klik Nuffnang

Friday, July 20, 2012

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak



Assalammualaikum
Selamat Menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa buat semua sanak saudara, teman-teman dan pengunjung blogdapurmamasya tidak kira dimana berada. Moga semuanya sihat sejahtera dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya dan sentiasa diberkati Allah dalam setiap apa yang dilaksanakan.


Pengistiharan 1 Ramadan oleh Mufti Besar.Mula puasa hari ini Jumaat 20 Julai 2012
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda: Ertinya: Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya.


Mohon maaf juga andai ada salah bicara terkasar bahasa dari mama selama ini.Moga Ramadan tahun ini dipenuhi sebaiknya dan penuh bermakna.....Salam sayang...salam mesra dari Mamasya.

Thursday, July 19, 2012

Hidangan Sate buat keluarga




Assalammualaikum buat semua
Entry ringkas hari ni....nak kongsi menu terkahir sebelum Ramadan yg bakal menjelang tiba esok atau lusa iaitu hidangan sate.Pada hari selasa yang baru lepas.......mama masak sate utk hidangan kami sekeluarga......sambil meraikan husben yg baru balik dr tugasan luar negara.lagipun mama terasa nak mkn sate....tak nunggu raya...terasa nak mkn terus buat.....


Husben beberapa hari ada tugasan di Morocco, kira2 5 jam lebih flight dr Cairo.mama dgn anak2 tak ikut sbb husben pergi tak lama.


Kalau sate mmg kegemaran anak2.Pernah buat sate kepak ayam, resepinyapun sedap juga boleh tengok di sini. Tapi kali ini mencuba dari buku masakan yg ada dlm simpanan iaitu Sajian Masakan Perantau tp mama oleh sedikit mengikut seperti di bawah.

Sate Ayam
Olahan; Dapurmamasya

Bahan-bahan sate:
1 ekor ayam besar - dipotong persegi
2 labu bawang besar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 in lengkuas
*4 btg serai- letak 2 btg
*2 st jintan manis
*2 st jintan putih
*3 sm ketumbar
2 sk kunyit
1 1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar gula pasir - atau secukupnya
garam
minyak untuk merenjis- dg serai yg dititik
(*Bahan yg perlu dikisar halus)

Cara membuatnya:
1. Campurkan bahan kisar, gula,garam dan gaulkan dgn ayam minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
2. Perap semalaman (simpan dlm peti ais) dan cucuk dg lidi.
3. Bakar atas bara api, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak. Atau bakar dalam oven guna api atas dan bawah suhu 180'C-200'C

Kuah Kacang Bahan-bahan:
1 1/2 cwn kacang goreng - tumbuk kasar
5-6 sb cili kering yg siap dikisar
*10 biji bawang merah
*5 ulas bawang putih
*1 cm halia
*1 cm lengkuas
*2 btg serai - 1 kisar, 1 titik
1 cwn air asam jawa
*1 sm belacan bakar - (pilihan- tak nak letakpun tak pa)
*1 biji buah keras
1 mangkuk besar santan
2 kpg gula melaka - saiz sed
3 sm gula
garam
minyak utk menumis
(kisar bahan *)

Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar serta serai hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan santan, air, asam keping. biarkan mendidih.
3. Masukkan kacang goreng, serai, garam dan gula.rasakan
4. Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk.kacau.
5. Reneh sehingga terbit minyak jika kuah terlalu pekat boleh tambah air


kuah kacang dah siap terhidang


Sebahagian sate potong kecil dan cucuk di lidi, manakala sebhgnya ayam mama potong besar, perap dan bakar.Mama suka ayam yg dibakar besar gini....lembut je isi ayamnya. Kali ni bakar atas dapur...alas guna pembakar besi.
Utk nasi impit; isikan 1/3 beras yg siap dibasuh dlm plastik tahan panas, seal dg api dan rebus sampai masak&padat isinya dlm plastik berkenaan.


mama pula sate mkn sikit je.....suka mkn nasi impit dg kuah kacang....sampai mlmpun ulang makan lagi....

