klik Nuffnang

Thursday, January 19, 2012

Kenangan masak2 di hotel depan Sg Nil



Assalammualaikum
Ni entry tertunggak....gambar masa mula2 sampai sini bulan mei thn lepas.Wpun dah byk bulan berlalu tp nak masukkan juga dlm blog sbg kenang-kenangan. Kami menginap lebih kurang 3 minggu di hotel Hilton WTC sebelum pindah ke rumah skrg. Baru masuk hari ke 2 duduk di hotel mama dah kepingin nak mkn yg dimasak sendiri....nak mkn nasi putih, laukpauk ringkaspun tak apa.bukan tak ada restoren,di hotelpun ada restoren, restoren berdekatan ...kalau nak mkn boleh order je dari mana2 restoren luar...call je nanti boleh delivery ke bilik hotel...restoren kecil..besar semua boleh delivery tp makanan arab atau fast food....1-2 hari bolehlah...lebih pada tu....dah tak lalu...selera kita nak makanan Melayu juga.



hotel apt ni ada dapur dan sediakan peralatan dapur serba ringkas. ada 2 periuk, 2 periuk kukus, kettle, microwave dan sikit pinggan mangkuk. mama beli satu ceper kecil senang nak goreng....(kat sini tak da jual kuali) malas nak beli brg2 lain sbb tunggu kargo. Dgn 2 periuk tulah buat masak nasi,goreng nasi...goreng sayur...goreng mee...buat gulai dll.susah jugak nak masak2 sbb peralatan dapur terhad...kena gilir periuk tp kenalah sabar sementara pindah rumah. Tp yg bestnya masa ni tingkap dapur mengadap Sg Nil.



sambil masak boleh cuci mata tengok view Sg Nil



view sg Nil

Dalam serba kekurangan peralatan dan bahan2 masakan....nilah antara menu yg dpt dihidangkan.



masakan pertama dimasak....spaghetti goreng dgn udang



mihun goreng



beli rempah curry di C4 sini tp rupa pucat mcm kurma. curry ni letak yogurt perisa kelapa



spaghetti bolognese



talapia asam pedas...asam kpg takda...nak masak letak tomato paste, cilipun guna cili paste.



bila ada kwn bagi rempah kari msia, dapatlah masak kari..mkn dgn nasi dan cicah roti arab



dan akhir sekali ketam masak sweet and sour.
masakan lain tu ada juga serba ringkas.. goreng...sup2 aja

Lain2 gambar di hotel tak ingat dah update ke belum...cari dlm blog tak jumpa pula, letak jelah....



ruang kami sekeluarga menjamu selera



ruang santai yg mengadap Sg Nil dan pool



ruang rehat ke 2 yg juga mengadap Sg Nil



salah satu bilik tidur...ada 3 kamar semuanya



swimming pool nipun viewnya mengadap sg Nil....sunyi tak da org lain



masa ni wpun bulan Mei tp cuaca masih dingin...berangin...



anak2 tak mandi lama..kesejukan.



view Sg Nil

4 comments:

  1. Salam Mama...Mesti bestkan bila kediaman ngadap sungai lebih2 lagi yang secantik dan sejernih sungai nil ni..Tapi kalau duk Kl, kediaman tak ngadap Sungai Klang pun tak pe...ha ha ha ha ha

    ReplyDelete
  2. betul ler ziela... kita dah biasa makan makanan msk sendiri... tak lalu nak mkn makanan luar kalau selalu2 sgt. inikan pula makanan yg bukan makanan ruji kita... lagilah tak tahan.. hihi..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    best nye kak... bila dah dok kat perantauan tu kalau tak jelajah semua tempat mmg tak sah.. dah la kat hotel tu nampak cam dok umah sendiri.. best tengok sweet sour ketam tu.. i like so much.. heheheh..

    selesa sangat dalam tu.. ruang santai tu..

    ReplyDelete
  4. Mamasya..masa akak kat sana akak stay kat JW Marriot dekat dengan Nil juga..very nice...especially malam..I love Cairo and I miss Cairo..Masakan dalam Nil Cruise cukup fantastic.....next year akak plan ke sana lagi, my friend yang di Cairo will be back from France next year,,,hopely mamasya ada lagi si sana..boleh kita jumpa.

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2