klik Nuffnang
Thursday, January 12, 2012
Sushi@Makizushi
Assalammualaikum...
Beberapa hari ni sibuk sikit dg pelbagai aktiviti....tak sempat nak update blog. T.kasih buat kwn2 yg tinggalkan komen.....nanti lapang akan buat kunjungan balas. Entry ringkas kali ni....dah habis hidangan nasi dagang Ganu beralih ke menu Jepun pula iaitu Sushi. Sushi ni buat atas permintaan abg no 1 dan mama pula saja nak cuba buat sendiri mcm mana...taklah susah sgt rupa2nya.Cuma beras Jepun tak da..jadi ganti dg beras sini. Kalau sushi abg no 1 dan 4 suka makan... mama pula sekadar merasa...tak pandai sgt mkn makanan Jepun....
utk inti letak telur dadar,fish fillet yg digoreng tpg dan ada yg letak serunding.resepi dari MYR.
Sushi@Makizushi
Sumber; minami133@MYR
oleh: Dapurmamasya
Bahan-bahan ( 5 orang )
1/2 kg beras jepun
cuka (utk sushi)
3 biji telur
1 batang timun
lettuce
udang
5 helai seaweed
mayonis
bamboo mat
note: isi dalam bole diganti dgn tuna, ikan salmon dll mengikut citarasa masing2.
Cara-cara
1. masak beras jepun seperti masak nasi biasa.
2.Bila dah masak, masukkan nasi ke dalam bekas besar dan tuangkan cuka sushi ke atas nasi. kacau nasi dgn cuka rata2.biarkan nasi sejuk..
3. udang direbus dan dibuang kulit nya.
4.telur dipukul sekejap dgn sudu dan goreng dgn sedikit minyak.bila dah masak, potong telur panjang2.
5.buang sedikit kedua-dua belah hujung timun. potong memanjang. lettuce dibersih dan potong besar2(sehelai lettuce potong dua.)
6.ambil sehelai seaweed, letakkan di atas bamboo mat. senduk nasi dan ratakan nasi ke semua bahagian seaweed tersebut.
7.kemudian letakkan sehelai lettuce diatas nasi. diikuti telur, timun, dan udang.akhir sekali masukkan mayonis.
8.gulung makizushi tersebut padat2.
potong makizushi seperti gambar di atas. siap utk dihidang.
*** siapa yg takde cuka jepun boleh modify cuka biasa. sukatan nyer ialah, 1 1/2 sudu besar cuka + 1 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam. didihkan sekejap hingga gula hancur, sejukkan dan gaul dgn nasi sushi
tak da beras Jepun , guna beras Egypt yg pendek butir berasnya...mcm pulut sikit rasanya.
balutan tak kemas sgt...kena praktis lagi cara mengulungnya...
Label:
Nasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum mamasya...
ReplyDeletewah pepagi singgah cnie ada sushi.. mcm daughter diana juga.. suka sesangat makan sushi...
salam mamasya...Liza kan xpernah mkn sushi...cian kan....hihihii
ReplyDeleteAssallamalaikum Mamasya..
ReplyDeleteSihat kak? Wahhh suka sushi.. Lama dah Naz tak buat Sushi.. Dulu masa duduk di Australia, Naz belajar buat sushi dari seorang kawan yang memang org jepun. Pas tu selalu sangat buat dan makan sushi sbb bahan2 di sana tak semahal di sini lah kak.. Teringin nak buat lagi...
Salam..pandai Mamasya menggulung..akak belum try sushi lagi Nori ada dua tiga paket kat umah tapi belum cuba2 lagi...kena try juga la
ReplyDeletesalam mama.. t tak pernah makan sushi.. tp kalau tengok yg mama buat ni, terasalah mahu makan jugak.. hehe..
ReplyDeleteZIELA.
ReplyDeleteShushi nie kalau akak nak makan akak buang dulu nori tu,akak tak tahan bau nyer tu hehhehe..pandai ziela gulung cantik aje...
Salam thun baru mama..hope blum trlambat lgii...cntik gulungan sushi ma tuu...tapi buat sdri memang jimat bnyk kan..bli mahal..klu kat bahrain berdinar2 la sushi ni...
ReplyDeleteassalam kak, saya suka mkn sushi..lama dah tak buat ni.:)
ReplyDeletesalam kak.. besnyer buat sushi.. nak kena buat gak ni sama macam nieza minat gile ngan susi ni..
ReplyDeleteassalam mamasya, mesti nak buat jugalah sushi ni ..ada stok seawed yang kita beli dari korea..so nak try buat sendri pulaklah..
ReplyDeleteYa Allah! rindunya nak makan sushi...mcm dh nak dekat 2 tahun x makan ni...
ReplyDelete