnya kalau ler ada org jual sekrng juga nk pi cari ni..hehe

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mamasya


    Ini mmg fav Kak Lin...x boleh tahan tgk....lari dulu...hehehe

    ReplyDelete
  7. salam...kak klo bakar guna aven biasa leh x???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hajar
      ayam boleh bakar guna oven api atas dan bawah 200 'C

      Delete

Klik Nuffnang2