klik Nuffnang

Tuesday, July 16, 2013

Promo Jubah Lagi



Assalammualaikum buat semua. Moga semua sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa. Utk pengunjung dapurmamasya yg mencari resepi baru, boleh scroll di bawah.
Promo jubah lagi, iaitu stok jubah yg baru dan stok yg dah ada di Msia, kebetulan ada permintaan/emel dari pengunjung blog yg berminat nak membeli jubah baru dari mamasya.
Dan promo jubah kali ini, merupakan yg terakhir sebelum raya sbb lepas ini mamasya sibuk dengan persiapan nak balik Msia. Untuk next promo akan buat lepas raya nanti bila mama dah ada di Msia. Ada jubah yg dipromo kali ini sudahpun ready stok di Msia ( jubah dari Kod BB1, BB2,B2 hingga B9 ). manakala lain-lain jubah akan dihantar ke Msia hujung julai nanti.
Manakala customer yg order jubah hitam rerama dan bersulam, sabar ya sbb mama belum pergi ambil stok, dah ada nanti mamasya akan emel maklumkan.

Spt yg mama promo sebelum ini, Jubah cotton Egypt sesuai dipakai di Msia kerana kainnya selesa dan serap peluh.Semua sulam dijahit kemas terus dijubah dan bukan sulam tampal. Potongan jubah adalah lurus dan ada juga potongan A (sila rujuk ukuran di setiap jubah). Jubah yg dijual ini semua sulam tidak sampai hujung jubah, jadi jika labuh boleh alter/potong.Bg setiap jubah wpun saiz sama mungkin ukuran berbeza sedikit sbb berbeza design (dari beberapa pembekal). Yg berminat nak dptkan jubah2 ini boleh emel mamasya.Boleh tengok juga jubah sebelum ini yg masih ada.

Cara nak order ;
1. Pada yg berminat membeli jubah dari Egypt ini, bolehlah tinggalkan mesej di kotak komen atau emel mama; mamasya70@gmail.com.
2. Booking tak lebih dr 3 hari.Tanpa bayaran selepas 3 hari, booking akn terus dibatalkan.
3. Akaun utk bayaran akan mamasya emelkan kpd pembeli yg menempah. Setelah pembayaran dibuat sila beri nama, alamat & no tel utk urusan pos dlm emel nanti.
4. Saiz jubah mengikut saiz Egypt bukan saiz Msia sila pastikan ukuran jubah yg sesuai. Jika labuh pembeli perlu baiki/alter sendiri. Semua jubah yg ditunjukkan di sini mengikut ukuran sebenar(mama ukur semula) sbb ada jubah yg berbeza saiz sebenar dgn saiz yg tertera dijubah.
5. Warna jubah mungkin berbeza sedikit sbb kesan cahaya @ flash

Semua jubah dibawah sudah berada di Msia (dari KOD BB1 , BB2,B2 hingga B9 )


Jubah Pink Putih BA1 saiz L SOLD TO FAEZAHBADROL
Jubah dari Egyption Cotton dg sulaman tebal didada dan bawah jubah . Juga sulaman di tangan dan blkg dada jubah. Jaluran warna putih membuatkan jubah ini nampak menarik. Harga RM125 + RM5 POS= RM130. Saiz L (bahu 16 inci, dada 23 inci, tangan 22.5 inci, lebar punggung 27 inc,labuh 56.5 inc.)


Jubah Hitam B2 SOLD TO K.ROHANI
Jubah bergaya dg hiasan batu swaroski di tangan dan dpn jubah.dari kain Nida. Saiz M; Bahu 16 inci. pjg tangan 23 in, lebar dada 20 in, punggung 23 dan labuh 59.Jubah kain Nida dg hiasan penuh batu swaroski di tangan dan dpn jubah.tangan dari kain lycra. Bahu 16 inci saiz M. pjg tangan 23 in, lebar dada 20 in, punggung 23 dan labuh 59.Harga RM90 + RM5 = RM95


Jubah Hitam B3
Jubah bergaya dg hiasan batu swaroski di tangan dan dpn jubah.saiz M. Bahu 16 inci . pjg tangan 23 in, lebar dada 20 in, punggung 25 dan labuh 59. Harga RM90 + RM5 = RM95.NOW RM90 FREE POS.


