klik Nuffnang

Wednesday, January 25, 2012

Agar2 Sirap Longan


Assalammualaikum semua....
Masih lagi kisah entry ulang tayang dari dapur lama sbb belum sempat nak upload lain-lain gambar.Utk kali ni nak kongsi agar2 Sirap Longan.Tertarik nak mencuba agar2 ni sbb nampak menarik bila buat 2 kaler gini dan letak buah dlm agar2. Kalau tak da buah longan, buah lainpun boleh juga.



Kalau agar2 mmg enak dimkn sejuk.bekukan dlm bekas2 kecil....sesuai utk hidangan tetamu.Utk resepi spt dibawah;
AGAR-AGAR SIRAP LONGAN
Sumber ; FP K.Rinn
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
20gm agar-agar kering (Jelly strip)
1 tin longan
4~5 cawan air
2 sudu besar gula pasir (Adjust manis ikut selera)
4 sudu besar sirap merah (boleh guna syrup F&N)

Cara-cara:
1. Didihkan air dan masukkan agar-agar. Kacau sehingga agar-agar larut.
2. Masukkan gula pasir dan kacau lagi sehingga gula larut.
3. Keluarkan sebahagian agar-agar cair dan asingkan ke dalam mangkuk
dan campurkan dengan 1/2 tin air longan dari tin.
4. Sementara itu, susun 3 biji buah longan ke dasar setiap acuan agar-agar.
Curahkan bancuhan agar-agar dan air longan tadi setakat menenggelamkan
buah2 longan. Biarkan separuh keras.(Jgn sampai terlalu keras kerana ini
akan mebuatkan ia tidak melekat dengan agar-agar sirap merah nanti)
5. Campurkan sirap merah ke dalam lebihan bancuhan agar-agar asal tadi.
Kacau rata dan tuangkan ke dalam acuan berisi buah longan dan agar2 putih
berperisa longan tadi.
6. Biarkan sejuk dan boleh dihidangkan.

Nota :
1. Jika tiada acuan-acuan kecil, boleh gunakan acuan besar. Cuma susunkan saja
buah-buah longan di dasar bekas. Tuangkan agar-agar putih berperisa longan.Biarkan
separuh keras.baru tuangkan agar-agar sirap merah.
2. Lebih elok ditapis larutan agar-agar ini sebelum dituang ke dlm acuan.
3. Boleh juga menggunakan serbuk agar-agar sebagai ganti jelly strip.

Nota dapurmamasya
-letakkan sedikit biji selasih yg telah direndam dgn air suam di dlm acuan sebelum disusun buah longan dan
- campurkan sedikit susu pekat dalam bahagian warna merah agar dpt warna pink

3 comments:

  1. Salam akak, saya tertarik dengan idea sirap selasih tu. Memang menarik nampak bila ada buah dan biji selasih tu.
    ijan

    ReplyDelete
  2. lembut n comel je kalor agar2 ni...selembut mama dan secomel syakirah...

    ReplyDelete
  3. As'salam Mamasya

    cantiknya kaler agar2 ni. PINK I like so sweet..hihi. Macam tau2 jer ct suka kaler pink ya...hihi

    menariklah agar2 ni, kalau nak letak buah2 lain pun okey gakkan. kena cuba ni cuaca memang panas juga kat KL ni.. sesuai makan sejuk2 yummy!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2