klik Nuffnang

Saturday, May 5, 2012

Lala Masak Tomyam Putih



Assalammualaikum semua dan slmt berhari minggu
Hari minggu gini semuanya pasti sibuk dgn mcm2 xtvtkan.week end ni tak kemana2 sbb baru balik dr jln2 beberapa hari lepas...rehat je di rumah. Utk entry hari ni nak kongsi lala yg dimasak beberapa minggu lepas.dah lama sebenarnya nak mkn lala tp bertangguh sbbnya kat rumah hanya mama dan hero no 3 saja yg mkn kalau kerang, lala dan seangkatan dgnya.Ingatkan nak rebus biasa...nak ratah je lala tp masa cari resepi2 berkenan pula nak masa tomyam putih ni.Resepi asal guna ayam tp ganti dg lala,resepi asal spt di bawah;

Tomyam putih
Sumber ; KakinaKL ,asal Rozie@Dapurkayu
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
1 labu bawang besar, potong baji
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia
1/2 inci lengkuas
4-5 tangkai cili api
2 batang serai
1 sudu besar sos ikan
5 helai daun limau purut
2 sudu besar jus lemon - tambah lagi
1 1/2 liter air
1/2 ekor ayam di potong kecil- ganti dg lala
garam secukup rasa
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar minyak masak
1 biji tomato di potong 4
1/4 cawan santan
sayur-sayur lain seperti carrot, bunga kubis, putik jagung, batang saderi dan lain-lain..

Cara-cara
Panaskan minyak dalam periuk,
Tumis bawang putih sampai naik bau..masukkan ayam,
Kacau hingga ayam separuh masak, masukkan air dan didihkan.
Bila dah mendidih, masukkan semua bahan2 lain kecuali sayur...renihkan.
Masukkan santan.
Perasakan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan sayur-mayur yang di sukai.
Didihkan lagi beberapa minit, siap!

Utk kuahnya kena pandai2 adjust sukatan bahan biar terasa cukup masin...masam dan lain2 bahannya....

6 comments:

  1. Salam mama,kalau dapat hirup kuah ni grenti sedap kan?

    ReplyDelete
  2. Salam mama..
    wah sedapnya tengok lala ni fevret umi lah. nanti nak kena cari jugaklah. comel pulak tgk carrot tu :)

    ReplyDelete
  3. assalam
    tomyam putih, kalu makan ngan nasi putih memang sedapkan, Sarah pun dah makan tomyam sekarang tp tak boleh pedas he he
    nanti boleh cuba ni

    ReplyDelete
  4. salam mamasya, kami satu family suka makan lala tak kira la masak macamana pun. kat oman ni belum jumpa lala lagi.

    ReplyDelete
  5. salam kak...nampak sedap la lala masak tomyam putih ni..terliur.. nak2 dapat kuah masam2 pedas..fuh... meleleh dah ni..hehe

    ReplyDelete
  6. salam mamsya
    amboiii terasa-rasa kt tekak nie kesedapanya..sedap x kak??..kita x pernah rasa lg lala masak mcmnie..mesti sedap kan:)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2