Wednesday, July 18, 2012

Puding Mango Jelly



Assalammualaikum buat semua yg bertandang di Dapurmamasya.
Lambat update blog hari ni sbb nya pagi tadi ada xtvt mkn2....jadi pagi tadi mama buat kuih utk potluck majlis tersebut....kuihnya pernah buat sebelum ini...nanti akan kongsikan kemudian. Utk entry kali ni nak kongsi Puding Mango Jelly yg dibuat beberapa minggu lepas. Bila tiba musim panas kat sini, selain buah tembikai yg byk dijual buah mangga....kalau musim sejuk mmg susah nak dapat. Bila ada buah mangga teringin nak mkn puding mangga yg letak lapisan jelly.....mkn sejuk...nyamannya...


Mencuba satu resepi... hasil carian mr google, puding mangga tanpa guna agar2 tp bila buat pudingnya agak terlembik...mcm mkn yogurt .mungkin mama tersilap sukat bahannya. Sebelum ni pernah juga buat puding mangga guna resepi lain, boleh tengok resepi di sini ...elok jadinya, lain kali kena guna resepi yg ini juga.Utk lapisan jelly guna yg instant perisa strawberry....mudah...lagipun di sini agar biasa tak da jual.


acuan biskut raya ni guna setahun sekali, kali ni guna utk tekap buah mangga....guna bhg mangga yg tak da serat baru mudah nak tekap.yg lebih tekap tu terus je masuk mulut je...hi..

Tuesday, July 17, 2012

Bawa anak2 tengok Circus Show



Assalammualaikum buat semua dan terimakasih buat pengunjung semua.
Anak-anak dah mula cuti sek....cuti summer selama 2 bulan lebih bermula minggu ke 4 Jun lalu. Asyiklah bertanya apa xtvt masa cuti.....jadi antara xtvtnya bawa mereka tengok circus show....iaitu xtvt pada hujung Jun lepas. Tempat pertunjukkan sarkas ni tak jauhpun dari rumah...dlm 15 min driving dan dibuka waktu mlm. Kongsikan sebahgian gambar utk kenang-kenangan..


Anak2 mmg tak sabar nak tengok circus show ni...mamapun sama. sbbnya mama masa kecil dulu suka betul tengok sarkis kat tv.....dah dewasa ini baru dpt peluang tengok live dg anak2. Tp kat tv skrg dah jrgkan siar pertunjukkan circus tak mcm dulu2....yg mama ingat monte carlo show....terhibur tengok mcm persembahan terutama part ada pertunjukkan haiwan...monyet...dll tp show yg kami tengok mlm itu tak da haiwan lain kecuali singa.


show bermula 9.30 mlm dlm 1 1/2 jam persembahan.hanya separuh tempat yg penuh...tak ramai org sbb show ada setiap mlm.


Selain dari Egypt ada lain2 negara juga buat persembahan. pertunjukkan dimulakan dari Egypt... org panjat tali....


kayuh basikal atas tali....tinggi pula tu....gayatnya....


show clown.......


kuat juga perempuan ni wpun kurus tp boleh pegang lelaki gitu

yg ni mama suka tengok....berdiri 45', hanya pegang bhg lutut tp tak jatuh...perempuan tu mcm patung boleh diri tegak lurus.....

hanya 2 tangan tp boleh imbang 2 badan....


dan ni menarik juga....perempuan ni mmg kuat boleh tampung lelaki itu...ada beberapa lagi show dr pasangan ni yg menarik....


pertunjukkan juggling dari team luar negara...Rusia ke negara mana lupa pula


junggling dg bulatan besi...


show dari Egypt...


yg ni magic show...... perempuan tu dlm sekelip mata boleh tukar baju...ada yg ditukar dlm kotak merah tu....dan ada hanya dibelakang kain saja tp cukup pantas...sekejap dlm 1-2 min dpt tukar baju....


meja kecil terapung....tak da talipun...mcm mana boleh buat....


tukar baju lagi....sepjg show dlm 8-10 psg juga tukar baju dg pantas sekali....


ni pula show oleh tukang masak.....juggling pinggan


ni boleh cuba kat dapur.......imbangkan beberapa senduk tanpa jatuh...


pusing pinggan...pinggan berpusing serentak tanpa henti....

