klik Nuffnang

Tuesday, January 22, 2013

Snow lagi.......Snow Walnut Carrot Cheese Cake pula



Assalammualaikum....moga semua sihat ceria.T.kasih buat semua yg singgah dapurmamasya dan tinggalkan komen...nanti mama buat kunjungan balas...kat rumah internet baru ok.
Entry JJCM sebelum ini ada citer ttg salji tiruan...nipun salji tiruan juga.....tp yg boleh mkn punya.....Snow Walnut Carrot Cheese Cake. Buat kek ni selepas beberapa hari buat Snow Cheese Cake hari tu, iaitu sehari sebelum JJCM sbbnya cheese masih ada...walnutpun byk...jadi godek Kek Karot Walnut pula.Dan mama beli lagi sekotak cheddar cheese....dah suka dg rasanya itu....apatah lagi murah cheddar cheese kat sini, sekotak 450 gm baru 7.50 Le (3.75 Le)kalau yg jenama C4 lagi dpt murah...900 gm tak sampai RM6. tp kat sini kalau beli cheddar cheese kena pilih dulu perasa apa...yg mama perasan ada perasa pepper dan olive.


bila mkn, karot kek ni moist sbb resepinya letak byk karot dan ada walnut...tambah pula dg cheese kat atas... itu yg buat lagi sedap.


Untuk resepi mama ambil dr blog Wana, t.kasih Wana, asal dari Joy of Baking. cuma utk frosting mama guna lebihan kek snow cheese tempoh hari tp ditambah dg whipping cream dan kek tak belahpun....sapu bhg atas saja.letak juga resepi frosting asal utk rujukan.

Resepi Kek Karot Walnut
Sumber; Wana @ Potret Kasih asal Joy of baking
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2nya
1 cawan walnut atau pecan (100 g) – ganti dengan walnut
2 1/2 cawan karot yang telah diparut ( 340 g)
2 cawan tepung all purpose (260g ) - guna tpg gandum biasa
1 sudu teh baking soda
1 1/2 baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 gula halus ( 300 g)
1 cawan minyak jagung/sayuran/canola ( 240 ml)
2 sudu teh vanilla essen

Untuk Frosting
1/4 cawan butter ( 57 g)
8 oz cream cheese ( 270 g)
2 cawan gula halus ( 230 g )
1 sudu teh vanilla essen
1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut

Cara penyediaan

1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi.
2. Dalam sebuah bekas satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul telur hingga sebati ( 1 minit). Masukkan gula dan pukul ( 3-4 minit) lagi.
4. Masukan minyak jagung dan essen vanilla. Pukul sebati.
5. Masukan tepung yang telah diayak tadi. kacau perlahan2.
6. Dengan menggunakan spatula atau senduk kayu masukkan karot yang telah di parut serta walnut.
8. Kacau hingga rata. Bila telah rata bahagikan 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit.
9. Sejukkan dahulu barulah di hiaskan serta dilapiskan dengan topping/ frosting.
** cara no 2, bakar semua adunan selama 40 minit kemudian bila telah sejuk belah dua ( melintang). Setelah di potong lapiskan dengan frosting.

Untuk frosting ikut snow cheese cake spt resepi sebelum ini tp mama ubah suai sikit spt di bawah;

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->> letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
guna hanya 1/2 resepi di atas, tambah :
1 cawan whipping cream -pukul
1 sm jus lemon

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
2.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
3.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.


masukkan karot yang telah di parut serta walnut.


kacau dg menggunakan senduk kayu....mcm jr chef mama ni....


kek dah siap masak.....belum berhias


dah siap berhias.....bolehlah posing..


bila dipotong......


yg ni tapau bg pada kwn mama.....


dan yg ni mama punya....

20 comments:

  1. Salam mamasya, kat sini belum pernah snow lagi la...tumpang main snow kat sini ya.Kita memang selalu ketinggalan kapal.

    ReplyDelete
  2. assalam
    mesti sedap ni sampai tahap teringin dah bila tgk mamasya tayang he he dgn snow cheese tu betu2 mengodalah

    ReplyDelete
  3. Salam mama...
    cantik+sedap sgt nmpk keknya tue...mmg dh mcm terase2 cheesenya tau...:)

    ReplyDelete
  4. Salam Mama Sara..
    Kek walnut carrot adalah kek kesukaan Rahel....tengok topping cheese tu pun dah tak tahan...

    ReplyDelete
  5. duga_aaaaaaan. sedapnya mama. Kalau dekat2 buat2 muka tak malu...bawa pinggang mintak sepotong...hehe.

    ReplyDelete
  6. Salam kak.....
    Sedapnya.....nak buat cam malas....huhuhu....

    ReplyDelete
  7. nampak sedap sungguh! ratna baru sempat buat snow cheese cake masa nak jumpa kakak dini sabtu lepas.. dpatlah bg dia & kwn2nya merasa selain buat kek batik permintaan kakak dini.. hehe..

    ReplyDelete
  8. hehe ada snow cheese lagi mesti laris permintaan anak anak...apapun saya mmg suka dgn carot cake.

    ReplyDelete
  9. memang sedap sangat ni mamasya, akak pun nak buat jugak ni biasa nya kek karet tkde cheese segala ni kan tapi yg ni bercheese mesti hebat ni

    ReplyDelete
  10. EEEEEEEEE....tengok pic ajer tak terliur liur akak tengok..geram nyer tengok taburan cheese yang mengoda..akak simpan lama cis snow kek nih..bila tengok ceddar tu harga nya lebih 10 hinggit letak balik..hihihi tunggu murah cam kat sini baru akak beli kot..

    ReplyDelete
  11. kerap jumpa N3 carrot cake kebelakangan ni..tgh musim bercitarasa yg sama gamaknya..
    lama tak buat dan makan kek ni..
    sedap err..

    ReplyDelete
  12. anak dara kecik tu pun ...dah turun ke dapur ...

    ReplyDelete
  13. uwaaaaa...
    tergodanya tengok...

    ReplyDelete
  14. Alamak sedapnya...Sepotong utk sy ada??? Sib baik dah cuba juga buat snow cheese cake utk birthday bby Najla Ahad lepas...kurang sikit kempunan dia....

    ReplyDelete
  15. Mama...pos ke Malaysia, boleh?

    ReplyDelete
  16. Mamasya..
    Sungguh snowy..
    Kesaljian gitew

    ReplyDelete
  17. Amboii ksk wt kita kecur..seyesss..hrheee klu rajin zila pun nk godeh2 jgk buat..ada salji kt luar tu yg x tahan mama..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2