klik Nuffnang

Wednesday, April 20, 2011

Bila Kek Gulung Kasih Tak Menjadi



Heran tul...mama cakap nak buat kek gulung hari ni...tp ni napa tak da rupa kek gulungpun mama..


part 1...percubaan pertama membuat kek gulung kasih pada hari Jumaat yg lepas iaitu pada hari cuti umum Melaka.Dengan semangat berkobar2 membaking kek gulung kasih sbb tengok kawan2 tayang, bukan main cantik rupanya.Penuh hati2 cuba gulung tp kulit kek tertanggal pula,melekat di kertas alas.kek nampak cam nak patah masa digulung, dari patah riuk ...jadi buruk rupanya maka potong 4 segi, letak coklat...buat cam sandwich.Satu lagi kek ni tebal sbb silap guna loyang kecik.
Maka inilah hasil percubaan pertama kek gulung yg dah bertukar rupa paras. Nasib baik anak2 suka sbb letak inti coklat.



Sambung part 2; percubaan kali ke2....hari ahad lepas balik pasar, singgah kedai jap beli kertas minyak...sbb yg buat kat atas alas guna kertas biasa...tu yg lekat kut. Kertas minyak dah beli...terus godek kek lagi.Guna loyang yg lebar sedikit. Letak inti krim aising.Tapi kali ni hasilpun sama...kulit tanggal...tp nak jugak cuba gulung. Dan itulah rupa parasnya..patah sini sana..hu..hu....



Sambung part 3; oleh kerana adunan masa baking kek ke 2 di atas buat utk 2 kek, jadi terus cubaan ke 3.Bila baca semula resepi, silap sendiri sbb masak kek tak sampai perang permukaannya. Itulah sbb musabab kulit kek tertanggal...jadi kali ni biarkan perang.Kek tak melekat di kertas tp bila mula gulung patah jugak...terus tak jadi gulung. Potong2....lapis2kan. Cubaan kali ke 3 pun gagal jadi kek gulung, yg terhasil kek sandwich lapis 3....

Nak letak juga resepi mana tahu satu masa nanti kerajinan dtg semula nak mencuba lagi . Terimasih pada empunya resepi Dayang Jack sbb kongsi resepi.Wpun kek tak jadi kek gulung... dah bertukar rupa tp yg penting kek ni lembut dan sedap....

Kek Gulung Kasih
Sumber; Dayang Jack
bahan-bahan :

* 70 g tepung gandum (diayak)
* 1 sudu besar susu tepung
* 3 biji telur A
* 60 g gula kastor
* 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
* 1 sudu kecil esen vanilla
* 2 sudu kecil ovalette
* Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :

1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
7. Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
9. Gulung kek dengan kemas.
10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan.



Rupa kek sebelum dibakar...ni cubaan pertama...



Masih meneliti sbb musabab napa kek ni tak menjadi, mungkin teman-teman ada tips. Sbb pernah buat swiss roll batik sebelum ini ok jadinya, tengok resepi lebih kurang sama. Mungkin kena cuba lagi..lebih teliti masa membuat..kali ke 4..ke 5...usaha tangga kejayaan....

Tuesday, April 19, 2011

Puding Roti Karamel



Puding roti ni buat beberapa minggu lepas...nak habiskan roti dari membazir, beli roti baru tak perasan yg sebelumnya masih ada lagi. Roti mmg sentiasa ada stok kat rumah, anak2 kdg2 minta letak susu..kaya..buat roti bakar..sosej roll dan mcm2..suka mrk mkn roti.
Dah ramai kwn2 blog yg buat puding ni...tu yg nak mencuba, lagipun bahan2nya pun mudah.



Puding Roti Karamel
resepi asal : rosaliza@embunkasih
source : lina.pg@teratak mutiara, copy dari Dapur Hana , t.kasih semua kongsi resepi.

Bahan-bahan

* 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
* 4 keping roti gardenia
* 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
* 2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
* 1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
* esen vanilla (1sk)

Cara-cara

1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je



Rasa puding ni sbb ada roti lebih padat dari puding karamel biasa...



Kalau puding mmg favorit, apatah lagi kalau disimpan dlm peti ais...makan sejuk..yummmy.

Monday, April 18, 2011

Kek Alunan Kasih muncul lagi.....



Buat kek Alunan Kasih ni bulan lepas....rancangnya nak bawa sbg buah tangan kepada kenalan kami tp tak jadi.Oleh itu potong2 makan di rumah dan sebahagian bagi pada jiran.



Kali ni tukar warna..letak warna purple,pink dan warna asal...buat 3 lapis.



Masih guna resepi yg sama, kek ni lembut...boleh tengok resepi disini....



Terhangus sikit kat bahagian bawah...lupa nak lapik dgn kertas.

Tengok assistant kecik mama yang sorang ni....



Tinggal kejap je mixer....diapun apa lagi tolong pulas mixer tu..kejap laju...kejap perlahan dipulasnya mixer tu.



hah..terkejut dia bila mama sergah! Suka tul main pusing mixer tu...nak tolong mama baking.