Joker ni berdiri betul2 dpn kami sekeluarga....

joker ni dudukkan 4 penonton tanpa jatuh...

bergayut pegang leher je....takut tengoknya

sbb tinggi....kat bawah tak da letak tilampun...


juggling bola dg gaya melentik ke belakang...kalau mama dah patah pinggang buat gaya gini.....hi..hi...


sumpit belon...belon pula digigit oleh perempuan tu...kalau tersalah sumpit kena muka....tp dia berjaya sumpit belon...


baling pisau ke tas board dg menutup mata....nipun bahaya juga....2 org kat board tu penonton ,isteri kpd lelaki yg pakai baju merah tu duduk belakang kami....bising isterinya risau sbb suaminya masuk show itu...isteri mana tak takutkan bila tengok pisau nak dicampak gitu....

show lompat atas jaring....

berjaya duduk atas kerusi dg satu lompatan...


dapat berdiri bertiga atas tanpa jatuh....


masa show ada org jual belon....minuman dan makanan ringan...


show berehat sekejap utk pekerja pasang jaring dan pagar bagi pertunjukkan singa.....lega tengok org pasang jaring sbb kami dok depan sekali....taktkan singa tu melompat ke...


Loba Elhelw, an Egyptian lion and tiger trainer....dg rambut dan baju rimau....anak2 cakap dah mcm rupa singa je dia...hi...hi.tp mmg berani dia dg singa..


tak byk gambar pertunjukkan singa&harimau sbb tak dibenarkan ambil gambar guna flash....pertunjukkan singa ni show yg last sekali....


tamat persembahan.....seronok anak2 dpt tengok circus.....tak terasa 1 jam lebih kat sini.

Monday, July 16, 2012

Kuih Kasui Labu utk Pot Luck



Assalammualaikum buat semua...moga semuanya sihat dan sejahtera..
Untuk entry hari ni nak kongsi kasui labu yg mama buat 2 minggu lepas utk potluck semasa xtvt ladies di sini. Bila beli sebiji labu besar...jenuh juga nak habiskan....masak lemak kuning, buat bingka dan kali ni mencuba kuih kasui labu pula. Kalau labu...buat kuih atau masak2...mama mmg suka...semlmpun beli lagi labu tp kali ni ada yg dah siap potong....bolehlah sekali masak.


Kuih Kasui labu ni masa tengok di blog Rohah@ Damai Kalbu dah berkenan nak mencuba sbbnya mama mmg suka kuih kasui dan kuih yg ada labu...jadi kombinasi yg menarik labu kaswi, itu yg teringin nak mencuba. T.kasih Rohah kongsi resepi dan K.Besah MYR empunya asal resepi kuih kaswi labu yg sedap ini.

KASWI LABU KAK BESAH
Sumber: Rohah@ Damai Kalbu asal Kak Besah@ MYR
Oleh; Dapur mamasya

Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1 cawan labu manis lecek/ lenyek (setelah direbus)
2/3 cawan gula pasir
2 cawan santan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh air kapur
1 cawan kelapa parut secubit garam untuk salutan

Cara:
1.Panaskan pengukus hingga mendidih.
2.Gaul rata semua bahan.Ikutlah cara masing-masing sama ada guna whisk, senduk, tangan ataupun blender.
3.Sapu minyak pada loyang 10", curahkann adunan ke dalamnya.Kukus selama 25-30 minit, atau hingga masak.- mama guna loyang 7' X 10'.
4.Potong apabila sudah benar-benar sejuk dan gaulkan dengan kelapa parut.


Mmg sedap kuih kaswi labu....tgh dok potong belum sempat gaul kelapapun dah masuk mulut....tak rugi mencuba ....

Ikan Talang Masak Lemak Labu


Selain kuih kaswi labu, masa xtvt ladies berkenaan mama bawa juga ikan talang masin masak lemak labu sbb diminta pot luck lauk sebenarnya utk lunch makan ramai2, kuih sbg sampingan . Masak ikan talang lemak labu ini macam masak lemak udang juga , cuma ikan masin rendam kejap utk hilangkan masinnya sebelum dimasak. Kalau lauk ikan masin mmg membuka selera. Habis juga sebiji labu dimasak. Ada sekeping baru beli....tgh fikir nak masak apa...

Klik Nuffnang2