Jubah Hitam B4 SOLD TO HONEY@HARTINI
Jubah bergaya dg hiasan batu swaroski di tangan dan dpn jubah.Ada bunga Ros warna hijau torquise di dada dan hujung lengan.saiz L ,Bahu 17 inci . pjg tangan 23 in, lebar dada 22 in, punggung 25 dan labuh 57.Harga RM90 + RM5/rm8 Swak = RM95 / RM98


Jubah Hitam B5 SOLD TO MASTURA
Jubah bergaya dg hiasan batu swaroski di tangan dan dpn jubah.saiz M ,Bahu 16 inci . pjg tangan 23 in, lebar dada 20 in, punggung 24 dan labuh 55.Harga RM85 + RM5 = RM90


Jubah Hitam B8 SOLD TO NORLIZA
Jubah bergaya dg hiasan batu swaroski di tangan dan dpn jubah.ada kedut dan batu di tangan.saiz L; Bahu 17 inci . pjg tangan 23 in , lebar dada 22 in, punggung 25 dan labuh 59.Harga RM85 + RM5 = RM90


Jubah Hitam B9 SOLD TO MARIYATUL
Jubah bergaya dg hiasan batu swaroski di tangan dan dpn jubah.Saiz M; Bahu 16 inci . pjg tangan 24 in , lebar dada 20 in, punggung 23 dan labuh 58.Harga RM90 + RM5 = RM95

Semua jubah dibawah ini ready stok akan dihantar ke Msia hujung bulan Julai.


Jubah Soft Pink Hiasan Batu BA4 SOLD TO HARYATI
Jubah dari Egyption Cotton dg sulaman dan batu & manik hiasan berwarna-warni didada dan depan jubah . Juga sulaman di tangan dan blkg bawah jubah. Harga RM130+ RM8 = RM138.Now RM130 FREE POS. saiz M(bahu 16 inc, dada 20 inci; pjg lengan 23.5 inci, lebar punggung 24 in,labuh hingga hujung sulam 55in, labuh ke bawah jubah 62 inc)


Jubah Maroon BA5 SOLD
Jubah dari Egyption Cotton yang cantik sulamnya, sulaman tebal di bawah dan depan jubah jubah memanjang dan sulaman di tangan. Harga RM120 + RM5 POS= RM125 .

Saiz M (bahu 15 inci, dada 21 inci, tangan hingga sulam 23; hujung 25 inci, lebar punggung 24 inc,labuh bawah sulam 51.5 Inc, labuh ke bawah 55.5 inci).(2 helai. SOLD TO RUHANI .
Saiz L - SOLD TO NORAKMALUN
Saiz XL(L) - (bahu 17 inci, dada 23 inci,labuh tangan hingga sulam 23; hujung 25 inci, lebar punggung 27 inc,labuh bawah sulam 52 Inc, labuh ke bawah 55.5 inci)- SOLD TO RUHANI


Jubah Pink BA6 SOLD TO NORJEHAN
Jubah dari Egyption Cotton yang cantik sulamnya, sulaman tebal di bawah dan depan jubah jubah memanjang dan sulaman di tangan. Harga RM120 + RM5 POS= RM125 .
Saiz XL/L(bahu 17 inci, dada 24 inci, labuh tangan hingga sulam 23; hujung 25 inci, lebar punggung 27 inc,labuh bawah sulam 52 Inc, labuh ke bawah 57 inci)


Jubah Hijau Torquise Sulam BA 8 SOLD TO RIANI
Jubah dari Egyption Cotton dg sulaman cantik didada dan bawah jubah. Harga RM85 + RM5 POS= RM90 . Saiz M (bahu 16 inci, dada 20.5 inci, tangan 23 inci, lebar punggung 23 inc,labuh bawah sulam 50 Inc, labuh ke bawah 56 inci)


Jubah Dark Maroon BA 9 SOLD TO UMMI HANI
Jubah dari Egyption Cotton dg sulaman timbul didada dan bawah jubah. Harga RM95 + RM5 POS= RM100 . Saiz S/M (bahu 15 inci, dada 21 inci, tangan 23.5 inci, lebar punggung 25 inc,labuh bawah sulam 50 Inc, labuh ke bawah 56 inci)


