klik Nuffnang

Thursday, July 14, 2011

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers



Entry kali ni nak kongsi resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers yang sedapppppp....kena dgn selera kami sekeluarga. Termasuk semalam dah 3 x buat, kali pertama masa dinner utk tetamu dr Melaka spt entry di bawah. Kali ke 2 semasa Majlis Harijadi Syakirah ke 2 thn baru-baru ini dan kali ke 3 kelmarin utk lunch kami sekeluarga.Dah 3 x buat baru berkesempatan post dientry sbb nak bagi laluan pada lain2 entry dulu.



Dah ramai mencuba resepi ayam dari sharm1969@myresipi.com tp baru teringin nak buat lepas jamu mata di dapur Nuridah @ My little Kitchen , Nur pula copy dari dapur Ayu@Curlybabe's Satisfaction...kedua2 kwn siber dari S'pore....t.kasih Ayu&Nur.

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
Sumber asal; sharm1969@myresipi.com copy dr My little Kitchen@Nuridah

Bahan2 untuk (8-10 orang)
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)- bakar 4 chicken leg/paha
Bahan-2 untuk make up ayam
3 biji bawang besar - letak 2 biji bwg shj
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - boleh ganti dgn sos tiram+lada hitam lada hitam serbuk/tumbuk
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-Cara

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, boleh gunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.

Nota dapurmamasya

Berdasarkan pengalaman 3x buat, oleh krn ayam yg mama buat ni guna chicken leg, bolehlah dibalek2 ayam agar masak serata.tp pastikan semasa ayam dibalek dipegang berhati2 dgn sepit agar kulit ayam tidak koyak dan rupa ayam akan nampak elok bila masak. Dan pastikan langkah2 menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis dibuat. Ini perlu supaya ayam tidak terlalu kering dan lebih sedap rasanya tp jgn letak terlalu byk campuran rempah nanti tak elok rupa paras ayam bakar ni.



Masa kali pertama dulu masak guna mix herb dlm pkt,kali kedua sbb mix herb tinggal sikit campur dg oregano dan kelmarin masak guna mix herb yg beli timbang tp mix herb yg digunakan ni mcm terlebih rempah...jadi lain kali buat nak kurangkan rempahnya. Ayam ni kami sekeluarga mkn gitu dgn nasi....tak curahpun sos lada hitam,kentang goreng, coleslaw dan kentang putar tak buat pun. Mkn dgn nasipun anak2 dah selera mkn.Anak-anak kalau ayam bakar mmg mrk cukup suka....



Ayam Panggang Ala Kenny Rogers juga dihidangkan untuk tetamu semasa Majlis Harijadi Syakirah ke 2 thn baru-baru ini....licin..

18 comments:

  1. wahhh sedapnya kak..kalau buat ni suka ratah gitu jer ni ..hehe

    ReplyDelete
  2. sedaaapnya ayam panggang tu.... makan gitu jer pun sedap nie...

    ReplyDelete
  3. Salam Mamasya...

    Aduhai!...sedapnya...bestnya kalau kak cek dapat join makan ni...confirm tak bangkit2 ...dok meratah ayam panggang Kenny Rogers...fuhhh...bestnya....:)Kak Cek amik resepi dulu ek...buatnya tak tau lagi...:)

    ReplyDelete
  4. menu bakar mmg cepat, sedap dan sungguh menyelerakan! boleh cuba resepi ni la nnti. tq kak. :D

    ReplyDelete
  5. assalam kak wah sy belum pernah buat lagi ni sedapnyaa

    ReplyDelete
  6. salam ziela..
    kita pun dah print resepi ni.. masih dok Q lagi tu.. entah bila nak mencuba.. nampak sedap tu..

    ReplyDelete
  7. sungguh menyelerakan, saya tengah menunggu ayam ala kenny rogers saya yg sedang dipanggang di dlm oven....

    ReplyDelete
  8. Assalam Mamasya...semoga sihat seisi keluarga.

    He he he....kredit kepada jiran setaman saya, Che Mid (http://hamidah-surirumah.blogspot.com/) yang telah berpindah ke Sg Petani di atas resepi yang dia pernah share di blognya dahulu. Saya pernah cuba, try, masak n makan dan sharekan resepinya di MyR satu ketika dahulu.

    Sedap dan menyelerakan..boleh makan sepuas-puasnya terutama bila dari air tangan bonda...

    ReplyDelete
  9. salam nk tnye boleh klo msak pakai oven boleh x??
    pstu suhu die braper darjah celsius???

    ReplyDelete
  10. Salam amirul aminzz. ayam ni bakar dlm oven...lebih mudah. guna suhu 200-220'C api atas bawah...dlm 1 -1 jam 20 min atau hingga masak...bergantung pd oven masing. balikkan ayam masa bakar.

    ReplyDelete
  11. salam... sy tgh mencuba ni... ptg ni nak membakar.. x sabar.. hehe

    ReplyDelete
  12. saya dah cuba... sedap sgt3.. sy buat 3 ekor ayam... 1st time buat,,,

    ReplyDelete
  13. Anonymous,byk juga 3 ekor utk 1 st time buat....tp berbaloikan sbb mmg sedap ayam bakar ni.nak mudah kalau ada rempah lebih,bekukan dlm peti ais,next time tinggal defrostkan dan lumur pada ayam.

    ReplyDelete
  14. kena try ni....tp petang ni nk wt ikan siakap bakar terengganu dlu...

    ReplyDelete
  15. Kalau masa nk bkr rempah make up dimasukkan dlmoven skali ke?

    ReplyDelete
  16. salam mamasya, minta izin cnp yer, nampak shodap sangat.

    ReplyDelete
  17. salam... look nice... will try it... do visit my page as well :)
    http://wwweffafarhana.blogspot.com/

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2