klik Nuffnang

Monday, May 21, 2012

Kuih Lapis Seri Wangi versi Little Teddy



Assalammualaikum semua
Bersua kembali diminggu baru....hari ni nak tayang kuih lapis versi teddy bear yg mama buat beberapa minggu lepas.Kebetulan ada request utk mama buatkan kuih lapis utk satu majlis, jadi cari2 resepi kuih lapis yg sesuai.mama berkenan dgn resepi Kuih lapis Seri Wangi sbb nama dan warnanya menarik. Dan mmg berbaloi buat sbb sedap kuih lapis ni....ada kombinasi coklat dg pandan....

Merasmikan acuan silicon teddy bear yg mama beli masa cuti di Istanbul Feb lalu, teringin nak beli sbb nampak cute je acuan teddy bear ni....ingatkan plastik biasa sbb murah harganya...bolehlah buat agar2 nanti. Tp bila dah bawa balik belek2 dkt tengok rupanya CM....sukanya boleh masuk oven dan periuk kukus.....itulah alkisahnya. Sbb tak da loyang saiz 8 inci,mama kukus dlm loyang 10 inci tp buat 1 1/2 adunan baru cukup seloyang, bolehlah sekali dgn mkn dirumah.Buat 8 lapisan dlm loyang 10 in dan ada lebih 2 cwn buat adunan teddy bear. Terimakasih buat Yati yg berkongsi resepi Kuih Lapis Seri Wangi yg mmg sedap ni...lemaknya terasa....

Kuih Lapis Seri Wangi
Sumber; Yati @ Sinar Kehidupanku
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan (loyang 8 inci)
Bahan A
2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tpng jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat

Bahan B
1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan-di simpul- ganti 1 sk pandan paste.

Bahan C
3 sb rata serbuk koko*
4 sb air suam utk bancuh koko*-boleh ganti dgn 1 sb coklat emulco
pewarna hijau, perisa pandan

Cara-cara.
Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar.
Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.
Kuih benar2 sejuk barulah cantik di potong. Gunakan pisau plastik ya supaya licin potongannya.


Kuih lapis siap dipotong utk bawa ke tempat dinner....


siap tersusun dlm dulang.....

model kuih mama kali ni, abg Syazrin...Syakirah tak nak jadi model..dia merajuk hari tu....


Little Teddy....tomeikan......anak2 suka tengok kuih bentuk bear ni

19 comments:

  1. As salam sis,
    rajinnya melapis..comey pulak bear tu..tu klau anak sy tgk tu....mmg x smpt le nak diphotoshoot kan kuih tu....hehe....

    ReplyDelete
  2. salam mamsya
    wahhh cute2 kuihnya..mould tue mmg murah kan..zila pun dh borong bbrapa pcs jgk..tp x pakai lg..:)

    ReplyDelete
  3. alahai comeiiiiinye...geram tgk...nk jugak 1 kuih lapis bear tu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum MamaSya,
    alahai comel2 je kuih lapis tu..rajin betullah mamaSya wat dlm acuan bear tu..tentu anak2 lagi teruja nak makan....tq sudi mencuba, potongan kuih tu pun kemas je..suka tngk..

    ReplyDelete
  5. nampak comel2 pulak kuih lapis ni diacu dgn mould teddy..kreatif akak..

    ReplyDelete
  6. Dah la kuih lapis cantik dan kemas..ada pulak cowok tampan iklankan kuih lapis..

    ReplyDelete
  7. Salam Mamasya wahh cutenya!!! kecur terus tengok hehhee... dan kuih yang telah di lapis-lapis tu aduhaii rajinnya..... :))

    pulak yang jadi model handsome... terus rasa macam nak mintak semua hehehe

    ReplyDelete
  8. salam mamasya... serius.. cantik sgt kuih lapis tu.. kemas dan geram je nk ngap.. kalau blh capai.. dh hilang sedulang tu zura bawak larik.. hihihi..

    ReplyDelete
  9. Hi kak..how is Syakirah now? Just noticed she look alike her brother...;)

    Very cute looking kuih lapis over there. Yummmm!

    ReplyDelete
  10. alahai comelnya kuih teddybear! anak2 mesti suka sgt, rasanya sedap dan menawan gitu. :)

    ReplyDelete
  11. cantiklah mamasya... yang teddybear tu pun cute sangat.

    ReplyDelete
  12. ala comey nya bentuk bear tu..syg nk mkn..cantikla kuih lapisnya dah mcm kek lapis la pulak..mesti sedap nie (resepi kehidupanku)

    ReplyDelete
  13. Salam Mama..
    eee comelnyaa.. rasa sayang nak ngap hehehe.. nanti nak kena try jugak lah :)

    ReplyDelete
  14. cantik kuih lapis ni kak...saya pun dah cuba buat resepi kak Yatie ni..memang sedap:)

    ReplyDelete
  15. alahai...comelnya kuih lapis teddy tu...mmg kesukaan anak2..ibunya jg...

    ReplyDelete
  16. kuih ni bkan aje nmpk sedap.klu boboi sy tengok x sempat nk bayar ni..hehe..slm perkenalan sis.sudi2la lwt blog saya ye @ www.madeenayahya.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. tumpang tanya ade siapa2 jual acuan bear tu comey lh kalau ade call saya nak order 0199394241 (adila)

    ReplyDelete
  18. Salam kak, nampak sedap...
    Cantik plak lapisan tu...
    X sabar nak try ni...

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2