klik Nuffnang

Monday, January 16, 2012

Gulai Daging Bawang Goreng (Tanpa Santan)

Assalammualaikum
Resepi nasi minyak dahpun diupdate, jadi entry ni nak kongsi gulai daging bawang goreng yg telah memikat selera kami sekeluarga......sedap gulai daging ni sbb bahannya ada letak bwg goreng dan kismis.Teringin nak mencuba sbb resepinya ringkas dan tak gunapun santan...hanya sikit susu pekat.Elok juga tak guna santan sbb kat sini payah sikit nak dpt santan, tak semua kedai ada jual...itupun dlm tin.Gulai Daging Bawang Goreng ni juga yg dimasak semasa makan2 tempoh hari. Tapi gambar2 yg diambil ni yg dimasak sebelum ini.


Ikut resepi asal kena guna rempah nasi minyak...sbb rempahnya tak da, jadi guna rempah gulai cap bunga ros (rempah ni hanya ada kat Ganu) dan dicampur dgn rempah kari daging.Ada juga jumpa resepi kalau tak da rempah gulai boleh ganti dgn rempah kurma sepenuhnya. Resepi penuh seperti dibawah, juga resepi dari K.Norma sbb resepinya satu set dg nasi minyak ,t.kasih kak kongsi resepi daging ni.

Gulai Daging Bawang Goreng
Sumber; K.Norma/Coretan Dari Dapur@dapur-digital.blogspot.com
Oleh; Dapur mamasya

Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
2 sudu besar rempah gulai nasi minyak-kena beli kat Trg **
4 ulas bawang merah ] - lebihkan bawang merah&putih
2 ulas bawang putih ] kisar
1/2 in halia]
segengam bawang goreng - kena guna yg homemade klu yg kat kedai kurang wangi
1- 2 sudu besar susu manis - ikut citarasa, nak guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket
1 sudu kecil sos tomato - letak 1 1/2 sb
3 ketul ubi kentang (ptong 4)
sket kismis
air secukupnya

Bahan tumis
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sket minyak

Cara membuat:
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan rempah, bawang goreng yg diramas2 sket, sos tomato dan susu.
Masukkan daging. Renehkan seketika.
Masukkan air secukupnya (gulai ni takleh pekat sgt). Reneh sehingga daging empuk, masukkan kentang, kismis dan garam secukup rasa
Masakkan sehingga kentang empuk. Sedia utk dihidangkan

**nota dapur mamasya
Guna 2 sb rempah gulai cap bunga ros (rempah ni hanya ada kat Ganu)dan 2 sb rempah kari daging.Ada juga jumpa resepi kalau tak da rempah gulai boleh ganti dgn rempah kurma. Semua bwg,sos tomato dilebihkan dari sukatan asal.



masa masak sebelum ni campur juga bhg yg bertulang sikit...

8 comments:

  1. gandingan yg mantop! bagus ye xde santan.sihat n less kolestrol :)

    ReplyDelete
  2. Sedap nampaknya boleh masuk list..rempahnya je...kena import dari Ganu ke???

    ReplyDelete
  3. wah rajin betul kamu masak kan..untung sungguh sape yang dpt merasa masakan kamu ni..nanti nak try aa buat lauk ni

    ReplyDelete
  4. Assalam Mamasya,
    bagus juga resepi ni tak guna santan..nampak menyelerakan
    masuk list dulu, tq

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum kak Ziela..
    Kak, kombinasi terbaekkkk gabungan nasi minyak dgn gulai daging ni.. Menjadi betul gulai akak.. Pekat dan nampak pecah minyaknya... Syakirah apa khabar? Dah makin besar dah dia kan..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Mamasya,
    menyelerakan sungguh daging masak mcm ni..lenkali leh cuba masak mcm ni...tq berkongsi resepi yg best...

    ReplyDelete
  7. salam kak. saya ada 5 paket perencah bunga ros tu, adik ipar dr trganu bagi. baru 2x cuba buat. kne makan dgn nasi minyak baru terasa lebih sedap kan! :D

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2