klik Nuffnang

Wednesday, May 9, 2012

Talam Roti Lapis & Kuih Cara



Assalammualaikum semua
Selepas kisah Istanbul, balik semula kisah makanan.....kali ni nak kongsi kuih talam roti dan kuih cara yg dibuat semasa menjamu tetamu yg baru lepas, baru sampai giliran update di blog. Masa jamu tetamu tu buat 2 jenis kuih dan juga puding jagung berkuah.Kuih talam masak mlm sebelumnya, manakala kuih cara masak belah pagi.


Selain utk menjamu tetamu, teringin juga nak mencuba kuih talam ni sbb kelainannya ada letak roti dan nampak comeii lote talam ni bila tengok di blog Rohaisha dan kemudian tengok di blog Zila4ever, tkasih kedua2nya dan juga Kak Wan@citarasawan yg berkongsi resepi.

TALAM ROTI LAPIS
Sumber ; rohaisha@Damai Kalbu asal dr Talam Roti Lapis Coklat (Kak Wan@citarasawan)
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
4 keping roti sandwich
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200ml santan
100ml air
60gm tepung beras
20gm tepung sagu/tepung ubi
3 sudu kecil esen strawberi
Pewarna merah secukupnya
2-3 sudu kecil pes kapucino-ganti pandan paste

Cara menyediakan:
1.Masukkan roti yang direndam dalam pengisar.Ketepikan.
2.Satukan air, santan, gula dan garam.Masak hingga gula larut.Biarkan suam.Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
3.Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang direndam hingga halus.
4.Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna merah dan dicampurkan dengan esen strawberi.Satu lagi dicampur dengan pes kapucino.
5.Tuang warna merah, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang dipanaskan terlebih dahulu.
6.Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan kapucino/pandan paste ke atas lapisan bawah tadi.Lap dan tutup pengukus, kukus selama 10-15 minit dengan api sederhana hingga masak.


Kuih talam ni bhg hijau letak pandan paste dan merah letak strawberry esen.nampak terang benderang pula warna kuih talam kali ni,lain kali kena kurangkan pewarna, maklumlah di sini pewarna tak byk jual...setakat ini baru jumpa 1 kedai dan mahal harganya.


Buat kuih cara 1 adunan saja, nak cepat buat kuih cara manis, lagipun mama mmg suka cara gula gini dr cara berlauk. Kuih cara ni buatnya mudah....tp tak pandai nak agak2 sukatannya,nengok resepi dr MYR;

Kuih Cara
Sumber; MYR @ Syahmi
Oleh;Dapurmamasya

BAHAN UNTUK BATER:
2 cawan tepung gandum
3 1/2 cawan santan
1 butir telur
Pewarna kuning
Sedikit garam Cara-cara
Untuk menyediakan bater, pukul telur + garam.
Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna.
Kalau guna blender pun, lagi senang.
Cara memasak : Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
Untuk kuih cara manis, tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

8 comments:

  1. assalam Mamasya
    dulu tak suka makan kuih cara tp skrg dah tersuka he he
    talam roti lapis pun sedap
    mamasya wat cantik kalernya hijau pink

    ReplyDelete
  2. Salam Mamasya,
    umi suka juga kuih cara tu tp terlupa lah bawa acuan ke sini. cantik2 kaler kuihnya tu nampak mcm nak makan semua :)

    ReplyDelete
  3. macam nak ambik banyak ketul kuih talam tu,..
    saya pun kalau buat tak cukup setakat 2 ketul..kena lebih, baru puas makan..

    ReplyDelete
  4. ala comeiii2 kuih talam tu...kalerful...

    ReplyDelete
  5. Salam Mamasya....ini lagi satu manusia yang tak reti penat...macam2 menu buat..untung HB ya....akak memang suka talam roti boleh la masuk list.

    ReplyDelete
  6. salam mamasya..
    alahaiii pink n ijau..cantik color2 tue..menarik sgt2..masakan best2 tue..:)

    ReplyDelete
  7. Senang je nak ngap kuih talam ni..comei2..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2