klik Nuffnang

Sunday, January 22, 2012

Kek Pandan Marble



Assalmmualaikum dan slmt bercuti CNY buat semua.Sunyi sikit blog bila cuti pjg gini....tentu ramai dah pergi bercuti atau balik kg....moga semua ceria dan sejahtera.Slmt pergi dan balik...
Kami di sini tak ke mana sbb anak2 sek mcm biasa, cuma pejabat husben cuti CNY satu hari .
Untuk entry hari ni nak ulang tayang Kek Pandan Marble dari dapur lama.Dapur lama sekejap ok sekejap ko...tak boleh buka, jadi sikit2 gambarnya punggah ke dapur baru....senang nak rujuk resepinya nanti bila rajin nak buat. Kek Pandan Marble ni buat dulu...dah lama Jun 2008 masa di Brunei utk anak bawa ke sekolah sempena jamuan kelas, selalunya buat brownies tp tukar buat kek marble pula.



Wpun dah lama buat tp masih ingat rasa kek ni.....kek ni lembut dan sedap sbb letak santan dan perasa pandan.Utk resepi penuh seperti di bawah;

Kek Pandan Marble
Sumber : R-lin @ MYR
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-Bahannya
4 biji telur gred A
100 g gula pasir
1 camca besar ovallate
25 ml pati santan/susu segar - guna santan debu yg pandan + sikit air
50 g minyak jagung
100 g tepung gandum*
1/2 camca teh garam halus*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
1 camca teh pandan paste-guna perisa pandan + 1st pewarna hijau
1 camca teh serbuk koko
1 /2 camca teh esen vanilla(sendiri letak)
1 camca teh coklat emulco (sendiri letak)

Cara membuatnya
Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (seperti adunan baulu).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul rata. Tuang minyak jagung dan pati santan. Gaul hingga sebati.
Adunan dibahagi 2, satu bahagian dia campur dengan esen vanilla, serbuk koko dan coklat emulco, gaul rata. Dan satu bahagian dicampur dengan pandan paste. Gaul rata.
Masukkan adunan koko dan pandan secara berselang-seli ke dalam tin kek yang telah dilenser dengan mentega dan dasarnya dialas dengan kertas minyak. Kemudian buat beberapa pusingan menggunakan chop stick.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 30 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebelum dihidang. *tak pusingpun dgn chopstick.



belum bakar dan dah masak



rupa paras selepas dipotong



siap packing

5 comments:

  1. Cantiknya...nak buat...semua bahan cukup tapi ovellette pula tak ada...esok dah tung..tung cheh kedai tutup...apa pun akak nak try jugala.

    ReplyDelete
  2. assalam Mamasya
    samalah kita dapur lama x leh buka dah...
    lawa kaler hijau + coklat belang2
    yg siap packing tu leh pos kat Malaysia he he

    ReplyDelete
  3. salam mamasya,
    cantiknya belang .. terasa nak buat lah pulak!

    ReplyDelete
  4. aslmkum mamasya.. cam rasa lama tak buat kek marble.. bila nmpk kaler2 ijau tu mmg terliur..

    ReplyDelete
  5. cantiknya marble dia.... cam bminat je nak tiru since stok air pandan berlambak2 (lebihan daun bt kuih tako semalam). akan d pertimbangkan samada jadi yg ni @chiffon pandan. heheh!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2