Jubah Merah Oren BA10 SOLD TO FATANAH
Jubah dari Egyption Cotton dg sulaman tebal didada dan bawah jubah . Juga sulaman di tangan dan blkg dada jubah. Harga RM95 + RM5 POS = RM100. saiz M(bahu 16 inc, dada 21 inci; pjg lengan 23.5 inci, lebar punggung 25 in,labuh hingga ke bawah sulam 53 in , labuh ke bawah jubah 59 inc)



Jubah Cotton Sulam Saiz M. CR41, B 12, B 13 & B 14
(CR41 - SOLD )

( B 12 SOLD TO FATANAH)
(B 13 SOLD TO ZAWATIL)
( B 14 SOLD TO UMMI HANI), (SIZE XL SOLD TO ZAWATIL),(SIZE L ORDER BY NEKCIK- Dah ada stok)
Jubah cotton Egypt dg sulaman bunga di dada & bawah jubah baju. Harga RM80 + RM5 POS= RM85. Saiz M (bahu 16 inc, labuh jubah 56 inci; dada 21 inci; pjg lengan 23 inci, lebar punggung 24 in)


Jubah Cotton Sulam Saiz L . B 16 & B18
( B16 SOLD TO KESUMAWATY), (SIZE L SOLD TO ZAWATIL)
( B18 SOLD TO NANI SYAFIKAH)
Jubah cotton Egypt dg sulaman bunga di dada & bawah jubah baju. Harga RM80 + RM5 POS= RM85. Saiz L (bahu 17 inc, labuh jubah 56 inci; dada 22.5 inci; pjg lengan 23.5 inci, lebar punggung 25.5 in)



Jubah Cotton Sulam Saiz XL . B15 & CR55 (B15 SOLD TO MUSLIHA)
(CR55 READY STOK DI MSIA- SOLD TO DAYANG) ,(SIZE XL SOLD TO ZAWATIL)
Jubah cotton Egypt dg sulaman bunga di dada & bawah jubah baju. Harga RM80 + RM5 POS= RM85. Saiz XL (bahu 18 inc, labuh jubah 57 inci; dada 25 inci; pjg lengan 23in, lebar punggung 27 in)



Jubah Coklat Muda & Hitam BA17 SOLD TO MAZRINI
Jubah dari Egyption Cotton dg sulaman cantik & batu hiasan didada dan bawah jubah . Juga sulaman & batu hiasan di tangan dan blkg bawah jubah . Harga RM105 + RM5 POS= RM110 . Offer RM100. Saiz M/L (bahu 17 inci, dada 22 inci,pjg tangan 20 inci hingga coklat dan hujung 25, lebar punggung 26 inc,labuh ke bawah 58 inci)

Monday, July 15, 2013

Ayam Panggang Sedap




Assalammualaikum buat semua.terimakasih buat semua pengunjung dapurmamasya dan teman2 blog semua.
Lauk ayam bakar lagi......mmg ayam menu utama di rumah. baca di blog kwn2 yg bgtau harga ayam di Msia naik. tp di sini wpun org2nya susah harga ayam mahal....tambah bulan Ramadan lagilah mahal. harga sekor ayam yg saiz 1 kg ayam dkt (RM14-15 sekg), biasa mama beli chicken leg...sekg 22 le/rm11 sbb part ni yg laku di rumah. Daging lagilah mahal.....tukar duit RM dlm RM30-40 sekg ikut part daging. biasa part daging yg ada tulang mama beli utk sup 50 LE/RM25 sekg. ikan.....tak byk pilihan biasa talapia, makarel, sardin....siakap adalah tp mahal .
Oleh kerana lauk ayam kesukaan anak2.....menu ayam mmg hampir setiap hari ada.sampai tak tahu ayam nak masak apa....kdg2 ulang2 masak yg sama. dan kalau ayam bakar mmg laku. Oleh kerana anak2 suka ayam bakar....jadi mama mencuba resepi ayam panggang sedap pada minggu lepas.


Ayam panggang sedap resepi dari blog Liza, berkenan nak mencuba bila Liza komen sedap dan nampak cukup enak. dan bila anak2 makan....semua cakap sedap...pakat meratah.Terimakasih Liza kongsi resepi. Cara memasak lain sikit dari ayam bakar yg lain sbb kena rebus dulu cili dan gula melaka. Resepi penuh spt di bawah.

