klik Nuffnang

Tuesday, July 3, 2012

Laksa Ganu Kuah Merah



Assalammualaikum semua...moga sihat dan ceria.
Entry trip ke Sham El Sheikh dihentikan seketika, bagi laluan pada entry makanan....takut jemu pula beberapa entry dah tayang gambar trip.
Untuk entry makanan, hari ni nak kongsi Laksa Ganu yg juga dimasak pada hari jadi mama...masak laksa belah pagi, manakala utk tgh hari masak nasi kerabu,...sbb hari tu terasa nak mkn menu Pantai Timur pada hari itu.


Kalau laksa Ganu mama biasa rujuk kuah merah, sbb kalau kuah lemak/putih yg sama dg kuah laksam di Kelantanpun sama... ada juga. Tapi kalau kuah merah gini, mmg khusus hanya ada di Trg. Tapi di Ganupun jrg jumpa org jual sbb yg terkenal kuah laksa lemak.Pertama kali mkn laksa kuah merah ini dulu masa berkunjung ke salah sebuah open house di Ganu. Sekali mkn rasa sedap pula...sbbnya mmg suka mkn laksa.Pernah buat laksa Ganu ni masa dapur Fp dulu.Kali ni buat lagi sbb ada rempah gulai bunga ros yg dah lama dibuka, tak habis guna...sayang pula takut rosak,itu yg masak laksa ni.
Sekali tengok mcm laksa Johor pun ada cuma yg beza, laksa Ganu guna laksa beras dan utk rempah hanya guna rempah serbuk iaitu rempah gulai bunga Ros yg terkenal di Trg, tiada rempah lain yg ditambah.Utk resepi rujuk dari Fp k.Liza, tkasih kongsi resepi.Tapi mama tak timbangpun bahan2nya...agak2 je letak.

Resepi Laksa Ganu Kuah Merah
Sumber; Fp K.Liza
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
1 kg laksa biasa [rebus sehingga lembut dan toskan]

Bahan Ulaman [hiris halus]
1 kuntum bunga kantan
150 gm kacang panjang
100 gm taugeh
50 gm gajus
200 gm kubis bulat
100 gm timun
50 gm daun kemangi/selasih

Sambal belacan:
100 gm cili merah
20 gm belacan [ dibakar wangi]
garam

Tumbuk cili merah bersama belacan hingga lumat.

Bahan utk kuah:
600 gm ikan selayang
1500 ml santan [1 biji kelapa]
50 gm gula melaka
60 gm kerisik
60 gm rempah gulai bunga rose- mama buat pes campurkan dg sikit air
5 keping asam keping
80 ml minyak masak utk menumis
garam secukup rasa

Bahan mesin
100 gm cili
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara membuat:
1. Ikan di rebus kemudian dibuang tulang dan dikisar halus.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.kemudian baru mama masukkan pes rempah gulai.
3. masukkan santan, asam keping, isi ikan, garam, kerisik dan gula melaka.
4. masakkan kan sehingga kuah naik minyak dan sederhana pekat serta bangkit baunya.
5. Hidangkan laksa bersama kuah, ulaman dan sambal belacan


Laksa Ganu juga dihidangkan dgn sambal belacan sama spt laksa Johor.taugeh tu....susah nak dpt kat sini, sekali jumpa terus beli utk mkn dg laksa.

Kalau Laksa mmg favorit mama, tak kira laksa Ganu, laksa Johor, Penang, Laksa Nyonya Melaka, Laksa Sarawak....ada lagi tak laksa negeri mana yg tertinggal...aaa satu lagi laksa Pahang.....semuanya enak2 belaka...