Saturday, April 16, 2011

Udang Masak Lemak Nenas



Selamat berhujung minggu semua....tentu hujung minggu gini ramai yg sibuk dgn xtvt bersama keluarga.
Oklah utk hari ini tayang lauk udang yg dimasak semalam untuk dinner. Mula2 udang tu nak masak lauk lain tp ada baki nenas....sayang takut nenas rosak, jadi masak lauk kegemaran udang masak lemak nenas.

Udang Masak Lemak Nenas

Bahan

1/2 kg udang
*1 inci lengkuas
*2 inci kunyit hidup
*5 biji bawang merah
*2 sb cili kering blender/2 biji cili merah blender - pilihan
1 btg serai diketok
1/2 biji nenas @ 1 tin nenas dlm tin
1 pkt santan- jadikan sed pkt
garam (ikut rasa),asam keping sekeping
cili hijau

Cara-cara

1. Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
2.Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
3.Masukkan udang, asam keping, garam.
4.Kacau hingga mendidih dan masukkan nenas dan cili hijau. kalau guna nenas dlm tin tidak perlu lama mendidih.Kacau seketika hingga kuah masak.



Selalu masak udang lemak gini...di dapur lamapun pernah tayang,letak di dapur baru utk tambahkan koleksi masakan...

Friday, April 15, 2011

Edisi tayang award & kad

Dah selesai tayang menu birthday anak2...baru lah berkesempatan gantung award dan kad dari Nieza dan Love... t.kasih byk2..

Kad 1 st blog anniversary dari Nieza di Finland..yg juga baru sambut birthday, happy birthday Nieza !



Award dari love2cook , tq love bagi mcm2 award...






Sticky Caramel Chicken With Blackpepper Sauce



Assalammualaikum semua...moga semua sihat dan ceria. hari ini tuan blog rileks kat rumah sbb cuti semperna ulang tahun Melaka Bandaraya Bersejarah....rakyat Melaka cuti umum hari ni. Tapi cuti tak kemana... rehat di rumah sbb mr husben kerja.
Untuk entry hari ni sambung tayang menu masa besday anak2 hari tu iaitu Sticky Caramel Chicken dgn sos lada hitam...nipun menu ulangan. Dah pernah tayang sebelum ini tp kali ini letak sos lada hitam.



Gambar2 ni semua ambil masa buat beberapa minggu lepas. masa besday anak2 hari tu ayam ni hidang tak sempat hiaspun...
Untuk resepi klik sini , cuma tambah 1-2 sudu besar sos lada hitam semasa memasak.



Kalau masak ayam gini kat rumah kejap je licin. Anak-anak cukup suka meratah..tp mama bagi syarat, kalau ratah dpt sorang satu je tp kalau mkn dgn nasi boleh lebih dari 1 ...hi..hi..saja je trick nak suruh diorg mkn jugak nasi barulah betul2 kenyang.

Thursday, April 14, 2011

Puding Kastad berkuah



Dessert masa birthday anak2 hari tu selain aiskrim buat puding kastad berkuah. Kalau buat makan-makan suka hidangkan puding kastad berkuah sbb senang dan satu lagi mmg puding kastad ni favorit.



Kalau buat makan-makan biasanya kastad sejukkan dalam bekas besar, masa nak hidang tinggal potong kecik campur dalam kuah dgn buah-buahan.Resepi yg selalu guna sejak dari FP lagi dpt dari Fp K.Leen tp skrg k.Leen dah pindah blog .T.kasih K.Leen.

Puding Kastad Berkuah
Sumber; K.Leen

Bahan
2 cwn tpg kastad
sedikit tpg kastad utk kuah- anggaran 2-3 sb
6 cwn air
2 tin susu cair - 1 2/3 tin susu , 1/3 utk kastad (boleh guna fresh milk)
1 tin buah2an cocktail (besar) - simpan air utk kuah
gula, gula manik , kismis

Cara

1. Masak tepung kastad dengan air dan sedikit susu cair(anggaran 1/3 tin) hingga pkt.
2. Sejukkan kastad dlm bekas kecil2.
3. Utk kuah; didihkan susu,air buah-buahan,gula dan sedikit tpg kastad hingga mendidih.
4.Hidangkan kuah dgn kastad, buah coctail dan tabur dgn coklat manik dll

Nota Dapurmamasya
Tambah 4-6 sb gula dlm adunan kastad kalau nak rasa kastad manis sikit. kalau nak senang bancuh dulu tpg kastad dgn air dlm blender dan tapis kedlm periuk.Kalau buat byk boleh tambah lagi fresh milk dlm kuah dan ais batu, dan tambah juga air gula agar kuah tidak terlalu tawar. boleh tambah nata de coco kalau suka.Kalau mkn sekeluarga yg tak ramai buat satu cwn tpg kastadpun dah cukup.



Kalau dlm cuaca panas....dpt makan puding ni yg sejuk....nyamannnn...

Fudge Brownies



Tayang dulu brownies yg dibuat masa birthday anak2...nanti kita sambung citer...
Baru kelapangan, dptlah sambung entry...sibuk sikit.Mula-mula nak ucap terimakasih byk2 buat teman2 yg wish birthday utk hero2 mama.Dan terimakasih juga buat yg sudi tinggalkan komen dan menceriakan blog ni....