RESEPI AYAM PANGGANG BEST
Sumber; Liza @ Intai dapur
Oleh ; Dapurmamasya

Bhn2 A:
3 s/b cili boh - guna 2 sb cili kering blender
2 keping gula Melaka
1/2 cawan air
- masak semua hingga pekat

Bhn2 B:
4 ulas bawang pth
1 ulas bawang besar
1 kiub stok ayam
1 inci halia
5 s/b sos lada hitam - letak 3 sb + 2 sb sos tiram
5 s/b madu - letak 2 sb sj sbb dah habis stok tp sdg elok tak manis ayamnya
Garam
Butter - lumur pada ayam masa nk bakar nnt

- blend bhn A dan B bersama2..
- lumur bhn blend pada ayam yg telah dikelar dan perap sekurang2nya 2 jam.
- lumur butter dan panggang ayam 180C 50 min- 1 jam atau hingga masak.siram atas ayam lebihan perapan dlm bekas ayam bakar.


ayam panggang sedap.....mmg sedapp...

Sunday, July 14, 2013

Kuih Cara Manis



Assalammualaikum buat semua. tkasih yg sudi berkunjung ke dapurmamasya dan semua yg tinggalkan komen.Maaf ada blog yg mama belum sempat lawatan balas.
Entry ringkas hari ni.Pasti ada pengunjung blog.....teman-teman...surirumah yg tgh mencari idea kuih manis buat berbuka.Mungkin boleh membuat kuih cara.Mama suka kuih cara manis berbanding cara berlauk.....gabungan lemak dg air gula manis yg meleleh....sedappp.
Tapi kuih cara ni buat sebelum puasa lagi......buat masa nak bawa ke rumah kwn yg menjemput kami sekeluarga mkn mlm. Simpan sikit utk mkn dirumah juga.


Kuih cara ringkas bahan2nya. cuma nak masak itu kena pandai adjust api yg sesuai. Mama pun beberapa kali juga buat....ada yg cantik masak, ada yg tak. kalau kuat api, kuih cepat hangus tp dlm tak masak lagi. kalau perlahan sgt kuih tak masak. Eloknya cuba sebiji dulu masak utk tahu api yg sesuai dan pastikan sapu minyak di acuan.Cuma kalau dpt letak pandan dan kelapa yg fresh pasti lagi sedap, di sini mana ada. kena ganti yg segera saja. Utk resepi spt di bawah,t.kasih CMG kongsi resepi.

Kuih Cara
Sumber; Blog CMG
0leh; Dapurmamasya

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)- mama guna 1 pkt santan debu S&P
2 biji telur
3 helai daun pandan - letak 1 sk paste pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru.

Friday, July 12, 2013

Ayam Percik Memikat Selera



Aslmkum buat semua dan selamat berpuasa.
Bulan puasa pasti ramai mencari resepi dan idea utk masak lauk berbuka.....mamapun sama...jln blog kwn2...Fb dapatkan idea apa nak masak. Tapi hari pertama dan kedua Ramadan semalam masak biasa2 saja...lauk kegemaran kami sekeluarga, belum sempat mencuba resepi baru lagi. Biasa berbuka dan sahur menu yg sama. Selain nasi biasa mama sediakan satu lagi menu sampingan....mcm semalam selain nasi masak juga laksa penang.
Dan ayam percik ini mama masak hujung bulan Mei yg lepas, saja mama simpan entry ini utk dikongsikan dalam bulan Ramadan sbb lauk percik antara menu terkenal dalam bulan puasa.


Resepi ayam percik kali ni dari Rasa on line.berkenan nak mencuba masa nampak di FB. Dalam resepi RASA ayam percik ini dipadankan dg nasi tomato tapi mama makan dgn nasi putih. macam biasa kalau ayam bakar tambah ayam percik begini anak2 cukup suka....semua nak mkn 2 ketul seorang. utk resepi boleh tengok di bawah.