24 comments:

  1. salam mama..ni menu feveret sekeluarga nih..kalo raye dpt laksa ni...nasi dagang pon leh tinggal......tp kalo mak kite...die mesin sekali udang kering dgn ikan kering......mmg terangkat.........mak aiii terliurrr

    ReplyDelete
  2. Perghh sangat menggoda.. Nur dulu tak suka laksa, tapi sekarang dah jadi sebaliknya.. Tapi laksa Ganu tak pernah cuba lagi.. :)

    ReplyDelete
  3. As'kum Mamasya.. aduhaii datang dah tengah malam.. nampak laksa sedapnya.... lama tak masak dan makan laksa.. biasanya buat laksa johor... nak makan laksa Ganu ke Kelantan ke memang nak kena cari di pasar malam... ni dah tengah malam mana nak cari ehehehh

    ReplyDelete
  4. Mama...akak dtg pukul 2.20 pagi ni, mata tak boleh tidur.
    Laksa ni mcm laksa penang kan, cuma ada santan. Akak tak pernah buat, teringin juga mencubanya.

    ReplyDelete
  5. oh laksa ganu ni mcm style laksa johor ye..cuma laksa johor dimakan ngn spageti...bestnyeee...lapo3x

    ReplyDelete
  6. Ohh jarang pulak tahu pasal laksa Terengganu ni.

    ReplyDelete
  7. mcm nak try buat la laksa Terengganu ni.tak penah lagi buat laksa guna santan camni.mesti sedap

    ReplyDelete
  8. hantar ke gombak sikit kak....tengah lapar ni..

    ReplyDelete
  9. Salam Mamasya.
    wah best nyer ada laksa trgganu..
    blm pernah cuba wlpun pernah kesana..mesti sedap kan3x

    ReplyDelete
  10. Salam mama, nak tanya rempah gulai rose tue tumis bersama bahan mesin ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yanizz,rempah gulai masukkan lepas tumis bahan mesin.nak buat buat pes, campurkan air sikit dg rempah.nanti akk edit balik cara2 diatas.

      Delete
    2. Boleh sent gambar rempah cap bunga rose tak...

      Delete
  11. Mula2 dtg Tganu dulu suka makan laksa kuah merah tu..memang sedap tapi mmg org sini jarang buat..Laksa putih lebih fofular

    ReplyDelete
  12. owh.mama...ni cikwan panggil laksa kuah "masak". walaupun cw ni org ganu..tapi jarang makan laksa ni.. sebab laksa macam ni mak tak pernah buat...kite yang duk area besut setiu...masakan dah macam ala2 kelate la.. ;)) laksam plak memang peberet la..laksa kuah merah ni orang kuala terengganu pandai ni..

    ReplyDelete
  13. salm mama cygg..
    fav zila jgk aneka laksa2 tue..x kisah la dr ngeri mana..mmg suka sgt mkn..tp yg ganu punya x pernah try lg..nampak sedap jew ..rempah tu nk cari kt mana mama?..mcmna rupanya..

    ReplyDelete
  14. aslmkum mamsya..rajin nak mkn jer klau akak ni..nk buat.. huuu.. tk rajin pulak.. mmg fav laksa2 ni..

    ReplyDelete
  15. Wahh Mamasya,
    manyak sedap!
    cik yong entah bape kali ambik resipi nie, buatnya idaknya lagi.

    ReplyDelete
  16. salam mamaSya....
    sedapnya laksa ganu nie....xpernah makan tapi tergoda. Mmm rempah gulai ros tu ada kat Ganu je kan kak? kat Kelate xde ke???bole ke kalau ganti ngan rempah gulai darat?

    ReplyDelete
  17. Saya x pernah makan laksa kuah masak.... membesar ngan laksa kuah lemak je sebab arwah mak org besut.... minta resipi ye.... nak try buat bila ada kelapangan.... esok nak cuba buat laksa penang....

    ReplyDelete
  18. Ya Allah sedapnya. Teringat bulan 1 hari tu makan ni kat rumah kawan kat Kuala Terengganu.

    Nak buat... tp mcm mana nak dpt rempah rose tu hmmm. Kalau guna kari biasa mcm laksa johor pula.

    Btw hari tu saya try buat laksam alhamdulillah jadi. Tu yg google resepi cari laksa merah pula.

    Percubaan Pertama Membuat Laksam

    Terima kasih ya Kak sudi share resepi. :)

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum
    Mamasya saya nk share yer
    Terima kasih

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum
    Mamasya saya nk share yer
    Terima kasih

    ReplyDelete
  21. Boleh sent gambar rempah cap bunga rose tak. Takut salah beli

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2