klik Nuffnang

Wednesday, May 30, 2012

Pulut Kuning vs Rendang Kurma Kambing



Assalammualaikum semua
Terimakasih buat semua pengunjung blog ni terutama yg sudi tinggalkan komen...juga celoteh...nanti mama akan buat kunjungan balas, harap semuanya sihat dan ceria. Jika sebelum ni ada entry gulai kawah daging unta mkn dg nasi beriani masala , kali ni nak kongsi pula rendang kurma kambing mkn dg pulut kuning.Pulut dan rendang ni masak bulan lepas lagi masa bday abg2 bertiga....mama masak pulut kuning dan buat kek bday utk mereka sbb abg no 3 dan 4 mmg suka pulut kuning.


Untuk rendang ni mama guna daging kambing tp yg bagusnya sbb daging kambing di sini tak bau langsung...tak da bau hamis kambing. Dan resepi rendang cuba resepi MYR yg menggunakan rempah kurma. Tengok dlm MYR...dah ramai kawan2 yg mencuba....sedapkan rendang ni.....

Rendang Kurma Kambing
Sumber; MYR @ Melati
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1kg daging- potong kecik-kecik
2 peket kecik rempah kurma
1/4 cawan kerisik
1 biji kelapa-ambik santannya
garam
gula melaka / gula
sedikit air asam jawa

****BAHAN KISAR**
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1-1/2cm halia
1-1/2cm lengkuas
15-20 biji cili kering - letak 1/2 je
***BAHAN MAYANG ***
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit - tak da

Cara-cara
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.


Resepi pulut kuning boleh klik sini.Wpun pulut kuning utk bday boys tp mama hias juga dg bunga ros sekuntum....biar nampak berseri....


Kalau rendang biasa mama buat rendang yg tak kering sgt....masak kuah pekat sikit sbbnya kalau buat rendang kering anak2 tak berapa mkn...diorg nak jugak kuah barulah sedap nak cicah pulut atau mkn dg nasi...mamapun suka rendang gini. lain org lain selerakan...yg penting kita masak mengikut citarasa keluarga kitakan....barulah laku juadah yg terhidang.

10 comments:

  1. mamaaa kite kan kite kannnnnn da lame ngidam nk makan pulut kuning..tpp tgu kawan balik dr msia bwkkan kite daun kunyit utk buat rendang sabo jelaa bile tgk pulut kuning mama nih hehe

    ReplyDelete
  2. assalam
    ni feberet Sarah he he pulut kuning
    sedapkan makan dgn rendang, kalu akak habis sepinggan he he

    ReplyDelete
  3. My dotter suka sgt pulut kuning. MIL selalu buat utk kami. Seumur hidupv saya tak pnah buat....hehe

    ReplyDelete
  4. Salam mamasya,lama tak singgah sini.Pulut kuning memang kegemaran kita..ada pula kambing..aduh..lapar!

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum kak, saya sejak ikut hubby posting Dhaka dulu memang suka sgt mkn daging kambing sebab memang tak bau hanyir langsung.maybe kambing biri-biri lain kot yer.drp tak mkn dulu sampai sekrng dah jadi fav pula.dok sini pun senang dapat daging kambing sama juga tak bau..nanti nak cuba buat resepi rendang ni pula..tgk pun dah tau sedap ni:)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum MamaSya,
    adoyaiiiii terliur tngk pulut kuning dan rendang tu..meh tukar2 dngn rendang ijau yatie plk..nak tak..he3..btw sesekali layan rendang mmng bestkan...

    ReplyDelete
  7. Salam Mama..
    org arab ni mmg pandai sembelih kambing kan? org kata kalau pandai sembelih, mmg tak berbau. kat sini ramai org arab juga. ada kawan tu dia kata anytime dia nak makan kambing dia pergi sembelih sendiri.
    hmm sedapnya tgk pulut kuning tu. dah lama tak buat. :)

    ReplyDelete
  8. salam mamasya,dah malam baru bekesempatan dah habis dah ni kot rasanya pulut dan daging kambing ni kan,sedap sangat akak tengok kambing tu,akak pun suka kambing jugak lebih2 lagi anak2 tapi dia orang ni suka kambing bakar je,next time nak cam gini ...

    ReplyDelete
  9. ASSALAM MAMA...
    WAH NAMPAK MENYELERAKAN
    SAYA BARU VERANGAN2 NAK BUAT PULUT KUNING & RENDANG WEEKEND NI...
    NAMPAKNYA MAMA DAH BUAT DULU...
    HIHIHI

    ReplyDelete
  10. salam mama..
    sedapnya pulut kuning dan rendang.. terasa nak beraya dah ni! makan sure tak pusing kiri kanan. tok caro ko oghe laing doh! hik3!

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2