Sumber; RASA ON LINE
Oleh; Dapurmamasya

BAHAN PERCIK:
1kg ayam | dipotong kecil
15 biji cili kering l dikisar
3 biji bawang besar l dikisar - saiz sed
3 ulas bawang putih l dikisar
2sm halia l dikisar
2sm kunyit hidup l dikisar
2 batang serai l dikisar
250ml santan pekat - mama tambah lagi dgn santan sed pekat
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:
Untuk kuah perciknya, campurkan santan bersama bahan kisar dan masak di atas api sederhana.
Kacau rata dan biarkan hingga kuahnya menjadi pekat. Ketepikan.
Celupkan ayam di dalam kuah percik dan panggang hingga masak. -Ketika proses memanggang ayam, pastikan disapukan berulang kali kuah perciknya sehingga ayam masak.

Nota dapurmamasya.
- oleh kerana mama guna santan debu, makan semua bahan kisar mama tumis dulu. kemudian baru masukkan santan, garam dan masak hingga pekat dan sedikit pecah minyak. perlahankan api, masukkan ayam, masak ayam sekejap dlm kuah agar percik meresep dlm ayam. kemudian baru bakar. siram kuah percik atas ayam masa menghidang.


Kalau ayam percik mmg sedap....memikat selera.

Thursday, July 11, 2013

Sotong Goreng Tepung Rangup



Assalammualaikum buat semua
Bila bulan puasa yg pasti semua isteri lagilah nak kena fikir menu apa nak masak utk keluargakan...fikirkan menu yg menyelerakan terhidang di atas meja waktu berbuka. Utk yg dah ada anak pula menu utk anak2 berbuka kena utamakan juga sbb kesian pula penat berpuasa...dah excited nak berbuka....tup2 tengok lauk berbuka tak menepati selera mereka...mulalah mrk rasa tak ceria nak berbuka.Macam mama , 4 hero semua berpuasa.menu kegemaran mrk...lebih pada lauk ayam tp ayam masakan tertentu saja yg mrk suka.tak semua masakan ayam mereka suka, silap2 mereka tak jamah nanti. Lauk ayam yg anak2 suka selain ayam bakar, sup ayam mereka suka kari ayam . abg no 3 yg suka betul....ngalahkan mamak...setiap hari karipun tak pa, bertambah mkn kalau ada kari..sahurpun suka mkn kari.Jadi kari ayam antara menu utama kat rumah.pasti setiap minggu ada...mama pula yg dah bosan dg kari ayam.

Kalau seafood dan daging mrk makan juga tp taklah suka sgt berbanding ayam. Tapi kalau sotong goreng tepung mereka suka. sotong masak lain tak begitu laku.Cuma sotong susah sesekali saja ada jual....bermusim.


Gambar Sotong goreng tepung ni mama ambil masa makan2 di rumah bulan lepas. Ramai dah tahukan nak buat sotong goreng tepung macam mana...mcm2 resepi ada. Tapi mama kongsikan utk album dapurmamasya dan kebetulan pula ada kwn Fb minta resepi sotong goreng tepung dari mama.Ini resepinya..

Sotong Goreng Tepung
oleh; Dapurmamasya

Bahan A
1/2 kg sotong potong bulat - basuh dan sejatkan
1 biji telur
4-5 sudu besar tepung Kentucky

Bahan B
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung Kentucky
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh serbuk lada hitam/lada sulah
secubit garam

Minyak utk menggoreng - guna byk minyak
Cara-cara
Bahan A; gaul tepung dan telur rata2.Kemuduan gaulkan semua sotong kedalamnya. ketepikan.
Bahan B; gaul rata semua bahan.
Panaskan minyak. ambil sikit2 sotong yg telah digaulkan tepung (Bahan A) ,gaul lagi dlm Bahan B rata2 dan masukkan sikit2 ke dalam kuali . goreng sampai masak tp jgn lama sgt. juga jgn goreng byk2 sekaligus.

