klik Nuffnang

Thursday, January 26, 2012

Kuih Lapis Betawi



Assalamualaikum semua.
Bersua kembali.....masih dg entry ulang tayang dr dapur lama.Sibuk sikit minggu ni tak sempat nak upload gambar2 baru.Entry kali ni ialah kuih lapis....ni kira pertama kali buat lepas tu ingat nak buat lagi...tertangguh sampai skrg...belum ada kerajinan, wpun suka juga dgn kuih lapis...sbbnya nak mengukus selapis2 tu yg buat kurang rajin...tu yg tayang gambar dari dapur lama.



Resepi ambil dari majalah. Tak tahu napa nama kuih lapis ni Betawi tp resepinya lebih kurang kuih lapis biasa cuma kuih lapis ni guna tpg jagung dan tidak tpg beras.

Kuih Lapis Betawi
Sumber ; Majalah Keluarga
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
120 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
175 gm gula
15 gm garam- saya letak secubit je
1/2 liter santan
1/2 liter air
*pewarna merah dan kuning/hijau- guna warna kuning,hijau,merah&ungu
*sedikit minyak utk sapu loyang

Cara-cara

1. Campurkan semua bahan kecuali * dlm bekas dan kacau rata.Kalau perlu tapis.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
3. Panaskan pengukus. Tuangkan bancuhan pertama ke dalam loyang, ratakan supaya tidak terlalu tebal.
4. Apabila bancuhan pertama keras,lapiskan bancuhan kedua dan ulangi hingga semua habis.

Nota;
Biarkan betul2 sejuk sebelum dipotong
*Anggaran masa mengukus
lapisan pertama 5 min
lapisan seterusnya 2 min
lapisan akhir 15-20 min

6 comments:

  1. as-salam
    cantiknye warna Kuih Lapis Betawi tu..suka dgn warna2 yg menarik...npk sedap kuih lapis betawi ni..

    ReplyDelete
  2. Salam kak...

    lama tak makan kuih lapis...

    ReplyDelete
  3. assalam mamasya,
    nampak cantik berkilat kuih lapis betawi tu..kombinasi kaler yg menarik
    ada masa nnt boleh try jugak resepi ni..

    ReplyDelete
  4. salam mamasya..sedapnye kuih lapis.. peberet en hb ni:)..cantik kalernya tu :)

    ReplyDelete
  5. Salam Mama..cantik betul kaler kuih lapis Mama ni....Saya pun suka kuih lapis especially yang boleh tanggalkan selapis demi selapis time nak makannya

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mamasya, cantik kuih lapis betawi ni, kuih mcm ni mmng kegemaranku..lenkali leh cuba ni..

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2