klik Nuffnang

Wednesday, January 18, 2012

Sup Ayam Ala Mamak



Assalammualaikum
Entry ringkas hari ni....hidang lauk sup ayam mamak....dlm cuaca sejuk skrg lauk sup2 gini menjadi menu pilihan. Kalau kuah sup gini Syakirah yg paling suka mkn hirup kuah. Kelainan sikit sup ni dari sup biasa sbb letak serai, manakala bahan2 lain sama. Resepi penuh spt dibawah.

SUP AYAM ala-ala MAMAK
Sumber; Fp K.Liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
1 ekor ayam
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
5 cawan air
1 batang serai [ketukkan]
garam
bawang goreng

bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Cara
1. Ayam dibuangkan kulit dan potongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, ayam dan kacau rata.
4. Masukkan kentang, carrot, air, serai dan garam. Biarkan mendideh.
5. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
6. Tutup api dan angkat.
7. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.

6 comments:

  1. Assalamualaikum Zila

    Sup berempah cam ni mmg sedap.....ada yg suka cicah ngan roti perancis, sedap mskkan zila ni

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Mamasya,
    mmng sedap sup ayam mamak ni, kegemaran anak2 yatie ni..

    ReplyDelete
  3. Pernah gak pekena sup mamak ni kat kedai, tapi kurennggg sikit sbb rempah banyak bebeno. Bila le nak cuba buat sendiri ni.

    ReplyDelete
  4. Hem..my favourite dan kalau buat sup macam ni akak selalu cari rempah sup dikedai mamak punya..mak aii bau nya satu taman....

    ReplyDelete
  5. Salam.lama tak singgah kan??slurp..slurp...sedapnya hirup sup.

    ReplyDelete
  6. nyumnyum..mamasya..suke nya sy ngan sup ayam pekat2 ala mamak ni..nsedap dihirupp..nyumnyum:)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2