Berbalik pd kisah brownies, brownies ni baking hari sabtu slps baking cho moist cake utk kek padang bola. Senang buat brownies ni sbb tak yah pakai mixer, godek dgn senduk je.Sukatanpun pakai cwn...mudah.



Brownies ni letak cashew nut dan cho chip...kacang tu tumbuk kasar...baru sedap bila kunyah kena kacang tu. Dulu anak2 tak suka brownies letak nut skrg diaorg dah mula suka.

Fudge Brownies
Sumber : members.tripod.com/~chocolatefantasy , copy dapur lama/Fp Mak Lang

Ingredient
1 cup butter, melted
1 cup cocoa
2 cups sugar - manis, lain kali letak 1 1/2 cwn
1 1/2 tsp vanilla
4 eggs
1 1/3 cups flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 cup nuts or chocolate chips (optional)-letak 1/2 cup nuts + 1/2 cup cho chips

Method

Mix cocoa in well with the melted butter. Add sugar, vanilla,
and eggs, mixing well. Add flour, baking powder, salt, and nuts
or chocolate chips. I actually prefer the chocolate chips!! Pour mixture
into a greased 9 by 13 inch pan. Bake in a preheated 350F oven for
25 - 30 minutes, until a toothpick inserted comes out almost clean, you do
not want to overbake!
Nota : bakar dengan suhu 170 selama 40'.



Brownies hias ringkas...letak sikit topping cho dan tabur cho ball...penuh dgn rasa coklat sbb campur cho chips...yummyy.

Tuesday, April 12, 2011

Happy Birthday My Boys!



Ptg ahad baru ni mama buat makan-makan sikit meraikan sekaligus 3 hero mama yg lahir bulan April....Syakim, Syafiq dan Syazrin, umur mereka selang 2 thn setiap seorang.
Manakala abg sulong lahir bulan Mei dan Syakirah bulan Jun...berderet 3 bulan anak2 sambut birthday. Birthday Syafiq, hero mama yg no 2 yg dah lepas..Syakim dan Syazrin belum lagi tp buat majlis sekaligus pada mingu ini jimat masa dan tenaga..
Happy birthday my boys!Moga anak-anak mama berjaya dalam hidup..bila besar menjadi insan yang berguna dan anak yang soleh...Amin.



Bertemakan bola sepak...hero mama semuanya peminat bola sepak,tiap ptg main bola dgn anak2 jiran. Tu yang plan awal-awal lagi nak buat kek padang bola utk mereka. Seronok anak-anak bila mama buatkan mereka kek padang bola sepak....



Happy 10th birthday Syakim ! 16 April

Syakim minta hadiah jam utk birthdaynya...mama ckp ok, dlm hati terlintas yg dia mungkin minta jam spiderman ke...spongebob ke mcm jamnya yg sebelum ini. Syakim nak jam apa ? Syakim nak jam rolex boleh tak mama ? aaa...jam rolex...amboi-amboi anak mama minta hadiah bukan main...kalah jam abah ni!Tunjuk jam yg murah kat dia di kedai.... tak nak lah pulak. Tukar fikiran nak beli set bola sepak...kasut bola..hand glove utk goal keeper dan stokin utk main bola..bola ..dah peminat bola...semua bola..bola....



Happy 8th birthday Syafiq ! 8 April

Syafiq tak minta hadiah apa2, sbb dia baru beli remote car...kongsi guna duit dia sikit ..kumpul duit belanja sekolah dan selebihnya duit abah. Ni remote car entah yg ke berapa...main sekejap lepas tu bosan ...kereta pun tertanggal satu satu...



Happy 6th birthday Syazrin ! 25 April

Syazrin yang paling pendiam...belum minta apa-apa hadiah utk birthday...tunggu dia nak minta apa nanti...



Sebiji kek utk 3 birthday boys. baking 1 1/2 adunan cho moist cake utk kek sebesar ini.





Syakirahpun tumpang posing dgn kek birthday abang-abangnya...2-3 kali juga dok nak cuit kek ni...geram dia dgn pemain bola tu....

Untuk menu birthday, masak ringkas saja...lagipun ajak tak ramai. Pilihan menu, makanan kegemaran anak-anak...



Sebelum potong kek..sebelum makan...baca doa dulu...



Antara menunya brownies, sosej roll,fries & sticky caramel chicken....



Mee udang dgn setnya...



Spaghetti .........



dessert; puding kastad berkuah dan ice krim....



Sosej roll dan sticky caramel chicken, menu yang digemari budak-budak...

Kami jemput tak ramai, maklumlah harijadi budak-budak je...hanya jemput anak-anak jiran, jiran dan kenalan terdekat....













Hasil kerastangan...



Setelah sekian lama tak buat kek aising sejak balik sini, barulah utk birthday ni merajinkan diri godek aising.Birthday thn lepas beli aja kek birthday mereka..sambut kami anak beranak. Kali ni puas hati sbb dapat buat sendiri kek harijadi untuk anak-anak tersayang....

Klik Nuffnang2