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa




Salam 1 Ramadan dan selamat berpuasa buat semua. Semoga kita semua diberikan kesejahteraan dan kesihatan yg baik sepanjang Ramadan ini agar dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya. Dan mama doakan agar ketenteraman kembali jua di bumi Anbiya ini dan rakyatnya kembali semula spt biasa apatah lagi di bulan Ramadan ini.
Ramadan thn ini, merupakan Ramadan ke 3 mama sekeluarga di sini. Ramadan yg lepas mama rasa lebih ceria tp thn ni agak suram rasanya dgn apa yg berlaku di sini. Apatah lagi rakan-rakan rapat kami ada yg dah pulang ke Msia, InsyaAllah giliran kami pula menyusul nanti.
Thn ini puasa dalam musim panas.siang hari pjg dalam cuaca panas. Subuh awal 3.18 pagi dan maghrib 7 mlm. Tadi masa sahur.....syukur mama tak da masalah nak kejutkan 4 hero mama wpun semua terpaksa bangun awal pagi. Semua menikmati sahur dan selesai sahur...elok je rehat kejap masuk waktu subuh.

Tahun lepaspun sama....berpuasa musim panas tp Alhamdullilah anak2 dapat berpuasa.Kebetulan masa bulan Ramadan cuti sek, jadi anak2 berehat dlm rumah saja.Pejabat pula sepanjang bulan puasa tutup awal jam 2 -2.30 ptg.kalau tidak hari biasa balik pukul 3.30 ptg. Awal balik pejabat sbb di sini tak da rehat waktu lunch 1-2 ptg mcm di Msia.Juga tiada yg keluar minum pagi,semua minum di pejabat. Waktu lunch kalau nak mkn order delivery atau bawa bekal tp biasa ramai balik mkn di rumah.
Dan bulan Ramadan belah ptg biasa kedai2 yg menjual roti Arab yg fresh dari oven dan kedai kebab menjadi tumpuan. Tiada bazar Ramadan di sini....tunggulah balik Msia nanti....tak sabar nak ronda bazar Ramadan.

Tuesday, July 9, 2013

Kek Birthday Syakirah & Mama



Salam Ramadan dan selamat berpuasa buat semua .Kami di Egyptpun mula puasa esok/Rabu serentak dg Msia.Mama mohon maaf jika ada salah silap...terkasar bicara menyinggug hati selama ini. Sama-sama kita menjalani bulan Ramadan yg mulia ini dg banyakkan amalan yg baik. Dan kemelut yg berlaku di sini segera tamat dan kesejahteraan rakyatnya kembali semula apatah lagi di bulan Ramadan ini.

Semalam.....setelah hampir 3 minggu berlalu bday Syakirah pada 20 Jun lalu, barulah kek bdaynya mama buatkan. Maafkan mama Syakirah sbb lambat buat...sampai Syakirah tanya bday Eda tak da apa-apa....mcm2 alasan lambat. bukan mama tak nak buat....tp bertangguh hari ke hari...dah nak puasa baru nak buat kek bday Syakirah.


Syakirah....happy sgt dapat kek bday. Syakirah cakap thn ni dia tak nak nangis sambut bdaynya . thn lepas dia nangis bila nak tiup lilin.tak tahu napa tapi rasanya dia terharu sbb kek yg diidamkannya itu kek Dora mama buatkan juga akhirnya . sbb dia ingat dah tak jadi buat bila mama asyik bertangguh.


Utk bday ke 4 thn ni...Syakirah tak minta kek yg khas utknya janji dapat kek bday. jadi mama buatkan kek bentuk love dg dihiasi bunga2 kecil dan pacakkan patung princess. Abg Syazrin cakap kek ni macam kek kahwin sbb bentuk love...pandai2 je abg ni...


yg sebenarnya dah lama teringin nak deco kek bentuk love tp belum berpeluang. kek bday utk abg2 tak sesuai kek bentuk begini, tunggu bday Syakirah baru buat. kebetulan bday Syakirah dan mama tarikh berdekatan, kongsi sekali kek bday ini tp mama tanya dulu Syakirah boleh tak mama kongsi kek bday dg Syakirah...boleh mama.....jimat...buat sebiji utk 2 org...mama & syakirah sambut sama2.


Nasib baik Syakirah tak merajuk bila mama lambat buatkan kek birthday utknya.


senang hati kek bday Syakirah dpt juga buat wpun lambat dan dapat mengembirakan puteri tersayang.


Syakirah tiup lilin bday ke 4....bday terakhir sambut di sini.


juga kek bday terkhir utk anak2 thn ini...selesai sudah 5 org buah hati mama sambut bday. tunggu thn depan pula di Msia.

Klik Nuffnang2